1 March 2013

Lahad Datu kini dalam zon perang !

assalamualaikum people..

adakah anda rasa, kawasan anda tenang aman dan  damai...kalau itu yang anda rasa..say Alhamdulillah..berita tergempar di bulan MARCH... Lahad Datu kini dalam zon perang..astaghfirullah hal azim..berlaku dekat Sabah (my favourite country)...

source : Dato' Google


klik the video

Depetik dari sebuah web berita:
Kumpulan penceroboh Filipina, yang berkubu di Lahad Datu untuk minggu ketiganya, mengesahkan laporan mengenai tembakan dilepaskan kira-kira 24 jam lalu tetapi mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan untuk memberi amaran kepada pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, memberitahu bahawa pihaknya mengesan enam anggota tentera Malaysia mendekati Kampung Tanduo sekitar 5 petang semalam dan melepaskan tembakan ke udara.


"Semua orang bergegas pergi ke sana, jadi saya pun ikut. Bila sampai, saya tanya kepadanya (pengawal) apa yang telah berlaku.

"Mereka beritahu saya tembakan itu dilepaskan ke udara bertujuan untuk memberi amaran kepada mereka (tentera Malaysia) bahawa mereka telah dikesan. Menurut mereka terdapat enam askar Malaysia dalam tiga kumpulan dan mereka melarikan diri," katanya melalui telefon.

Bagaimanapun, beliau berkata kumpulannya seramai kira-kira 130 tidak berniat untuk menyerah diri.

Beliau juga mengesahkan kumpulannya menerima risalah memberi amaran terakhir, dan menggesa kumpulannya supaya menyerah diri, tetapi beliau berikrar bahawa mereka akan terus "berada di situ sehingga keadaan itu diselesaikan."

Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa kumpulannya yang bersenjata - yang mahu menuntut wilayah Timur Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu atas sebab-sebab bersejarah - tidak berniat untuk mencetuskan konflik. -Sumber-



Antara anggota pejuang negara yang terkorban dan tercedera :


1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)
-Sumber-



Semoga pejuang negara yang gugur Syahid ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Takziah kepada keluarga pejuang negara yang terkorban. Teruskan perjuangan bagi pejuang negara yang lain. Moga Allah merahmati dan menolong kalian. Aku hanya mampu kirim doa dari Semenanjung buat pejuang negara dan penduduk Sabah terutama Lahad Datu. May Allah protect u. #PrayforLahadDatu #PrayforSabah #PrayforMalaysia. Ya Allah selamatkan mereka. Selamatkan tanah air kami. Bantulah pejuang negara kami. Aamiin.. 




No comments: