8 March 2013

solehah yang sangat limited


Wanita solehah itu memang limited edition.
siapalah aku nak tentukan diri ini mahu pon wanita lain solehah atau tidak.
yang aku tahu,
Allah hurabbi,
aku mahu jadi wanita solehah yang limited edition itu.

Peritnya Mujahadah tuh,
tapi, kekadang aku tewas.
Lemahnya iman nie.
Lembutnya hati nie mengikut telunjuk syaitan.
Ya Allah, peliharalah hatiku.
Aku mahu jadi wanita solehah yang limited edition itu.

Hati remaja meronta ronta,
nak mencari keseronokkan buat diri.
memang aku berusaha menjaga hak Allah,
Aku jaga solat ku, puasa ku, batasan aurat
tapi, kenapa aku susah nak jaga pergaulan dengan lelaki.
Ya Allah,
bantulah aku. aku mahukan bakal zauj yang soleh.
dan aku hendak menjadi bakal zaujah yang terpelihara dirinya.
aku mahu jadi wanita solehah yang limited edition itu.

Ya Allah,
jauhilah aku dari syaitan yang direjam.
peliharalah hatiku,
peliharalah pendengaran ku,
peliharalah akhlak ku,
peliharalah diriku.
aku yakin denganMu, kau akan selalu menjaga diri ini.
aku mahu jadi wanita solehah yang limited edition itu.

wahai hati,
istiqomah lah di jalan Allah,
kerana,
aku mahu jadi wanita solehah yang limited edition itu.

*harap aku dan 'dia' tak leka akan kemanisan dunia..
harap hati aku dan 'dia' kuat meghadapi dugaan dunia dari godaan syaitan..*




No comments: