30 December 2011

the 20 years


ok countdown for new year and say bye bye to this year..

bermakna hari ini hari terakhir aku beronok ronok dengan umur 19 tahun kerana tahun depan
(lagi beberapa jam je) aku da nak masok 20 tahun..DAMN..!! tua da ke??

tak kisahlah kan kalau 20 tahun sekali pown..mana ada umur yang semakin muda ya tak..
anyway seperti orang lain mesti akan bertanyakan azam..
sorry i dont have azam...and apa itu azam??
aku tak pernah berazam apa apa pown...

yang aku taw sekarang ni aku nak buat dua perkara pada umur aku salty 20 nanti

PERTAMA

aku nak belajar memasak

kesian kat aku kan sebab umur macam ni nak masak telur pown tak lepas...haisyhhh =__=!!
tapi kalau masak nasi, masak megi, masak bubur dalam cup, masak air aku pas...

KEDUA

aku nak perbaiki iman aku..
maksud di sini
aku nak perkukuhkan solat aku..
serius aku mengaku solat aku sekarang banyak tinggal..
kalau aku rasa aku nak solat..aku solatlah..kalau aku malas so aku tak solatlah..
sooo NAIF

aku berdoa agar one day ada someone hamba Allah yang dapat membantu aku dalam membimbing aku ke jalan yang benar...
cewahhh...kemain kau nisa kan..
but seriously i'm not joking..i hope =)

can't imagine


assalamualaikum WBT

hari ni merupakan 31 disember 2011 dimana hari ni akan berlangsungnya show my little idol ADAM AF2
sob sob sob aku sedih sebab aku tak dapat join..but insyaAllah 7 januari 2012 aku akan berpeluang jumpa mereka di kelantan...

entry aku kali ni berkaitan can't imagine...meaning for???
di sebab kan esok adalah 1 januari 2012 di mana my sweety best fren kawen dan tetiba otak aku yang kuat berangan ni melayang jauh...
serius aku tak dapat bayangkan orang yang aku sayang (DATO' A) kalau dia berkahwin dengan orang lain..WTH anisa



so pity kan kat aku...
"awak..mungkin kita berkawan terlalu lama..sehingga saya tak tahu dalam diam saya sayang pada awak. saya minta maaf awak..tapi sejujurnya saya tak pernah lupakan awak..awak sentiasa tempat rujuk dan superb pakar nasihat saya..saya gadis yang kuat merepek meraban..saya gadis yang kuat berangan..saya gadis yang kuat makan..saya gadis yang kuat tido..saya gadis yang kuat cipta 1001 alasan apabila dipaksa untuk memasak..sesungguhnya saya gadis serba kekurangan..and i know tak mungkin awak akan memandang saya..tapi kalau di takdirkan awak berkahwin dengan orang lain..please JANGAN UNDANG SAYA..."

ok siapakah gerangan DATO' A tu???
mungkin adam mungkin aizam...tekalah sendiri..yang pasti bukan anda yang baca blog ni..sekian

25 December 2011

tak sabar nak jumpa mereka




assalamualaikum W.B.T

rasanya da lama kan aku tak meng hapdet kan entry blog...
so hari ni di sebabkan aku sangat boring dan bosan aku pown merajinkan diri melayan blog sambil mendengar lagu adam dekat you tube...

dah lama tak buka facebook semenjak aku menjejakkan kaki kat kelantan..sebab tak de berokben..
so bila kawan aku ada berokben aku dengan pantas buka pesbuk..perghhh macam cilaka perangai aku woii.
"kau kata nak bertobat cik nisa...humm haremm"

so sebenarnya aku ada dapat berita gembira..
V.I.P nak datang kelantan woiiiiii...
tak sabarnya nak tunggu...

so aku terfikir fikir..
mereka akan kenal ke aku??
mereka baik ke??
mereka sombong tak??
mereka macam mana??
ada ke orang nak teman aku pergi jumpa mereka??

ok banyak soalan..jadi aku malas nak pikir awal awal dulu..tunggu nanti lah...
lagi pown aku dengar mereka nak datang sini 7 JANUARI 2012...
so lambat lagi...

aku teringin nak dengar dorang nyanyi lagi hug by TVXQ tapiiiiii..........
ok nisa lupakan

"ADAM, BOY, YANDY, LAN, LON...be waiting youuuuu..." hahah godik mak aiii


18 December 2011

sem TIGA

assalamualaikum

Welcome
SEMESTER TIGAAA

berakhirnya cuti semester DUA

assalamualaikum W.B.T
rasanya hari ni hari terakhir aku berada di rumah aku..sedih sesangat sebab akan berpisah dengan family..
kesimpulan untukcuti aku sepanjang semester dua ni...simple..!!
aku tak pergi mana mana pown hanya duduk dekat rumah..
MAKAN + TIDO x TENGOK TV = BUANGMASA

mesti kau orang akan cakap "alahai bosannya lepak dekat rumah"
ok..i know ianya membosankan dan memboringkan
tapi sebagai anak terutama anak pertama..aku kenalah paham akan situasi keluarga aku..
ayah aku sebok dengan kerja dya..and jarang sangat ada kat rumah..meant outstation
minggu ni ayah aku sebok sangat dengan urusan kerja dekat klang..
so peluang untuk mengajak ayah aku pergi jenjalan atau holiday adalah tipis..dan fullstop!!
mama ada cakap dekat aku " kakak kali ni takdapat lah pergi penang"
why penang?? sebab selalu setiap hujung tahun kitorang akan pergi ke penang berjumpa dengan bakal menantu..tapiii..hemm tak pelaaa..mengalah!!

ya Allah serious sekarang rasa sedih sangat sebab aku akan berpisah untuk yang berapa lama aku tak taw..
actually semangat aku untuk pergi ke kelantan da pudar..dan kalau korang nak taw tak..sekuat mana aku ni sebenarnya aku seorang gadis yang cengeng..
kenapa??
setiap kali mama,babah and adik2 aku akan hantar aku..setiap kali tu jugak aku akan menangis..
mana tak nya sedih woii sebab nanti tak dapat jumpa dorang..duduk pulak jaoh
kalau negeri sembilan tu aku boleh tahan lagi..ini kelantan woiii
sebenarnya aku ni anak sulung yang manja dan mengada ngada..seriously!!
tak sanggup wey nak berpisah dengan family aku...
nanti pagi pagi tak dapat nak tengok muka dorang, tak dapat salam cium dorang..serious aku akan rindu parents aku..

and thats why sepanjang 3 minggu aku berada dekat rumah ni merupakan saat yang paling aku takkan lepas kan peluang bersantai dekat rumah dengan family aku..sebab nikmat untuk bersama dengan mereka tak lama pownn..jadi aku tak kisah kalau tak dapat bercuti kat mana mana pownn..
jadi kepada korang yang stil duduk dengan ibu bapa tu..hanrgailah setiap masa yang ada ok..

ayah aku ada berpesan " kakak, belajar sungguh sungguh..kita ni orang yang tak berharta sangat..jadi jadikan ilmu sebagai harta utama kalau nak berjaya "
even simple speech but ianya mempunyai maksud yang mendalam..
aku tak taw kali ni aku boleh lakukan atau tak...

so mulai sekarang aku kena belajar kurang kan facebook kalau nak berjaya..insyaAllah

13 December 2011

type of skin

assalamualaikum WBT kepada semua feminats feminats atau stalker i..
(hahha gedik dua tiga macam je kau ni nisa)

lupakan...
ari ni tetiba pulak i nak share sikit information pasal "TYPES OF YOUR SKIN"
tajuk aku pown da bahasa inggeris..kau pikir kau hebatlah nak speaking..(ok propa aje tu)
mesti ada orang tertanya tanya blog aku ni sebenarnya berkaitan apa..??
kejap tips cinta, kejap pasal korea, kejap pasal masalah sendiri, kejap pasal tips kecantikan, kejap pasal adam...ok sebenarnya belog aku adalah belog bebas...

berbalik kepada topik asal ye wahai anak anak..
anak anak nak taw tak kenapa mama nisa meletakkan tajuk sedemikian rupa..???
sejarahnya adalah.....(bunyi dram sikit)

" dari dulu sampai sekarang mama nisa tak tahu masalah kulit yang dialami oleh mama nisa ni..EH CHOP..!!bukan masalah kulit yerr anak anak..mama nisa cuma nak taw kulit mama nisa spisis dari mana..dari kulit berminyak ka dari kulit kering ka?? sebab alhamdulillah bukan nak berlagak, mama nisa tak pernah ad jerawat..dan sekarang mama nisa rasa bersyukur teramat sangat sebab encik encik jerawat sudah mula mendaki ke kemuncak hidung mama nisa ni..(baru aku taw why woman or girl tak suka jerawat)...cehh baru kau nak menyesal..dulu bukan main minta nak ada jerawat..kalau anak anak nak taw, kulit mama nisa ni taklah cantek mana pown..."

kenapa baru sekarang mama nisa nak hamek taw??
hek eleh...kau taw kan lagi beberapa hari umur aku akan jadi 20 tahun..jadi sudah tiba masanya untuk aku melakukan sesuatu agar nampak matured..
sebenarnya nak kelihatan cantek dan bergaya..(ahakk..tak boleh blah)

setelah menyiasat beberapa spisis kulit and now barulah mama nisa taw...
so jom lah baca sesama


Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit


yang mana satu kulit anda

Kulit normal
Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
  • Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.
Kulit kering
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.
Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
  • Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
Kulit berminyak
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.
Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
  • Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.
Kulit kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
  • Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
  • Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.
jadi..kepada anak anak semua, kalau anak anak teringin sangat nak kulit cantek licin, anak anak perlulah menjaga dan merawati kulit setiap masa..pastikan sentiasa membasuh muka dan memakai pelembap (moisturizer)...
nak tahu ke kulit mama nisa terdiri dari spisis yang mana?? oh itu rahsia...
ok..semoga info kali ni dapat membantu anak anak serta dapat menambah ilmu pengetahuan mama nisa..

p/s: rasa dua tiga macam la pulak bila gelar " mama nisa "....hehehehe

11 December 2011

den dah agak..

assalamualaikum W.B.T

ari ni aku ada 2 berita...pertama gembira iaitu aku dapat tengok V.I.P perfom...kedua berita sedih...ni yang den malas nak koba ni...ari ni result keluar dan macam biasa jangkaan memang dah tepat..aku GAGAL..!!
buka bangga tapi sedih kecewa dan malu..
kalau subjek lain aku kena carry takpelah jugak..ini subjek yang aku memang TAK SUKA..!! ulang suara SUBJEK AKU TAK SUKA...owhh encik kamera (gelaran untuk lecterer time camp..) maafkan saya...
kenapa pulak perlu minta maaf..??sebab dia berpesan supaya belajar sungguh sungguh waktu aku nak amek pic kat office dia masa sem 1...sedih tak terkira mengalahkan baru lepas bercerai..
anyway..tahniah dekat kengkawan yang sama rumah yang sekepala sebab anda tak payah carry subjek dan anda lulus dengan cemerlangnya....
oleh yang demikian (dah macam buat karangan) malam ni aku nak berpesta air mata....

10 December 2011

aku dapat tengok gerhana bulan weyy =)

assalamualaikum warga blogger..selamat early pagi..

"eh nisa cendol..apsal kau suka mix bahasa ha bangang??"

ok lupakan..aku TER lampau excited ni..sebab aku da set kan time pukul 10 aku mesti ada kat luar rumah untuk melihat bulan..
ohhh...interesting..!! pengalaman yang takkan aku lupakan..mana taknya first time woiii aku caring gilerr pada astronomi..alahaiii... =__=!!

punye excited sampai aku dah tak peduli pada encik nyamuk and the geng yang sedang goyang kaki menghisap darah aku...siap kau nyamuk..!!!

ok malas nak bebel pepanjang...moh lerr kita tengok hasil setelah aku tangkap beberapa gambar..
tapi sori kalau tak clear sebab aku tak pakai camera canon, NIKON segala bagai tu..aku cuma guna fon camera biasa by VIVAZ...

sebenarnya banyak lagi nap upload tapi kau orang tengok lah dekat fb aku ok...

korang pernah tak tengok telor tegak??
haippp..dont think negative ha..i meant telor ayam lol..!!
pernah tak???

mama aku punya idea laa ni..dya cakap kebiasaan kalau berlaku gerhana maka semua benda yang ada kat muka bumi ni akan tegak..selalunya cecair laa...

kalau kau ada kat tepi pantai kau mesti dapat melihat air pasang..
so contoh terdekat aku adalah telur ayam..heheh

tak percaya ke???
sama lah macam aku..aku pada mulanya tak percaya gak apa yang mama aku cakap..
so memalam buta kitorang dua beranak wat experimen kat dapo...

hasilnya..




so sebelum aku terlupa aku say THANK YOU A LOT dekat si mamai sebab sudi melayan kerenah aku tanya itu dan ini..hahahha.....
siapa tu mamai???
adalahhhhh......

ok bye!!



GERHANA BULAN atau SUPER MOON??? apakah =__=!!

assalamualaikum W.B.T kaum muslimin dan muslimat..yang comel2 yang tak comel..yang tak hensem yang hensem...heheh....

korang taw tak sekarang ni dekat belog semua heboh pasal GERHANA BULAN..dekat radio radio macam radio ikim pown dok heboh pasal gerhana bulan..buka TV9 malam tadi pown pasal gerhana bulan...apa kejadahnya semua ini??
jadi aku yang suka sangat menyiasat macam detective conan..pown mula lah buat kajian...

APA ITU GERHANA BULAN??
mungkin pertanyaan aku agak bodoh..aii nisa..naif nye kau kepada agama sendiri...

ini lah gambar gerhana bulan 
gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang bayang bumi..kejadian seperti ini hanya boleh berlaku apabila munculnya bulan purnama dan apabila matahari, bulan dan bumi berada pada satu line yang sama..dan untuk pengetahuan kau orang lah kan..gerhana bulan pernah berlaku pada bulan jun..hemm tak silap aku 16 jun 2011..and now dya berlaku lagi pada malam ini iaitu 10 disember 2011 pada pukul 10.05 malam...

KENAPA DI GELAR SUPER MOON??

haaa..mesti kau orang baru taw kan kenapa di gelar super moon...'ekceli' aku pown baru je taw..kenapa super moon..bulan ada kuasa ke???..dah dah kau tak payah kerut kerutkan muka macam asam kecut..meh sini aku habaq kenapa mereka menggelarnya SUPER MOON..(wahh dah macam sailormoon pulak)

for your information 3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. bak kata seorang wanita “Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi“. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.

di sebabkan itu kita di galakkan untuk sembahyang sunat solat gerhana..
MACAM MANA???
hemmm =__= KLIK SINI

ok selamat beramal ^__^





9 December 2011

akhirnya aku kahwin (#__#)

assalamualaikum sedara sesama islam =)
sehatkah kalian pada hari jumaat ni???

kalau semalam mood aku memang bad tahap gilerr..hari ni so far so good..

aku akan menghabiskan semua masa dan tenaga aku pada novel...
YES... aku baru aje beli sebuah novel baru dekat tempat biasa sampai aunty tu pown da kenal aku yang sememangnya giler novel..ahaks..!

novel terbaru yang aku beli bertajuk " AKHIRNYA AKU KAHWIN "


sebelum aku nak beli novel ni aunty tu ada suggest kan beberapa novel dekat aku yang menarik...penulis siti apa tah...
"adik you belilah novel ni...aunty jamin novel ni best"
aku garu garu kepala " errrrr...."
aku pown ambil lah novel tersebut dan baca sinopsis dia...interesting!!
tapi last sekali aku ambil novel lain..alahaiii nisa..

sorry la kan sebab aku jenis yang tak suka baca novel dari satu penulis je...aku suka baca dari pelbagai jenis penulis baru..serious..

untuk pengetahuan kau orang lah kan..aku pown berbakat taw buat novel ni..dan dulu aku pernah tulis cerita bertajuk "I THINK I LOVE YOUU..dan FULL HOUSE ala ala cik A.N.I.S.A"
hahhaha..tapi hajat tidak kesampaian apabila satu hari ni entah macam mana lappy aku boleh delete semua memory yang ada...DAMN..!!
tapi tak pelah nak buat macam mana kan...

ok berbalik kepada beli novel..
lepas mencari novel yang berkenan aku pown pergilah bayar..
kan aku dah agak..
aunty tu mesti bebel punya dekat aku sebab tak amek novel yang dia suggest kan tu..
"adik..why you tak ambil novel yang i cakap kan tu..owhhh you da nak kawen yerr??"
aku pownn tercengang badak lah kan...APAKAH??
owhh baru teringat novel yang aku beli tu.."AKHIRNYA AKU KAHWIN"
aku hanya sengih aje.."eh..mana adalah aunty...lagi pown novel yang aunty suggestkan tu mahal laa...i cuma bajet RM20 hehehe" itulah alasan nya..yang paling best aunty tu siap kasi DISKAUN owhhhhh..hehe

novel by herna diana ni pown not bad laa..aku da habes baca dalam masa sehari...klik sini nak taw bes ke tak
sinopsis novel yep layan sedih punya pasal  aku baca lah novel sampai gelak gelak air mata darah..sebab novel tu serious best giler..

mengisahkan seorang perempuan yang suka loyar buruk dan perangai kartun..macam aku jugak lahh..tak pernah serius..tapi bila serious memang muka aku tak boleh blah lah kan...tak menyesal aku beli novel nii..
ok laa perut aku pown da macam lagu adam joget lambak..so be continued tomorrow..wasalam ^__^

7 December 2011

special for encik ' A '

assalamualaikum =)

kau nak taw tak aku suka sesangat dekat lagu hug by TVXQ


hemmm..lagu dya macam memberi maksud yang mendalam..


dan sebab aku suka gilerr dekat lagu ni.. aku nak bagi lagu ni untuk encik "A"


THANK YOU..


Once I say I love you I think you would be gone. Oh baby.
Cause we are too young to love so I can?t say little long hold you in my arms.
But I will be waiting for you to say you want me to be with you.
I?ll live in your love and your dream forever and ever.

* Whenever you look in my eyes. There are so many smiles and tear.
I was born to love feel so deep inside if you need me I?ll be your man.
Whenever you look in my eyes. I do want to show you my love.
I make up my mind make your dreams come true.
Nobody can stop me to say I love you.

How can I ask who you are still looking for I?m the one. Oh baby.
Since love seems to make me blind I try to find all day long but I cannot hold.
We talk on the phone every night and so came closer day by day.
I touch you and kiss you and hold you to feel but in dream. [*]

In my arms & in my soul I want to hold you, baby.
You don?t know how much I love you. Do you baby.
Like a sun rising up I can stop loving you can?t hold back anymore.

p/s : alahaiiii..so touching when every day i hear that song...





5 December 2011

tips cool down

assalamualaikum W.B.T
da lama rasa nya saya tidak menjadi pakar perosak cinta anda kan...
ok tetiba bad mud dan nah kau baca laa sendiri...

Putus cinta memang menyakitkan, tapi cubalah untuk tidak terjebak dalam kesedihan berlarutan  Dilansir Your Romance Guide, ada sembilan cara yang boleh dilakukan untuk meredakan sakit hati setelah putus cinta:
1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Sementara Waktu
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda.Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.


2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasi anda untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.

3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkn aktiviti luar  juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.

4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui.Bukannya bersimpati, tindakan ini justru boleh membuat teman-teman menjauhi anda.Biceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.

5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti anda boleh membacanya semula sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.


6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Kehangatan keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.

8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, tak hanya membantu anda melupakan sakit hati, tapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.

9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama. Jangan lterus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas keaksih anda




tetapi walaubagaimana pown kan..tips yang PALING MUJARAB adalah sembahyang dan berdoalah anda kepada YANG MAHA ESA...sesungguhnya itulah ubat yang paling paling paling terbaik yang ada di muka bumi ini..

ok bye salam =__=!!

1 December 2011

hinanya aku pada agama sendiri

assalamualaikum W.B.T

mesti kau orang pown da bosan kan asyik asyik pembuka kata kena menjawab salam..
adoiiyaiii korang taw x memberi salam itu WAJIB..!!
jadi pikir pikirkan dan selamat beramal.

tanpa membuang masa aku nak share story laa kan sepanjang seminggu aku cuti kat rumah..
entry aku pown da macam hape entah..kau layan aje lah..

sepanjang aku duduk dekat rumah..macam biasa aku buka facebook..
dan aku mempertaruhkan otak aku untuk membalas pantun dengan si EIDA AZHAR..
haiyakkk itu amoii wa tak taw bila mau kalah..takpa takpa wa sabar sebab wa tak mau kalah maaa..

dan semalam aku tidur lambat..again!!
hari hari aku tidur lambat kowt..alaihaiii bila mau tidur awal..

dan entah macam mana..aku tidur pukul 4 lebih nak dekat pukul 5 pagi..
macam biasa tidur pakai headphone memang tabiat buruk aku sejak aku dah ada headphone baru..
tidur lah aku dengan lena sambil melayan lagu ADAM..
krohkrohkrohkrohhhh....tidur berdengkur..
lepastu tak semena mena aku terjaga bila terdengar bunyi azan..
"waktu azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat subuh"


dalam mamai mamai aku pown layankan je laa azan tu..
MASYA ALLAH..kalau kau nak taw laa kan ni first time aku dengar azan SUBUH sampai abes..
astaghfirullah hal azimmm..nauz zubillah..


sesungguhnya aku berada dalam kerugian sebab selalu miss dengar azan subuh..
mana taknya antara 5 waktu solat fardhu hanya solat subuh je azan dia berkumandang panjang sikit..

"ASSOLATU KHAIRUM MINAN NAUMM"
bermaksud bangunlah anda dari tidur...

aku ni memang naif pasal hukum hakam ajaran islam even aku ni orang islam..tapi tak bermakna aku ni ZERO dalam islam kan..kita dilahirkan untuk belajar dan mendalami ilmu jadi aku akan cuba untuk mendalami ilmu agama aku sendiri..sebelum aku mengundurkan diri aku nak share something korang boleh lihat dekat sini..

ok bye bye assalamualaikum.

hinanya aku

assalamualaikum W.B.T

mesti kau orang pown da bosan kan asyik asyik pembuka kata kena menjawab salam..
adoiiyaiii korang taw x memberi salam itu WAJIB..!!
jadi pikir pikirkan dan selamat beramal.

tanpa membuang masa aku nak share story laa kan sepanjang seminggu aku cuti kat rumah..
entry aku pown da macam hape entah..kau layan aje lah..

sepanjang aku duduk dekat rumah..macam biasa aku buka facebook..
dan aku mempertaruhkan otak aku untuk membalas pantun dengan si EIDA AZHAR..
haiyakkk itu amoii wa tak taw bila mau kalah..takpa takpa wa sabar sebab wa tak mau kalah maaa..

dan semalam aku tidur lambat..again!!
hari hari aku tidur lambat kowt..alaihaiii bila mau tidur awal..

dan entah macam mana..aku tidur pukul 4 lebih nak dekat pukul 5 pagi..
macam biasa tidur pakai headphone memang tabiat buruk aku sejak aku dah ada headphone baru..
tidur lah aku dengan lena sambil melayan lagu ADAM..
krohkrohkrohkrohhhh....tidur berdengkur..
lepastu tak semena mena aku terjaga bila terdengar bunyi azan..
"waktu azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat subuh"


dalam mamai mamai aku pown layankan je laa azan tu..
MASYA ALLAH..kalau kau nak taw laa kan ni first time aku dengar azan SUBUH sampai abes..
astaghfirullah hal azimmm..nauz zubillah..


sesungguhnya aku berada dalam kerugian sebab selalu miss dengar azan subuh..
mana taknya antara 5 waktu solat fardhu hanya solat subuh je azan dia berkumandang panjang sikit..

"ASSOLATU KHAIRUM MINAN NAUMM"
bermaksud bangunlah anda dari tidur...

aku ni memang naif pasal hukum hakam ajaran islam even aku ni orang islam..tapi tak bermakna aku ni ZERO dalam islam kan..kita dilahirkan untuk belajar dan mendalami ilmu jadi aku akan cuba untuk mendalami ilmu agama aku sendiri..sebelum aku mengundurkan diri aku nak share something korang boleh lihat dekat sini..

ok bye bye assalamualaikum.

26 November 2011

KEMARAU by cik A.N.I.S.A

assalamualaikum

Kau bilang kau sayang sepenuh hatimu
Tapi hanya murung dipaksa bertutur
Keranaku sepi meskipun pun bersama
Rasa terpencil di dalam jiwa

Dirimu kini dah jauh berubah
Dari aku kenali dulu
Harapan tak memindah hakikat yang melanda
Cinta dah mengabai kau dan aku

Apa guna bersama bila kita saling kemarau cinta
Menunggu masa untuk berpisah
Apa guna berkasih jika hati sering merasa sedih
Kemarau air mata

Bila perasaan sayang makin guram
Sinaran harapan kelihatan kelam
Mulalah mencari salah dan membenci
Walau tak ketemu jawapannya

Dirimu kini dah jauh berubah
Dari aku kenali dulu
Harapan tak memindah hakikat yang melanda
Cinta dah mengabai kau dan aku

Apa guna bersama bila kita saling kemarau cinta
Menunggu masa untuk berpisah
Apa guna berkasih jika hati sering merasa sedih
Kemarau air mata

Setiap hariku termenung buntu 
Memikirkan nasib yang sudah menimpa cinta
Bukan salahku dan bukan salahmu
Mungkin kerana jodoh tak rela untuk bersama
Seumpama gurun menanti hujan 
Dijemur musim kemarau yang berpanjangan
Maka terhapuslah jiwa yang bernyawa
Seperti situasi di depan kita

Apa guna bersama

Apa guna bersama bila kita saling kemarau cinta
Menunggu masa untuk berpisah
Apa guna berkasih jika hati sering merasa sedih
Kemarau air mata
Kemarau air mata

Air mata



by V.I.P

kau mesti pernah dengarkan lagu ni???

seriously aku memang minat giler dekat mereka
sayang gilerr aku kat dorang seperti mereka ni sibling aku pulak

walaupun da banyak kali aku dengar lagu kemarau by v.i.p ni
tapi aku stay buat bodoh
alaaaa lirik sentimental jiwang lahhhh
sebab aku memang minah jiwang dan aku layan lagu lama
tapi bila one day ni
bila dengar lagu kemarau ni
DUMM!!!
seperti kilat sambar dekat muka kau taw
lagu ni macam ada sangkut paut dengan aku jerkkk
ok abaikan


sekian..