19 July 2011

sayang ATAU cinta

assalamualaikum...

pehh-lisss laa..jawab salam ni..payah sangat ke kau nak jawab...balas SMS kau laju pulakkan..

heheh..aku tak marah laa..ingat-mengingati sesama islam kan bagus..lagi pOwn, zaman sekarang ni aq payah nak tengok golongan remaja seperti aku ni menjawab salam..

paling koman pOwn dorang akan jawab 'komsalam'...
apakah??..heyy deyy!! kau sah2 lahir memang islam takkan benda yang simple ni pOwn ko pemalas..
memang BOOOOO dus laaa..

ok stop!!! yang tu, pandai-pandai la kau pikir..kau pown da besar kan...

malam2 yang dingin..lepak2 tanpa goyang kaki..aku dengan rajin dan busy the body nya menerjah blog2 hamba Allah yang kadang2 boleh di ambil jadi kan pengajaran atau informasi terkini..aicehh2x...

aku ada baca 1 blog ni berkaitan 'SAYANG ATAU CINTA'...sje aq highlight biaq kasi teghang sikit
jom share together-gether =)

Sebenarnya, perkataan suka, cinta dan sayang itu membawa maksud yang berbeza. Tengok tajuk entri pun dah tahu, kali ni kita tengok pulak apakah itu sayang dan apakah juga itu cinta.

Cinta - Perasaan yang terlalu dalam. Ia terdiri dari pelbagai jenis dan mempunyai banyak ragamnya. Cinta adakalanya dianggap sama dengan kasih sayang. Kasih sayang dan cinta itu sendiri ada bezanya. Kasih sayang itu lebih ringkas dan mudah, tapi cinta pula lebih kompleks dan sukar untuk diperoleh.



Nak dipendekkan di sini, kasih sayang adalah sebahagian dari cinta. Ia adalah sebahagian nilai yang perlu ada pada diri seorang pencinta. Dan seorang pencinta sewajibnya mampu untuk berkasih sayang. Tanpa kasih sayang, cinta tidak bermakna. Maka, kasih sayang itu adalah pelengkap kepada cinta.

Biasanya, kasih sayang lebih ditujukan kepada kasih ibu bapa kepada anak, kasih guru kepada murid, kasih Nabi kepada umat. Tapi apabila kasih sayang mencapai tahap cinta, maka perasaan itu jauh lebih mendalam dan jauh lebih berkesan dalam jiwa orang yang saling mencintai.



Mereka sanggup berkorban jiwa dan raga, mempunyai rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi, malah terlalu sempurna dan berpanjangan, dan jika boleh.. Untuk selama-lamanya. Nak diringkaskan di sini, tiada perbezaan yang nyata antara kasih sayang dan cinta tapi yang pastinya, kasih sayang adalah pra-syarat dan pelengkap kepada cinta yang dibina.

p/s : boleh laa pas ni aku jadi pakar CINTA kan..hehehe

No comments: