assalamualaikum WBT kepada semua feminats feminats atau stalker i..
(hahha gedik dua tiga macam je kau ni nisa)
lupakan...
ari ni tetiba pulak i nak share sikit information pasal "TYPES OF YOUR SKIN"
tajuk aku pown da bahasa inggeris..kau pikir kau hebatlah nak speaking..(ok propa aje tu)
mesti ada orang tertanya tanya blog aku ni sebenarnya berkaitan apa..??
kejap tips cinta, kejap pasal korea, kejap pasal masalah sendiri, kejap pasal tips kecantikan, kejap pasal adam...ok sebenarnya belog aku adalah belog bebas...
berbalik kepada topik asal ye wahai anak anak..
anak anak nak taw tak kenapa mama nisa meletakkan tajuk sedemikian rupa..???
sejarahnya adalah.....(bunyi dram sikit)
" dari dulu sampai sekarang mama nisa tak tahu masalah kulit yang dialami oleh mama nisa ni..EH CHOP..!!bukan masalah kulit yerr anak anak..mama nisa cuma nak taw kulit mama nisa spisis dari mana..dari kulit berminyak ka dari kulit kering ka?? sebab alhamdulillah bukan nak berlagak, mama nisa tak pernah ad jerawat..dan sekarang mama nisa rasa bersyukur teramat sangat sebab encik encik jerawat sudah mula mendaki ke kemuncak hidung mama nisa ni..(baru aku taw why woman or girl tak suka jerawat)...cehh baru kau nak menyesal..dulu bukan main minta nak ada jerawat..kalau anak anak nak taw, kulit mama nisa ni taklah cantek mana pown..."
kenapa baru sekarang mama nisa nak hamek taw??
hek eleh...kau taw kan lagi beberapa hari umur aku akan jadi 20 tahun..jadi sudah tiba masanya untuk aku melakukan sesuatu agar nampak matured..
sebenarnya nak kelihatan cantek dan bergaya..(ahakk..tak boleh blah)
setelah menyiasat beberapa spisis kulit and now barulah mama nisa taw...
so jom lah baca sesama
Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit
yang mana satu kulit anda
Kulit normal
Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
- Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.
Kulit kering
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.
Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
- Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
Kulit berminyak
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.
Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
- Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.
Kulit kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
- Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
- Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.
jadi..kepada anak anak semua, kalau anak anak teringin sangat nak kulit cantek licin, anak anak perlulah menjaga dan merawati kulit setiap masa..pastikan sentiasa membasuh muka dan memakai pelembap (moisturizer)...
nak tahu ke kulit mama nisa terdiri dari spisis yang mana?? oh itu rahsia...
ok..semoga info kali ni dapat membantu anak anak serta dapat menambah ilmu pengetahuan mama nisa..
p/s: rasa dua tiga macam la pulak bila gelar " mama nisa "....hehehehe