28 May 2013

none !

assalamualaikum people

hari ni kan aku terasa macam nak menangis bila ayah aku tanya pasal total CGPA..memang la ok semua..tapi taste ayah aku demand nye..aku taw tu semua untuk kepentingan masa depan aku..tapi sedarkah beliau tahap prestasi anaknya sampai mana...aku sudah mulai risau akan masa depan...dengan apa yang aku ada ni bolehkah aku sambung keperingkat seterusnya...(degree)...dengan result yang ada ni boleh ke aku dapat kerja yang best2 seperti yang diidamkan...bila duduk bersendirian sambil layan lagu (tibe2 semuanya lagu sedih..ciskek betul !), tibe tibe aku rasa "susahnya menjadi dewasa..dapat x aku balas jasa orang tua"....
xnak taip banyak banyak lah sebab tengah down ni...bye

result sem 5

assalamualaikum people

hari ni merupakan hari yang berdebar debar buat semua pelajar politeknik...sebab result dah keluar..dan aku hany boleh melepaskan nafas lega..result tidak menghampakan dan tiada carry module..ALHAMDULILLAH...dan tahniah untuk semua kawan kawan aku atas result yang cemerlang...buat encik Mashmallow.. tahniah sebab pointer semakin lama semakin naik...
ok laa...bye

26 May 2013

bila dah berjumpa sang halal

ASSALAMUALAIKUM PEOPLE


hari ni hari minggu dan yang pasti budak budak sekolah paling seronok sebab malam ni tak payah nak susun buku dan tak payah iron baju sekolah kan..sebab cuti korang bersambung..hamboiii seronoknye =)
dan hari minggu biasalah mesti ramai yang sudah menemui sang halal korang kan..aku doakan korang bahagia disamping yang tersayang dan semoga hubungan korang sampai ke Jannah..insya Allah..

hari ni aku hanya nak cerita sikit tentang perkara yang aku dengar di majlis seorang ukhti..

bila aku dengar ceritanya kan, dalam hati berkata kata "ya Allah sweetnya"..kenapa sweet..?
selalu aku hanya baca dekat ruangan blog, majalah dan surat khabar tentang kahwin di usia muda dan jodoh yang diaturkan oleh ibu bapa..
pendek kan cerita, kitorang berbual ketika sedang makan makan (tak pe tak ramai orang sangat time tuh).
ceritanya bermula ketika aku menjejakkan kaki ke majlis tu yang hanya menaikkan dua buah khemah sahaja..dalam hati "errkkk..takkan dua khemah je..kahwin koboi ke??"...
kemudian aku dan yang lain masuk kedalam rumah, dan aku melihat sekeliling tiada pelamin (muka time tu blurr ok), kemudian selepas bersalam salaman dan mengenalkan sahabat yang lain, kitorang sembang sikit..ok muka pengatin tu tak nampak pada mulanya kerana dia memakai purdah dan pakain pengantin dia simple sangat hanya jubah..walau bagaimanapun benarlah kata pepatah 'yang tertutup itu indah' i'm totally agree..!! sebab bila ukhti tu buka sahaja niqab yang dipakai "masyaAllah cantik sangat"
selepas 10 minit macam tu duduk dalam rumah, kami dipelawa untuk menjamu selera (perut aku bergendang keseronokan).. sambil makan makan dia pown bercerita..
"aku macam tak percaya yang sekarang aku dah kawen..semalam aku menangis teruk weyhh..mana taknya dah lah aku tak kenal dia lepas tu mak ayah aku suruh aku kawen..hem redha je la" gaya dia cakap emmang sempoi..

"ko pernah jumpa dia tak" 
"pernah, bulan tiga hari tu..lepas tu bulan 11 tunang...yelah family dia datang nak tengok, aku ada mata tak, ada hidung tak"

"dia orang mana?"

"orang johor"
"sape nama dia"


"entah lah weyh, aku sendiri tak tahu nama dia sape..hahhahah"
dia sambung lagi "weyhhh lepas ni jangan tinggalkan aku..kalau ada pape event bawak lah aku"
"ehh..tu laki kau ad kan"
"alaaaa...."
"laki kau keje pe?"
"entah aku pown tak tahu"
so dari apa yang aku dengar emmang betul betul dia ni taknak amek tahu pasal laki dia..bila bergambar pown dia taknak suami dia ada kecuali terpaksa bergambar dengan para tetamu..dari pandangan mata yang aku lihat, suami dia baik, agak warak2 macam ustaz2...dan bila dengar tetamu lain bersembang, "owhh laki dia pensyarah UM"
dan bila aku teliti suami dia secara diam diam (aku pakar usha orang), hemm..laki dia sweet..kalau korang tengok, memang muka tak hensem tapi sweet..dan penampilan dia bersih...aku tak pernah lagi jumpa lelaki sebersih laki dia..

ya Allah sweetnye mereka..aku tahu suami dia boleh bahagiakan ukhti ni..semoga hubungan mereka bahagia sampai ke Jannah

"nak satu suami macam ni boleh...yang boleh bimbing aku..heheheh..insyaAllah"

25 May 2013

BURGER MASHMALLOW








resepi ni dari blog rien rose
saje share...thanks rien rose







23 May 2013

awak


assalamualaikum people


Awak DENGAN SIAPA????


Kita sedih baca status awak spirit =(
serius sedih...sedih sangat sangat...rasa macam hape je..
kita rasa kita perlu sedar diri bahawa kita dan awak sudah dewasa dan haluan kita tak sama and one more thing kita tak boleh mengharapkan awak layan kita sangat..tapi kita takut nak kehilangan awak sahabat..

21 May 2013

21/05/2013



sedang sibuk mengajar sang adik dalam pelajaran TAUHID (yes i'm not superb in ilmu agama, i know it)..at least i'll try..kemudian otak dan minda berterbangan entah kemana..ia mengingatkan aku tentang rukun iman dan rukun islam..jujur, aku hampir lupa akan semua itu..eh cop2..bukan lupa akan step2 rukun iman 6 perkara dan step2 rukun islam 5perkara..tapi aku hampir lupa akan makna makna yang terkandung didalamnya..contohnya perkara kepada qadar dan qada'...now, bila buka buku (buku sekolah agama darjah satu je pown)..tetiba aku aku teringat 

Ilmu itu Cahaya . Cahaya itu menerangkan hati . Carilah cahaya itu . Supaya hati kita terang . Supaya kita nampak petunjuk-petunjuk Allah :)

i'm try my best to change from negative to positive...so aku rasa aku kena belajar dari yang asas dahulu untuk mengenali agama sendiri..ya Allah malunya pada diri sendiri yang makin alpa..alpa akan dunia ciptaan padahal akhirat yang kekal abadi..

"so adik, may I borrow ur text book?"

18 May 2013

18/05/2013

ASSALAMUALAIKUM PEOPLE

Pesanan untuk diri sendiri agar tidak alpa dengan apa yang dimiliki pada hari ni...Alhamdulillah =)

"Sehebat manapun kedudukan/darjat kita, setinggi manapun pelajaran/pendidikan kita, sempurna manapun kecantikan/kehenseman kita, kita tetap sama disisi Allah, yg punyai kekurangan, yg melakukan kesilapan disetiap kelebihan yg kita ada. Jangan memandang rendah diatas kekurangan org lain dan jangan pula mempergunakan diatas kelebihan org lain."


16 May 2013

2 years blogger


yeahhh i'm 2 years blogger...

guwa hanya blogger cikai2...dan guwa masih dalam belajar..
terima kasih atas kunjungan korang...
i'm really appriciate...padahal blog aku, macam hape je...
thanks sangat..!!
ok laa sempena 2 tahun..nah tatap laa muka owner dia yang minta kena hayun dengan kayu golf ni

macam mana aq xkaki tido, see??? dia la sifunye...


muka bajet bajet....

wasalam...

15 May 2013

selamat hari guru,CIKGU !

assalamualaikum people



mengikut kiraan jari jemari tangan dan kaki guwa, rasa rasanya dah 4tahun guwa tinggalkan zaman persekolahan..perasaan rindu nak pakai baju sekolah, pakai baju batik, pakai baju amali, pakai baju sukan, pakai baju kawad, pakai baju kelab sangat sangatlah menebal dalam diri ini..teringat zaman zaman persekolahan waktu usia masih muda belia (sekarang pown guwa muda lagi..ayat guwa memang sebegitu..korang kena paham)..

guwa mula mengenali APA ITU SEKOLAH ketika usia guwa 5 tahun..kalau ikut ramalan pertanian (montang montang den budak pertanian), ketika itu, guwa ni boleh diibaratkan seperti pucuk yang baru nak tumbuh membosar...omak abah guwa, hantar guwa sekolah dokek Tabika Kemas..kat sana guwa banyak sangat dapat kawan..banyak !! ada tiga benda yang paling guwa suka ketika sekolah tadika dulu..pertama masa rehat, kedua masa main dan last masa balek...otak pown fresh..so banyak ingat main...nak cakap guwa laasak..tak jugak, guwa gadis yang paling sopan..pergi sekolah pakai seluar dan ber Tshirt pink, rambut wajib bertocang dua (comel bukan..)..walau bagaimanapun kat situ lah, bermulanya perkenalan guwa dengan huruf huruf ABC dan nombor nombor seperti 123...terima kasih cikgu =')

kemudian ketika berusia 6 Tahun, guwa ditukarkan ke sekolah Tadika Islam..yes yes2 betul tekaan anda, sekolah tadika ini menyebabkan guwa kena pakai tudung...tapi guwa jarang pakai tudung sebab kalau pakai pown sama tetap selebet...dan disinilah bermulanya dunia guwa dengan nasyid..(guwa dulu pandai karoeke nasyid weyhh..)
"Rasulullah dalam mengenangmu..kami susuli lembaran sirahmu, pahit getir perjuanganmu..lallalal" by Hijjaz

dan beralih kepada zaman sekolah Rendah..
hem..guwa tak banyak sangat kenangan..kalau ada pown tak berapa nak ingat sangat sebab guwa banyak ingat kenangan guwa dengan Encik A..tapi macam mana pown guwa antara budak yang boleh dikategorikan bijak...alhamdulillah kelas guwa A dan B sahaja...HA !! antara kenangan yang paling guwa takkan lupa adalah sebat !!..yep, guwa selalu kena sebat dengan cikgu matematik kerana matematik guwa tak pernah dapat markah penuh (guwa dah cakap guwa xsuka matematik..jadi jangan paksa)...dan kat sekolah rendah ni jugaklah, guwa belajar teknik teknik nak lompat tinggi dengan betul oleh cikgu razak..
kalau sekolah agama pulak, aku banyak melarikan diri dari sekolah, iaitu ponteng..guwa tak tahu kenapa, memang sekolah tu dengan jiwa tak sebati langsung..tapi guwa bersyukur..sebab guwa dapat berkenalan dengan ustazah Hamidah..dia banyak bagi advise..dan paling guwa suka usha dia atas bawah..kalau boleh satu set nak sama warna, dari baju, handbag dan kasut..kasut kemain stilleto..hahaha (wuppss..maaf ustazah)
ustazah guwa paling suka pesan benda ni
"awak smua ni, lebih baik balek tanam jagung nanti dapat jugak hasil..kalau datang sekolah pown tak ada hasil" 
muka guwa mesti pandang meja yang banyak conteng2 kalau dah dengar ceramah dari beliau..
dan kat sekolah agama ni jugak, guwa masih meneruskan nyanyian guwa sebagai ahli nasyid yang tak seberapa nak nasyid..ceewaahhh..siap gaya gaya kau...its call kenangan ok..

masuk alam menengah, hemm..reputasi guwa agak merosot..sangat merosot..mungkin kerana pergaulan guwa dengan kawan kawan..guwa tak salahkan kawan kawan guwa..tapi guwa salah kan diri guwa, yang tak reti nak bentengkan diri..tapi nak buat macam mana benda dah lepas =)

kemudian guwa kena transfer kat sekolah menengah teknik di Rembau..di sana mulalah episod baru guwa sebagai perantau...kat sana mempunyai 1001 kenangan yang sukar guwa nak ganti..
antaranya, budak budak laki anti giler dengan budak perempuan, abang senior yang yang sewel, dan warden perempuan kerek susu nak basi...tapi guwa paling suka ustaz jang..dia seorang yang terbaik..!! hanya menaiki moto kapcai pergi sekolah, sanggup turun naik dorm hanya untuk mengAzankan subuh..setiap block ok !! kalau ada 10 block yang 4 tingkat, aku gerenti dia sanggup jelajah semata mata nak gerak pelajar pelajarnya..(sweet kan..)..lepas tu sanggup datang ke dewan makan dan paksa student habeskan sayur semata mata taknak membazir, sanggup take over untuk jadi warden hujung minggu, bagi aku itulah pengorbanan seorang guru yang sebenar..dialah ayah, dialah guru..
aku dan kawan kawan sanggup naik ke bilik warden (tapi mintak izin beliau), semata mata nak tengok drama NUR KASIH lepas tu, ada hati nak sambung tengok nightline (demand)...
ustaz jang pernah berpesan,
"kalau satu hari nanti esey (saya dalam loghat negeri sembilan) dah takdo, sey taknak mintak yang mahal mahal, cukuplah ekau sodokahkan alFatihah buwek seyh ni ha" 
sekarang beliau dah pencen...tapi kenangan dengan beliau takpernah guwa lupa =') 

and NOW guwa merupakan pelajar politeknik..
dan guwa nak cakap selamat hari guru untuk semua guru guru di muka bumi ni..tak kiralah guru apa pown anda tetap guru dan seorang pendidik..sesungguhnya menjadi seorang guru merupakan satu cabaran dan akan memperoleh pahala yang besar...jadi jangan menyesal menjadi pendidik wahai guru..
I LOVE YOU cikgu !!


13 May 2013

binnabil huda


encik Mashmallow suka lagu ni...jadi bila guwa rindukan beliau, guwa dengar la lagu yang beliau suka...hemmm..kadang2 ada kebaikan nya...sebab kita sebagai manusia sering kali alpa dengan dunia, jadi bila bosan2 dengarlah lagu macam ni...boleh berzikir dan ingat kepada sang pencipta kita Allah S.W.T..



Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

11 May 2013

selamat hari ibu 2013

assalamualaikum people

hari ni merupakan hari yang ermmm....banyak berkaitan...

pertama selamat hari ibu buat mama tercinta Puan Rahimah...

last gudluck football game buat encik Love...




nyte !!

9 May 2013

jyeahh !!

assalamualaikum people

ALHAMDULILLAH....baru je lepas telefon adik aku yang ada dekat perlis...hemm...suara dia dah ok..no drama air mata..aku taw aku bukanlah seorang penasihat yang bagus dan kakak yang solehah sangat..tapi aku tetap akan menjalankan kewajipan aku sebagai seorang kakak yang telah di amanahkan oleh Allah yang menyuruh aku untuk menjaga adik adik dan keluarga..sebab aku kan anak sulung..jadi akulah lelaki akulah perempuan..aku lah abang aku lah kakak..i must protect my family....!!
so bila adik aku telefon (walaupun sebenarnya kitorang selalu bercakaran bila berjumpa..tapi biasalah, adik beradikkan), so bila dia telefon aku dan dengar suara dia macam sedih semacam, aku mestilah risau (tapi tak tunjuk dulu..EGO ok)..then menjadi pendengar setia...bila muncul klimaks, dia menangis (guwa sentap !!), so aku as a kakak....aku hanya mampu menjadi penasihat, pesan itu pesan ini..kuatkan semangat dia..jangan bagi dia putus asa....and now alhamdulillah, even result dia biasa biasa...aku happy ok...eh biarlah adik aku bingai slow loading pown..janji dia usaha...aku tak kisah pown..sebab aku pown sama taraf je dengan adik aku..tak lah sebijak orang lain..tapi masih mampu berpuas hati dengan pencapaian sendiri...korang, xsalah bila diri sendiri loading..aku mengaku, aku manusia paling loading dan boleh dikategorikan sebagai student yang lemah dan low..tapi setiap orang ada kelebihan masing masingkan...apa kelebihan aku?? rasanya tak perlu show off....dan aku taw korang pown ada kelebihan amsing masing jugak..sama seperti adik aku...
adik dont give up and go fight !! u should continue and dont look back..!! (macam kelakar je kalau adik baca)

...

assalamualaikum people

kenapa kebahagiaan Allah pinjamkan sementara?? kenapa aku rasa lain macam sangat..rasa macam nak menangis pown ada..tapi aku tak tahu puncanya...oh nisa please dont drama...
atau aku sentiasa terfikir akan hal semalam?? wait bukan hal politik tapi ada satu hal iaitu masalah hati...
nak tanya, masih ada lagi ke lelaki yang malu untuk ungkapkan perkataan "sayang"??? hemm... tapi kenapa dia nak malu..kalau dah betul sayang just say it..not keep it...but its not important...
patot lah aku rasa sedih..rupanya adik aku, tengah dalam keadaan sedih..sedih dan takot untuk melihat keputusan exam...ya Allah KAU berikanlah keajaiban buat adik aku...semoga result dia kali ni ok dan lulus dengan cemerlang...
to little sista, sejauh mana kau berada..ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita dik..jangan pernah lupakan solat, jangan pernah putuskan perhubungan dengan Allah dan family..tak kiasah apa sahaja result kau, itu adalah usaha kau...jangan pernah takut nak melihat result....sebab tak semua orang yang berjaya akan mendapat pekerjaan yang hebat..kau bertuah dik, hanya dengan result kau yang tak seberapa masa SPM dulu, kau akhirnya dapat sambung ke peringkat diploma dan masuk ke Universiti....
so please dont cry sista...i will always with you





8 May 2013

tolong hentikan kawan kawan

assalamualaikum people


i think u ols should stop should ignore and should forget about politician and PRU 13....come on u just student..please dont fight each other...we study at same place...maybe our mentality not power like some one...but what can we do??? if u defend like crazy the that party, what u get?? tell me?? nothing right...so please friend....
and one more thing, this call sincerely "TEGURAN" from me as owner blog anisa...

please dont judge someone only because u guys obsessed politician and then u involve and judge their parents..
 "mybe ibu bapa mereka pown sejahil mreka"


what meant JAHIL..??u know what meaning jahil in islam right??so please think rasional before u talk..can u imagine how they are call your parents like what u call..?? did u have little bit sense of humor?ermmm...

5 May 2013

alfatihah

assalamualaikum people...

yeahh hari ni ramai busy meng uploadkan gambar jari cat biru...termasuk mak aku... aku?? belum tiba masanya...walaupun dah mencecah umur 21....insyaAllah aku akan undi pada masa akan datang...
korang tolong sedekahkan Al Fatihah buat kawan aku yang baru sahaja kehilangan datuk tercinta...
kisahnya, pada waktu pagi, aku ngah sibuk menstalker orang then aku terbaca news status...dan status tersebut mengatakan bahawa atuknya sudah pergi menghadap Ilahi....DANGGGGGG !!!! shocked tak terkata...wahai sahabat, aku harap ko tabah menghadapi semua ini ye...
tadi selepas semua selesai pergi mengundi, famili belah ayah aku kumpul ramai ramai....adik beradik bergosip..itu perkara biasa bila dah lama tak berjumpa...then sedara yang paling rapatdengan aku cakap "nisa ko tak pergi melawat family boyfren ko..??atok dia dah meninggalkan"
then aku jawab "aku taw.."
"dia cakap ngan aku nak jumpa ko nanti, bila dia datang sini"
aku "hermmm..."
tapiiii.....hemmm...beratnya...aku tak sanggup nak tengok kawan yang aku sayang dari sekolah rendah menangis...Encik A, aku harap ko ikhlas dengan pemergian atok tercinta..maafkan aku jika jarang contact ko =) ...aku just nak ko taw, aku xpernah lupakan ko kenangan bersama ngan ko...ko lah sahabat terbaik penasihat terbaik....take care dear


2 May 2013

REMBAU most wanted yauw...

assalamualaikum people...

sekarang lagu yang tengah HOT meletup bedebas lagu REMBAU MOST WANTED..lagu ni naik selepas lagu apo kono ea jang versi DATO' AC MIZAL pofular....
den banggo oiiii....den kan ponah belajo kek ghombau nunnn....

hahhaha....bukti weyhhhh...

sape yang pernah sekolah kek sini angkat tangan..nak angkat kaki pown bolehh..guwa tarak hal...
sekarang nama sekolah ni dah bertukar jadi kolej vokasional Dato' Lela Maharaja...dan guwa merupakan anak murid last edition perempuan cost Kejenteraan Ladang.. *muka bangga tahap maxima*
thanks kepada cikgu cikgu guwa terutama ustaz jang *rindu nak kena sebat*
thanks kat kawan kawan semua..korang always the best
rindu nak shopping makanan dekat Fresco =')
*halamakkk !!! mood rindu rinduan sudah kembali*
ok laaa malam malam ni tak mau touching terlebih...nak tidur lah..sebab esok nak tunggu khabar berita dari mashmallow..hope dia selamat sampai ke Shah Alam...

sila layan lagu dibawah ini..sekian...

I representin this place
Where people say murder is the case
REMBAU
the food gonna make your tongue blaze
Step forward,hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin
Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang(kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak2 sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik2 cito2 angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
Weve been busy chasin dollars
Chillin at Mui Fong with my homies yaw
And If u keep talkin shit others might listening bro
Then gangin up, just pick up your gear
Listen dear
I aint messin wit the coward
I aint messin wit fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don't wake me up from my dream
C.R.E.A.M

Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang
Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan2
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
12



aktiviti cuti sem

Assalamualaikum People

haisyhhhhhh...sukarnya menjadi anak sulung *mengeluh*
kena hantar adik pergi sekolah, ambil adik kat sekolah, sidai baju, angkat baju lipat baju *dah perkara wajib*
letih sangat....baru guwa rasa keperitan seorang suri rumah tangga...alahaiii macam tu xnak kawen lah... *ye2 je kau nisa*
hemmm..lepas ni kalau nak kawen, kena cari suami yang boleh membantu isteri bila isteri malas...eh tak tak..kena cari suami yang suka sangat buat kerja rumah dan suami tu tak suka bagi isteri dia buat kerja rumah langsung..!! ohhh sweet sangat kalau dapat suami macam tu...boleh lah aku rileks rileks..kalau balek kerja nanti, tak payah pikir nak masak apa..malam pulak tak payah pikir nak iron baju suami ke taknak..semua sisuami boleh selesaikan...(dah berangan dah ni)
ok hapuskan angan angan minah jenin anda wahai anisa huru hara...

aktiviti dimasa lapang lagi kosong ni, aku banyak habeskan masa dan tenaga dengan membiarkan lappy terbuka tanpa tertutup..buka facebook twitiaq dan bloggiaq...
sementara nak tunggu kerja kan..
lepas tu aku ada buka google dan search something melalui blog orang lain dan i get this info..lets read

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik. 

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : 
anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego. 
sering berjaya dalam hidup. 
lebih pandai mengambil hati orang tua. 
mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi


ciri ciri tersebut ada kat aku kah???
sila jawab !!