31 January 2013

FEBRUARI 2013

ASSALAMUALAIKUM PEOPLE



tak sangka kan masa cepat berlalu...kalau semalam aku, roomate dan kawan kawan sibuk dok mengumpat kawan kawan lain serta melayan pelbagai jenis cerita (layan cerita korea sekali) sambil bergelak ketawa...baru aku sedar semalam merupakan hari terakhir aku berada di bulan JANUARI (sad month for me) dan semalam jugak aku berperang mesej dengan si tutttttt (nama perlu dirahsiakan)...mana tak nya aku cakap berperang mesej, dia sesedap kaki je gelar aku 'anisa aniso ajax fabouloso'...mungkin salah aku jugak sebab gelarkan dia 'chamak challo mashmello' (padan muka kau nisa)....
ok lupakan hal semalam..sebab hal semalam takkan berlaku dan berulang lagi pada hari ini...
so.... bulan FEBRUARI...(apa yang best) ????
aku dah dapat baucer RM250..dan tak tahu nak buat apa..nak shopping? memerlukan transport..aku duduk KAMSIS (asrama) dan harapan nak berjalan ke pintu pagar utama adalah tipis.. malas menguasai diri..
membersihkan bilik adalah keutamaan tapi baru bersihkan locker, aku dah mengeluh..belum nak bersihkan satu bilik ni... haisyhhhh nisa nisa...semakin lama semakin menjadi malas ko kan..owh yer..kawan aku ada ajak pergi ke rantau panjang..aku?? hemm..perasaan berbelah bagi.. nak pergi atau tidak (bende ni pown kau nak cerita jugak ke nisa)..next story pleaseeeee..!!!
tadi aku ada baca blog nisa Kay (korang kenal kan), dan terbaca pasal ribet 200 hengget...yang boleh beli handphone tu laa... (loading sekejap)

source : NISA KAY



untuk keterangan lebih lanjut


dan sebelum terlupa, den nak kasi taw aktiviti V.I.P 
jom serbu karnival karangkraf pada 2 feb 2013 (sabtu ), di booth media hiburan dan temui adam,

amen vip dan 

baby shima pada jam 11pagi :) jom datang beramai-ramai :) bertempat di 

Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
Lot No 25, Premis No. 1, Jalan Renggam 15/5, 
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

aku rasa sampai sini je kowt untuk entry pertama di bulan februari..please be nice and have sweet memory





29 January 2013

Jarak




Walau jauh kita berpisah, walau jarak yang

menjadi penghalang cinta kita, percayalah 

kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang 

engkau adalah untukku, sejauh mana kita 

mengelak sekalipun, kita akan disatukan 

kembali keranaNya. 



Tahukah engkau Allah menjarakkan kita supaya kita mencintaiNya lebih dari segalanya. Dan tahukah engkau yang Allah menjarakkan kita supaya kita merinduiNya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri. 

28 January 2013

ADAM AF mampu mengubati orang lain?



assalamualaikum people


Minat dalam ilmu perubatan Islam mendorong bintang yang digilap dari program Akademi Fantasia musim kedua, Adam AF2 berhijrah dan mendalami bidang keagamaan, lebih dua tahun lalu. Namun, kata penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang juga pemilik nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 29, mengakui dia tidak berubah secara drastik atau terikut dengan artis lain yang berhijrah sebaliknya semuanya bergerak perlahan-lahan. 

“Sebenarnya, sudah lama saya terdetik hati nak berubah sekali gus mendalami agama Islam. Semuanya bermula apabila ahli keluarga terdekat jatuh sakit akibat perbuatan sihir. “Justeru, di situlah bermulanya hasrat saya nak mendalami agama dan ilmu perubatan Islam dengan seorang guru, Haji Musa, di Sabah untuk memudahkan saya mengubati ahli keluarga yang terkena ilmu hitam itu,” katanya. 

Bukan saja ahli keluarga terdekat, Adam juga mengakui dirinya turut terkena perbuatan sihir berkenaan“Saya dapat tahu diri disihir apabila berubat dengan Haji Musa di Sabah pada 2010. Antara tanda-tanda diri disihir ialah apabila hati selalu berdebar-debar, mudah hilang sabar kerana dikatakan ada benda yang menjadi ‘pendamping’, tapi ia tidak teruk. 

“Justeru, selepas berubat dan keadaan beransur pulih, saya sentiasa mengamalkan zikir dan menjaga solat lima waktu untuk mengelakkan diri daripada disihir selepas ini. Pada masa sama, saya menggunakan peluang itu untuk mendalami ilmu perubatan Islam dengan lebih mendalam daripada beberapa guru bertauliah sampailah sekarang. 

“Maklumlah, bila kita mendekatkan diri dengan Allah, lebih banyak ujian datang untuk menguji keimanan dalam diri. Sebab itu, saya perlu ada benteng agama yang kukuh,” katanya. Lebih bermakna, kata Adam, dia bakal membuka pusat rawatan Islamnya sendiri, Nur Khalifah Al-Hasan yang dijangka beroperasi di Kota Damansara pada Mac ini. 

“Sebelum ini, saya hanya mengubat ahli keluarga terdekat dan kawan rapat yang datang untuk meminta bantuan. Kini, saya yakin untuk mengubati orang ramai pula. “Saya percaya, sampai masanya, saya memanfaatkan ilmu perubatan Islam dipelajari selama ini untuk membantu orang lain di luar sana. Antara penyakit yang diubati ialah gangguan saka, kencing manis dan darah tinggi. Dari segi bayaran atau ‘mahar’ pula bergantung pada jenis dan tahap penyakit dihidapi pesakit berkenaan,” katanya. 

Berhijrah dan mendalami ilmu perubatan Islam bukan bermaksud Adam ingin meninggalkan terus bidang seni yang sudah sebati dalam dirinya sejak dulu. Apatah lagi bidang seni adalah periuk nasinya. Pada masa sama, Adam juga memastikan dia tidak hilang fokus pada artis yang bernaung di bawah produksinya,Aico Empire Group iaitu kumpulan V.I.P

“Bakat menyanyi adalah anugerah Allah dan tidak perlu dipersiakan. Saya akui kurang publisiti ketika ini, tetapi undangan persembahan secara solo dan bersama kumpulan V.I.P tetap berjalan macam biasa,” katanya. Ditanya sama ada dia ingin menghasilkan album bercorak ketuhanan selepas ini, kata Adam, dia merancang untuk menghasilkan satu lagu bercorak ketuhanan pada tahun ini.

“Sebenarnya, sebelum ini saya pernah merakamkan semula lagu Ujian Hidup ciptaan Edry KRU pada Ramadan lalu. Lagu ini pernah disampaikan Imam Muda dan dimuatkan dalam album Hambamu. “Saya berjumpa dengan Edry untuk minta kebenarannya merakamkan semula lagu ini. Saya tertarik untuk menyampaikan lagu ini kerana mesejnya sangat kuat dan menceritakan mengenai kehidupan kita sebagai hamba di bumi Allah ini yang tidak pernah berhenti dilanda ujian dalam hidup. 

“Saya gembira de­ngan maklum balas positif daripada peminat dan la­gu itu masih diputar­kan di stesen radio tempatan ketika ini,” katanya. klik sini untuk yang O R I G I N A L


27 January 2013

28/01/2013


 assalamualaikum people



hari tu kawan den ado nanyo, "nisa dah pergi buat umrah ke cuti praktikal hari tu??" den buwek la muko  blurrr...pastu den jawab lah "tak lah..pergi buat haji" kawan den nanyo layi  "eh boleh ke umur macam kita ni buat haji" dia blurr..den bab2 nak membongak (tipu dalam bahasa nogowi semilan) memang pandai.."boleh lahh..." den jawablah macam tu. Dalam hati den "apo laa bingai bona"
so conclusion (aiiseymennn..ado pulak kesimpulan kan) salah ke nak berubah ke arah kebaikan..?
sedarkah anda akan dunia yang semakin tua? den xsempurna mano pownn..hanya pakai pakaian labuh yang di minta dalam islam..(walaupun baju den xlabuh mana pown..seluar masih ketat tahap maxima)
tapi den suko bona ayat ni *menutup itu kan indahtapi xsemestinya den tutup aurat, den dah sempurna. TIDAK TIDAK ! jujur den koba kek ekau..den ado gak kadang kadang TER tinggal solatnya
serius ! bukan nak bangga tinggal solat ke hape..tapi macam den koba lah kan, den masih tak sempurna dan den cubo untuk sempurnakannya..agak susah sebenanrnya kalau nak berubah 100% (boleh kena renjatan elektrik taw tak)...den masih layi belajar macam mano nak jadi seperti mereka yang selalu pergi ke masjid, yang memakai pakaian yang dituntut dalam islam...banyak persiapan yang perlu den siapkan..
dan tadi maso den ngah selongkar pesbuk den jumpo la bondo ni ha


" ya Allah berikan aku ketenangan dalam menerima perkara buruk, keberanian untuk mengubahnya, dan kebijaksanaan untuk melakukannya..agar aku kembali ke jalan yang di redhai oleh Mu ya Allah"


just sharing =)


ok bye

20 January 2013

V.I.P at R.T.C kelantan

assalamualaikum people....

ha..!! ingat tak hati tuh aku ada cakap V.I.P ada dekat kelantan..ingat tak ????
tak ingat?? ok klik SINI...
so semalam tarikh 20/01/2013 untuk pertama kali pada tahun 2013 aku berjumpa lagi dengan 'abang' kesayangan pengarang jantung buah hati..bla bla bla....
selepas habis kelas, aku terus pecut balek ke asrama dan bersiap..kemudian start enjin kereta jenama kancil (tu pown sewa)..aku dan kawan aku pergi lah ke RTC kelantan..
mula-mula tak tahu jugak mana tempatnya...thank you kepada nik azmir kerana memberitahu lebih detail tentang kawasan RTC tuh..hahaha..
pendekkan cerita, tunggu kejap sementara mereka nak naik ke pentas...tukar baju bagai bagai tuh...
pendekkan cerita nya, kat sana aku dapat kawan baru yang sama minat V.I.P (kenal dekat facebook) yang bernama nik azmir dan syahirah..
jom laa layan gambar yang xberapa ni..hahahha

seperti yang telah di beritahu..aku sharp balek dari kelas dan bersiap ala kadar..
ni laa hasil muka excited campur penat 

v.i.p baru keluar dari tukar baju

start untuk perform


time ni dorang tengah buat kuiz...
nak tanya soalan..
so apa lagi..aku pown dengan bangga angkat tangan dan jawab soalan mereka
kalau tak silap soalan nya,
ADAM : lagu apa yang dinyanyikan sebentar tadi?
ANISA : pasal awek
ADAM : sape pencipta dia?
(banyak tanya lah pulak abang aku ni)
ANISA : alaa..lupa lah pulakkk..hemm mohd Aizam mat saman kowtt
ADAM : yeahhh... betul..!!

suka tengok pic ni...





time ni abang buat magic
dan 'gadis' itu volenteer...


afiq nak kasi hadiah kepada yang jawab soalan tuhh


tadaa... hasilnya..
aku tengok tangan abang merah merah dan macam ada tulisan
mana aku taw??
sebab abang tunjuk dekat aku.. =)
aku pownn yerkk kan aje

pindah kat dalam khemah, sebab cuaca macam nak hujan

abang nak kasi hadiah baju..
dan aku lagi yang dapat..winkk
tapi dah lupa lah abang tanya soalan apa...
tak silap
lagu ...... album keberapa
dan aku jawab album keTIGA

marlon dan adam

yandy

yandy ameen marlon

dan akhir persembahan dorang..aku sempat snap gambar sebagai kenangan dengan yandy, amen, dan afiq..
adam dan marlon dah naik kereta

thank you azmir...sebab tolong snapkan gambar dengan yandy

amen fathi

afiq farhan



antara hadiah yang sempat aku pulun...

alahaiii kan bagus kalau soalan final keluar semua pasal adam..
kompom2 aku dapat fourflat

ok...me olweys miss you abang..take care balek KL ok..
assalamualaikum



MAGNUM ! mucho grasias


haiii people
apa khabar?? berkata kata seperti aku ni ramai follower kan..!
apa apa pown aku just nak cakap terima kasih bebanyak kepada hamba Allah yang seorang ini
kerana sudah memenuhi janji 
*janji ke?*
tak kisah lah..
janji aku dapat aiskrim jenama Magnum...
awww...
sweet sangat..dapat aiskrim free

buat ehem2 (nama perlu dirahsiakan)
thanks kasi kita aiskrim ^__^
next time kasi lagi taw...








konon berdua padahal.....

sorang aje..HAHAHHA


bye...assalamualaikum









19 January 2013

V.I.P di kelantan =)


just nak cakap
my  ABANG's (V.I.P) ada dekat kelantan sekarang ni
*happy gilerrr dah ni...*
hope dapatlah jumpa mereka kali keberapa tak tahulah
*sebab dah banyak kali jumpa*
(ayat nak bajet)
insyaAllah esok abang ADAM akan sampai...
so my plan
lepas abih kelas terus cau ke lokasi yang di beritahu..
yaAllah jangan marah aku kerana terlalu meminati mereka
aku akan cuba untuk menjadi hambaMU yang tidak akan alpa akan suruhanMu
sebab abang adam ada berpesan
"berhibur, berhibur jugak, agama kita jangan lupa"
macam tu la ayat abang adam
dan marlon pown ada cakap


Alhamdulillah 4 ahli VIP telahpun sampai kat kelantan....untu show jelajah janji 

ditepati.Adam pula akan menyusul pada hari ahad...kepada warga 

Kelantan....jom lah kita memeriahkan lagi jelajah janji ditepati di kelantan kali 

ini....jumpa ahad ini...:)



V.I.P Next Show(Jelajah Janji Ditepati)


Lokasi :RTC Kelantan, Kota Bharu


Afiq, adam, ameen, yandy, marlon



17 January 2013

encik A again


dear encik A
malam tadi kita mimpi awak...
dalam tidur, menangis lah jugakk
Allah seperti menghantar pesanan untuk 'STOP' kan perasaan saya dari mengharapkan awak
tapi saya tak kuat untuk 'STOP' kan perasaan ni


kadang-kadang betul kata images di atas
kita dah berkawan 13 tahun sebenarnya kan
kiralah dari darjah 3 kita kenal
setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu
setiap minit setiap saat, 
saya TAK pernah melupakan awak
setiap kali bumi berputar mengikut laluan paksi
setiap kali bulan berpusing mengikut laluannya
nama awak sentiasa ada di setiap sel dalam diri saya
(wahhaaa puitis pulakkk)


dear encik A,
saya sedar saya bukan 'gadis'
yang sopan tutur katanya,
tak lembut peribadinya
tapi kerana awak,
saya akan cuba yang terbaik...
saya sentiasa  ingat pesanan dari awak
untuk belajar bersungguh sungguh
saya akan buktikan tahun2013 
akan terukir kemanisan..insyaAllah


mungkin awak tak tahu..
macam yang saya kata kan,
saya sentiasa mengingati awak yang jauh dekat sana
setiap kali bersendirian, 
memori bersama dengan awak,
terlayar di ingatan..
sukarnya bila dah bertemu, kemudian berpisah sementara

'yaAllah hanya KAU yang memahami perasaan hambaMu ini..perasaan ni macam puzzle yang sukar untuk dicantumkan kalau tidak bijak mengaturnya...encik A please take care'



minggu ke 3 bulan JAN2013


korang semua sehat ke?
alhamdulillah aku kat sini (kelantan) sihat alhamdulillah
dan alhamdulillah thank you a lot to my God and OUR god Allah S.W.T
sebab segala masalah selesai sedikit demi sedikit..
seronok bila dapat mendengar suara mama kembali seperti biasa
tiada kerisauan..
buat masa ni aku tak de cerita yang best untuk di share kan
alhamdulillah studey akupown ok (buat nasa ni lah)
dan alhamdulillah kawan aku 'ipah'
dah kembali belajar seperti biasa
dan kaki dia dah buka simen =)
alhamdulillah dia masih seperti dulu..
doakan dia cepat sembuh dan berjalan seperti biasa =)



Dunia tidak pernah ada button PAUSE, 
ianya akan terus PLAY 
sehingga sampai ke penghujung jalan 
sehingga ianya akan STOP dengan izin Allah SWT..


siapa dia???
encik A (bukan nama sebenar)


12 January 2013

nisa CHAIYOK !





Kelak ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terusku pertahankan bukan mudah  menggapai bintang
Disini dugaan mendatang
Disebalik kepayahan disitulah ada kekuatan
Tekad hati azimat diperjalanan mengejar impian
Bagilah laluan seakan sutera
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihmu menyedarkan aku tak pernah sendirian
Di silangi mimpi ini
Tak ku ragui untuk membuktikan
Menghadapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
Pasti berkati kebanggan
Indah bila terang bulan yang bukan khayalan menghadapi kenyataan


nisa..sabar yer..
bukan mudah nak berjaya kalau tiada usaha
tinggal lagi setahu je kau kat kelantan ni
sabar yerr
please bertahan for your mother, your father, your siblings and your P.A hati too