13 February 2013

alkisah semalam

ASSALAMUALAIKUM PEOPLE

aku tak tahulah kenapa seminggu cuti ni, aku rajin sangat ringankan jari menaip entry yang 'tah apa apa tu'..mungkin lah aku tak pergi bercuti macam orang lain..alahaiii teringin nak pergi bercuti macam orang lain tapi apakan daya, bapak aku sibuk dengan kerja beliau, mama aku sibuk jaga mak mertua beliau (nenek aku la tuhh)..terpaksalah aku ni yang pergi jalan jalan sendirinya..(xsedar esaimen menjerit suruh disiapkan)...bak kata AKIM COCO 'bukan budak mekanikal lah kalau siapkan awal awal'...gelak gelak aku..tapi maybelah kowt budak mekanikal engineering perangainya sebegitu (kes ni untuk yang spisis bingai dan pemalas macam aku, yang dekan tak ada kaitan)...kalau study karang dah macam menentang hukum alam..samalah macam pepatah melayu kuno 'menyuruh pontianak mengilai di siang hari..padahal dia mengilai malam hari' kan macam menentang hukum alam. (eh Nisa ! suka kau aje selitkan peribahasa dengan pontianak..cerita hantu pown kau takut nak tengok..)

ok2..perihal semalam den nak cito, semalam aku pergi umah kawan aku yang 'alaa tomey-tomey' dekat jalan kebun, then adik aku yang nombor 2 tu tanya 'kak suara kawan kau memang macam tu ke?'..aku jawab 'tak lahh maybe tertelan biji buah kowtt..mana aku nak tahu' (jawab dengan angkuhnya)...padahal memang suara kawan aku memang macam tu sejak dalam perut mak beliau..heheh...lepas tu, aku pergi melawat cik yati kat rumah sewa aku yang lama sepanjang praktikal..makcik Yati ni baik walaupun dia becok (lebih kurang kau lah nisa), walaupun busybody selalu usha kami waktu malam..tapi aku tahu niat dia baik dan dia telah diamanahkan oleh mak bapak kami untuk jaga kami...thanks makcik yati...insyaAllah kalau Nisa cuti, Nisa akan selalu melawat cik Yati =) dan bad news, nenek yang ada dekat rumah cik Yati baru sahaja pergi menghadap Ilahi...innalillah (alFatihah)..

aku nak sambung lagi niii.......
kemudian aku pergi ke Shah Alam...ambil dato' R....walaupun kami dah tak bersama (berkata kata seperti dah menikah) tapi aku masih hormatkan mak bapak dia yang datang dari jauh..jadi apalah sangat..nisa can be professional..wahh gituuu...jalan jalan cuci mata, tambahkan dosa sedas dua das kemudian balek..pastu aku ada lalu depan masjid biru yang tersergam indah..tahukah anda bahawa kat situ mempunyai banyak kenangan antara aku dan kawan kawan aku..sejuk je..senyum senyum macam kerang basi aku dalam kereta...lepas hantar si dato' R dan izah kerumah masing masing, ontheway nak balek aku boleh pulak mamai salah masuk jalan...pergi masuk ke arah Seremban (rindu nak pergi Rembau ke kak oiiii...) ha kelam kabut aku cari jalan..tapi aku sentiasa ingat pesan kawan aku 'Innallah Ha Ma'ana'....jadi berlagak gentle dalam kereta, aku bawak lah selow selow..nasib terlekat sticker 'P' kat kereta..so kereta lain paham paham lah..masuk KL ccentral, masuk central market pastu ada Times square..apa kejadahnya semua ni..kaki aku mulalah nak krem time tuhh...tahan aja kesakitan yang Allah beri (untuk pengetahuan, kaki aku mudah krem..semua gara-gara ada hamba Allah berbadan besar memijak kaki aku zaman sekolah rendah..macam orang cacat aku time tuh *sedih kesat hingus yang meleleh*)
nasib nampak signboard 'selayang' apa lagi aku pecut sehabis mungkin dan singgah kejap dekat Tesco, untuk beli barang...dah habis tuh, pergi singgah umah maklong jumpa nenek singapore(mak aku punya mak)
kenapa panggil nenek singapore? sebab nenek aku duduk singapore...(tepuk dahi sebab tanya soalan bangang).....lepas tuh, aku balek umah dan melingkor macam ular sawa balek sarang...double penat..now baru aku rasa keperitan bawak kereta....ok bye

No comments: