8 October 2011

yes i'm worried

assalamualaikum W.B.T wahai reader tersayang..

aku kini sudah berada di negeri yang memang memboringkan..
YESS..negeri kelantan
aku malas nak cakap pepanjang..
aku sekarang berada dalam keadaan yang sangat risau..
risau kenapa??
aku risau pasal keadaan mama kesayangan aku laa..
kenapa dengan mama aku??
ceritanya macam ni
waktu aku bercakap-cakap dengan mama
aku terpandangkan mata mama..
aku nampak ada satu benda yang aneh kat mata mama
yerr..inilah selaput mata..

aku tak pastilah benda ni bahaya atau tak..
tapi aku ada gak suggest kan supaya mama buat pembedahan
kata mama
" kakak nak taw tak, kawan mama ada buat pembedahan mata dan tak sampai berapa hari dia meninggal "
W H A T..!!
OH MY GOD..
aku tak nak kehilangan mama ya ALLAH..kerana dia satu-satunya harta yang aku ada..
saat aku mendengar penjelasan mama yang agak ringkas tu..
aku rasa macam nak menangis je..
tapi malu lahh adek aku ada pulak time tu
nanti dia cakap aku minah 'cengeng'
sesungguhnya hanya KAU yang maha mengetahui..
tapi..aku tak rela melihat selaput tu membesar
aku takut mama tak boleh melihat atau dengan lebih jelas aku tak sanggup tengok mama buta
tapi bila terkenangkan ayat terakhir mama tu "meninggal"
ohh..
seriously aku lagi tak rela..
kalaulah aku dapat meringankan beban mama??


mama,
sesungguhnya kakak tak tahu bagaimana cara untuk meringankan beban mama..
kalaulah kakak dapat dermakan mata kakak

mama,
kakak sayang mama sangat-sangat..
kakak tak nak kehilangan mama,

mama,
jangan tinggalkan kakak
kakak sayang sangat dekat mama
maafkan kakak mama

aku teringin nak taw apa itu selaput
then lepas sampai je dekat rumah sewa aku terus buka lappy
dan search benda ni
Pterygium adalah sejenis pertumbuhan tisu di lapisan luar (conjunctiva) mata putih. Pterygium merupakan selaput luar, untuk selaput dalam dipangil katarak.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak adalah berkait rapat dengan faktor peningkatan usia, cedera pada lensa mata, pesakit diabetis juga terdedah kepada penyakit ini, penyakit mata, katarak bawaan sejak lahir iaitu dilahirkan dengan katarak (kongenital), katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu menghidap jangkitan penyakit seperti rubela semasa kehamilan dan ia dikenali Ia dikenali sebagai katarak kongenital dan juga paparan berlebihan dengan sinar ultraviolet yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak.

ok..sekarang aku da paham..
ianya adalah di sebabkan faktor umur..
tapii
aku tetap bimbang
aku rasa macam nak duduk je dengan mama 24jam
tapi apakan daya
aku ada tanggungjawab lain yang perlu aku lakukan
buat masa sekarang ni adik aku nurul tengah bersenang lenang dekat rumah
aku harap dia dapatlah menjaga mama..

sekarang aku tengah menghitung hari untuk balik

" yaALLAH aku memohon kepadaMU KAU ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku dosa2 adik2 ku..KAU lindungilah mereka..jauhkanlah mereka daripada terkena sebarang penyakit berbahaya..sesungguhnya hanya mereka yang aku ada di dunia ini..amiiinn"





bukan simpati seseorang yang inginkan tapi aku nak seseorang kembalikan semangat aku

No comments: