2 September 2011

be strong

assalamualaikum w.b.t

sila jawab if ur islam..

first aku nak say thanks a lot kepada semua orang yang memberi nasihat tentang cintan citun segala bagai tu

so sweet...tambah-tambah lagi kakak sedara aku yang memang aku sayang sampai nak tampar2 je muka dia ni..geram betOl

ha..ni MAKAN dia...

sebenarnya aku malu ar jugak nak cerita masalah segala bagai tu kat sini..tapi di sebabkan aku dah bengang dan bangang..so tak salahkan..

tiba-tiba kau buka FB dan tengok kat wall pages kau
ada gambar si dia dengan si tuttteetttt

kau...taknak terkejut beruk heart attack pulakk kann

tanjatt boboy

ok stop about it..

mesti korang rimas kan..

doktor pakar cinta a.k.a penjahanam cinta

tetiba pulak ada masalah cinta

atoiiyaiii (=,=")

pergi balik rumah cerita dengan dinding la weyhhh

sekarang aku akan bagi tips
(baru semalam ada masalah cinta..pagi ni kau nak bagi treatment pulak..blah la)

shuhhhddd..diam..!!


Mutiara Cinta #1 :

"Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya. "

Tip : Beranikan diri anda, tabahkan hati dan bersedia menghadapi apa jua takdir yang bakal diterima kerana sesungguhnya, segala-galanya adalah dari kehendak Tuhan. Semuanya adalah ketentuan dari Ilahi.

Semua orang pasti gagal, pasti menempuh saat-saat luka, kecewa dan berduka. Yang penting, anda boleh bangkit cepat dari segala-gala kedukaan dan kegagalan itu. Lantas tersenyum untuk menghadapi satu pertembungan yang baru, risiko baru...pengalaman baru!

Mutiara Cinta #2 :

"Kepada dunia, anda hanyalah satu manusia biasa, tetapi kepada satu manusia biasa, andalah dunianya."


Tip : Menghargai antara satu sama lain dan saling hormat-menghormati di dalam sesebuah perhubungan akan mempamerkan betapa pentingnya diri orang yang disayangi itu.

Sekiranya dia adalah segala-galanya untuk anda, dialah cinta hati anda, dialah dunia anda, maka biarlah pilihan anda itu juga sama-sama mempunyai niat dan perasaan yang sama seperti anda. Agar, anda tidak terkecewa di kemudian hari. Berpegang kepada keperibadian anda yang menyajunginya, InsyaAllah dia juga akan melakukan perkara yang sama!

Mutiara Cinta #3 :

"Sesungguhnya, cinta itu bukan buta tetapi insan yang bercinta itu hanya mahu melihat orang yang dia cinta."


Tip : Mencintai seseorang dengan membabi-buta adalah salah satu cara untuk anda menempuh kekecewaan di masa hadapan. "Let your options open".

 Anda bersifat berjaga-jaga agar pilihan anda tepat dan tidak akan mengecewakan anda di masa hadapan. Ramai yang memegang kata setia, tetapi akhirnya tersungkur kecewa, semuanya kerana anda tiada pilihan lain, dan terpaksa memilih yang tidak tepat pula. Love yourselves a lot more beb!

Mutiara Cinta #4 :

"Cinta yang benar-benar cinta, hanya akan lahir setelah segala kecantikan hilang dan musnah. Jika masih cinta, itulah cinta yang sebenar-benarnya. Jika tidak..."


Tip :

Dalam mencari dan mengenali cinta, apa yang anda harus buat ialah mengenali si dia di dalam waktunya yang paling bersahaja. Kalau wanita, biarlah waktu yang tanpa make-up atau tanpa bedak. Kalau lelaki biarlah waktu bangun tidur atau selepas bersukan. kemudian tanya diri anda sendiri, "Nak lagi ke? Suka lagi ke?"

Jika waktu paling buruk, paling busuk, paling kotor anda boleh terima. Maka, di waktu mana, berubah macamana sekalipun rupa dan fizikal, anda tetap cinta. Yang penting...dia pun samalah juga boleh terima. Nanti dia berubah hati, anda tak tahu pun. Berbincang sedari awal beb!

Mutiara Cinta #5 :
"Persahabatan selalu juga berakhir dengan percintaan, tetapi percintaan tidak akan bertukar menjadi persahabatan kerana perasaan cinta akan sentiasa bersemadi di jiwa yang bercinta."


Tip : Sekiranya bekas kekasih anda berkata, "Kini kita hanya sekadar kawan..." Itu hanyalah sekadar mulutnya yang bercakap, bukan datang dari hati nurani. Setiap insan yang pernah bercinta, akan sentiasa merasakan cinta kepada bekas kekasihnya, cuma mereka menyembunyikan perasaan cinta itu dan tidak mahu meneruskan perhubungan itu lagi.

Even walau dia sudah memiliki cinta yang baru, rasa cinta kepada yang lalu masih bergelumang dilubuk sanubari. Apakah anda sendiri dapat melupakan tempat anda jatuh dan terluka? Inikan pula waktu dan ketika anda dilamun cinta...fuuuu. Tapi senyap-senyap je lah, bukan adaapa pun...perasaan tu masih cinta je, tapi cinta yang baru lagi best kan. So lebih baik jangan cakap kat kekasih tu ssshhht!!



inilah hasilnya bila aku dah start research pasal ni..

so kepada semua kaum hawa yang terluka dilukai dan seketurunan dengannya..

peh-lisss..!!

be strong..

go take the "WUDHUK" a.k.a ambil air sembahyang

and go read al-quran or berdoa kepada YANG MAHA ESA

" tak payah nak buat cerita thriller dengan bunuh diri segala bagai tu bangang "



p/s : bercintalah selagi masih ada sayang..

No comments: