assalamualaikum people
dan selamat malam..annyeong orang korea...oyasuminasai untuk orang Jepun =)
aku baru lepas balek dari jelajah blog orang...ada satu blog cerita pasal kawen..kawen banyak, kawen muda, tak nak kawen...oh dahsyat dunia hari ini kan...
singkap kepada kenangan dahulu.......... (lagu AX'L andai dapat ku undurkan masa)
pernah seorang hamba Allah ni berkata kata ingin melamar aku sebagai teman hidup atau lebih jelas sekali 'isteri' selepas aku habis diploma..dan aku akan menghabiskan diploma tahun ni disember2013...boleh ke aku menjadi isteri ni?? masak pown tak lepas..pagi aku kat rumah pukul 12 tengah hari...banyak nya kekurangan kat diri aku yang perlu aku baiki.. malu pown ada. (semua tu bersebab kenapa aku keraskan hati taknak belajar masak dan malas dalam segala benda..nanti aku cerita)....senang cerita aku 'reject' secara baik dengan alasan aku anak sulung dan tanggungjawab aku terlalu besar..
thanks to my 'abang' Adam yang olweys mengingatkan aku dan fans lain tentang tanggungjawab =)
berbalik kepada topik (ada topik ke??)
di sebabkan sekarang umur aku akan masuk ke alam 21 tahun, jadi aku berfikir aku WAJIB serius dengan kehidupan aku sekarang even kawan kawan aku tak pernah nampak aku serius..kalau tak, tak adalah hamba Allah ni mengutuk aku dekat dalam kelas...nasib aku manusia berjiwa 'lantak kau lahhh...'
jadi tahun 2013 ni untuk pertama kali aku memegang status 'single', so aku nekad untuk tidak kapel atau melekatkan diri pada mana mana manusia yang berlainan jantina dengan aku (insyaAllah..kalau iman kuat)
aku harap aku akan berjumpa dengan 'ADAM' a.k.a jodoh yang telah ditetapkan oleh Nya...
harap 'ADAM' tersebut dapat menerima mama, babah, nurul, nuar, nadhirah dan opkos aku (Nisa)...
Sebab bagi aku perkahwinan bukan satu permainan atau bahan experimen untuk di jadikan kajian..bagi aku 'perkahwinan' adalah salah satu tiket untuk aku masuk ke syurga setelah status aku bertukar 'puan' kelak...
dan kenapa kenapa kenapa...sampai laa ni aku malas nak duduk dekat dapur dan tak kisah kalau semua tahu aku tak pandai masak...sebab aku nak 'ADAM' tersebut terima aku, terima kekurangan aku dan sanggup mengajar, membimbing aku dari zero to know everything...mama selalu bising, suruh aku belajar masak...sampai telinga ni dah macam peti besi, kebal kemain. 'kakak nak belajar masak dari mak mertua laa' itulah alasan yang selalu aku bagi... (=.=")
sebenarnya aku nak belajar masak dari 'ADAM' aku sendiri...sebab tu aku nak cari yang pandai masak..ceewahh,,bila dia pandai masak, dia akan ajar bini dia yang bingai ni memasak then dari situ aku akan belajar segala menu mengikut citarasa tekak dia..macam copy paste gitu...sweet tak?? kan limited edition...ahaks (gelak control ayu) alahaii nisa berangan je kau kan...dah lahh pergi tido esok nak keluar kan..assalamualaikum =)