24 March 2013

TQ v.i.p


serius tak sangka hari ni penuh dengan banyak kejutan...
mula-mula kejutan yang diberi oleh encik Mashmallow..
lepas tuh balik je dapat kejutan dari V.I.P 
my idol ever..maaf no video

tahu tak, dalam banyak banyak benda yang saya inginkan wish dari mereka dan alhamdulillah doa dimakbulkan..thanks sangat sangat kat sape yang watkan suprise ni... rasa macam nak nangis je...
tak sangka walaupun tak balek selangor, tak dapat sambut birthday yang mewah mewah, tapi tahun ni terasa macam special sangat...

mula mula dapat susu dari noin

nisa sayang awak semua....

thanks encik Mashmallow yang susah payah beli kek
kek favourite colour coklat...
but really sorry saya bukan penggemar kek


dengan encik Mashmallw
first time aku uplod gambor hok jate dalam blog

hadiah dari encik Mashmallow



suka word dya....
love you

insyaAllah i'm always with you
saya terima awak bukan kerana untuk jadikan boyfren tapi saya nak awak jadi 'Adam' saya selamanya dan boleh bimbing saya yang tingtong ni ke jalan yang di Redhai Allah..
saya akan cuba menerima awak dan menjadikan awak v.i.p di hati saya...
ceeewaaahhh..jiwang kan aku..hahah
nyte semua


terima kasih awak semua

ASSALAMUALAIKUM


terima kasih atas ucapan anda semua yang hantar dekat ruangan wall facebook dan ada juga yang hantar dekat mesej facebook...terima kasih kat mama and babah yang hantar mesej sweet wishes birthday..terharu sangat sangat...dan terima kasih kat encik Mashmallow yang nyanyi lagu birthday walaupun suara beliau sumbang macam mintak kaki...dan panggil guwa memerang..tetap guwa nak cakap terima kasih...terima kasih dekat roomate guwa yang comel tu...terima kasih dekat kawan kawan teknik guwa...(berbaloi jugak dapat call free..bergayut aje keje aku)...terima kasih sangat sangat atas ucapan sweet korang wahai family V.I.P last sekali terima kasih dekat my special spirit encik A yang always busy the body sampai tak sempat nak wish besday guwa..selalu beliau orangpertama yang wish...agak terasa lah jugak kan dengan ke'busy'an belaiu tuhh...tapi nasib baik dia minta maaf dan olweys tinggalkan pesanan yang suwit suwit...
 'bro..guwa sayang lu..harap persahabatan kita dari sekolah rendah kekal sampai ke Jannah..jaga diri leklok ok"

adakah ni gambaran buat aku??? 





22 March 2013

inilah harinya

assalamualaikum ya ukhti ya akhi ya habibi ya maulana ya buah kana


alhamdulillah aku masih bernyawa dan masih diberikan peluang untuk bernafas dengan sempurna dan masih memiliki tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit kronik..alhamdulillah....hari ni merupakan hari perang kesakitan mama....mama walaupun sudah 21 tahun berlalu..kakak takkan lupa jasa mama kerana sanggup berperang dengan nyawa sendiri demi melahirkan kakak..mamaadalah insan yang terbaik dan tak dapat ditukar ganti dengan orang lain...kakak sayang mama

21 March 2013

refresh 21 tahun


ASSALAMUALAIKUM people dan SALAM JUMAAT =)

Baru je balik berjogging dengan mashmallow:heart: ... penat pown tak hilang lagi..berjogging ke aku masalahnya??:P hehehhe
awal awal pagi selepas main badminton, aku dapat sms dari encik maxis..amboiii awal betul awak wish besday saya yerr... ;) anyway tq encik Maxis... sudah 4tahun saya menggunakan awak..

" Selamat Hari Jadi !! Nikmati panggilan suara Maxis ke Maxis PERCUMA pada 23/03/2013. Ganjaran Hotlink utk pelanggan setia kami. caj biasa akan dikenakan untuk servis lain."
(tak sabar menanti hari esok..dupdapdupdap  organ dalam tubuh badan ni)

ok disebabkan hari ni 22/03/2013..makna berkata kata, tiinggal lagi beberapa jam lah aku akan masuk ke alam 21 tahun..WOW cepatnya masa berlalu...kalau di reverse balik 21 tahun yang lepas, mesti mama sekarang berada dekat dalam wad bersalin di Hospital Besar Kuala Lumpur kan...(sebab dekat situ tempat pertama kali aku menjejakkan kaki didunia ni....)
agak agak macam mana keadaan aku dalam perut mama ea..nakal x?? aku sakitkan mama tak?? selalu kick mama tak?? kadang aku terpikir pikir jugak.^^ (mama maafkan kakak, kalau sepanjang 9bulan dalam perut mama, kakak banyak menyakitkan mama..ini disebabkan perut mama kecil dan perlu diperbesarkan sedikit..hehehfollow)..tapi aku bangga sebab mama sentiasa tabah dan kuat..mesti mama tak sabarkan nak tunggu anak dia ni keluar...baby lelaki ke baby perempuan ke?? mesti banyak tanda tanya dalam otak mama kan..hahahah....

tadi mesej mama dan cakap 
aku "refresh 21 tahun yang lepas mesti tarikh arini mama dekat bsalin kan..hahaha"

mama  "haha mana da lupo"

aku  " hahaha esokkn besday kkak"

mama  "tawu..toksah ingatkan mama yg beranakkan ko kan..kalau mama tipu bgtaw kakak lahir 30/2 entah2 sampai sekarang kakak percaya dan tertunggu bilala tarikh tu nak datang hihi"

aku  "elehhh"

mama " hah kalau nak taw kau lahir tepat pukul 10.40 pagi hah waktu tu esok menangis kuat2 tau..klu kwn tanya kenapa nangis jawab baru nampak dunia lepas lahir"

geleng kepala aku baca sms tersebut..mama mama...u are so funny but stay cute..giler best dapat mak macam ni..thanks Allah sebab bagi aku tinggal dalam rahim beliau dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh beliau..

ni laa anisa 21 tahun yang lepas dan 21 tahun yang sekarang


with mama
melawat pusara arwah atuk dan moyang

Adakah kita sedar saat kematian itu semakin lama, semakin menghampiri kita??
Apabila setiap kali menyambut hari kelahiran kita, 
ingat kah kita tentang usia yang kian meningkat ini bakal menemui kematian??
Detik kematian itu semakin menghampiri kita tanpa sebarang Petanda atau Petunjuk diberikan kepada kita...
Pabila tiba detik ini, tiada seorang pun kan dapat melarikan diri..

ALHAMDULILLAH 'our' abang dah banyak berubah..dan bicaranya semakin sopan..


p/s : Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. 

tak nak balik !!


hari ni 21/03/2013..ramai pelajar mahasiswa dan mahasiswi yang pulang ke kampung halaman...ada yang balik selangor, johor, nogowi semilan, ganu, pahang dan blablabla.....manakala aku lebih suka balik ke bilik asrama yang 'erghhhh' tapi masih bersih kemas dan selesa..hahahha
kenapa aku tak nak balik minggu ni yer...padahal miggu lepas punya beria nak balek...'kau tak rindu kat family kau ke nisa?' GILAAA hape tak rindu..rindu guwa kalau dikumpul kumpul, dah boleh sama level dengan tinggi gunung everes..entah entah tinggi lagi taw tak..! konon lahhhh.....
niat dilubuk hati aku yang paling dalam memang nak balek...rindu sangat sangat..tambah tambah, mama dah hantar gambar 'new' bilik aku..lagilah rindu....rindu nak gomol gomol dengan encik garfield yang dah lunyai tu...rindu nak guling guling atas katil..rindu nak selerakkan almari pakaian dan biarkan bertempiaran di atas lantai..akan dibersihkan bila sang naga (mama) membebel...rindu nak baca novel novel, komik komik gila...
rindu nak sakat adek aku yang si nadhirah tu dengan on kan swiss patung lembu gila (memang lembu tu goyang kepala gila habes)..rindu sangat !!! tapi guwa terpaksa 'pause' kan hati yang sedang memberontak ni kerana guwa nak sambut besday guwa yang 21 tahun di bumi negeri cik siti wan kembang kempis ni...(masalahnya ada ke yang nak sambut besday kau nisa??)...biarlah tak de yang sambut besday guwa..tapi guwa nak besday guwa kali ni sambut dekat negeri kelantan ni jugak..!! tak kira !! sebab tahun ni kan tahun terakhir guwa dekat negeri Kelantan..jadi biar guwa rasa seperti bangun hidup semula like baby dekat negeri ni....dan paling seronok,kawan kawan guwa a.k.a setan setan gondol yang nakal nakal tidak ada minggu ni...yes !! i'm safe !! semoga mereka seronok berhujung minggu di destinasi masing masing..
tak sabarnya menanti 23/03/2013 kali ni...sebab guwa kan pengguna maxis paling tegar, jadi guwa nak kan panggilan free..guwa akan telefon semua kawan kawan guwa yang kat nogowi semilan tu..alahai rinduuu sangat...heehehehe.....


p/s : semoga hujung minggu ni penuh dengan kenangan yang sangat sangat limited edition dan semestinya special.... (^__^)

19 March 2013

=')




I’m
SAD
tersentap seketika semasa membaca status dato' R
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya Nisa..
Nisa keep smile...past is past..
'dia' masa silam anda dan 'new dia' masa sekarang anda

'ya Allah..kuatkanlah hati ini dan lindungilah insan insan yang aku sayang'

18 March 2013

happy birthday AIN JALIL


hari ni tanggal 18/03/2013 merupakan hari lahir buat kawan aku yang sentiasa ada susah dan senang..
yeke?? hemm maybe la kan...
untuk dia, aku sudah mengorbankan amsa tidur aku kerana nak sangat misi kali ni berjaya dan alhamdulillah everything done smoothly..hahahha
paling tak syok, apabila birthday dia, aku pulak yang kena sangat sangat nate..!!
tak kisahlah kan...janji kami seronok =)
buat something untuk kawan guwa..
maaf laa..xde hadiah yang boleh saya kasi emlainkan hasil karya yang tak seberapa ni...
harap awak akan simpan dan akan ingat setiap kali besday awak =')


ni kawan kita
miza, ain dan iza (roomate)

hahah..biar juling mata kau tengok kek macam ni




thanks sebab suruh kita join besday dengan awak =')
padahal saya punye lagi seminggu


konon laaaa....



happy birthday nor ain binti Jalil
sekarang umur awak sudah menginjak ke 21 tahun..
kurangkanlah kenakalan anda tu..semoga anda menjadi anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang.



p/s : kita kan ada tangkap gambar dengan encik Mashmallow..tapi kita takot nak kasi dia tengok..maaflah awak, saya kena lindung aurat saya yang terdedah tu....

16 March 2013

17/03/2013











nampak ketara guwa sudah mula merindui mereka  =')
hari kelahiran semakin dekat..
debaran kian memuncak..
risau memikirkan niat kawan kawan guwa yang sukar di pahami
guwa perlu bijak melarikan diri sebelum di 'attack' terlebih dahulu
langkah berjaga jaga..
guwa perlu balik selangor secepat mungkin !!


14 March 2013

untuk diri sendiri






buka facebook dan jumpa benda ni
ya Allah hina nya aku sebagai hambaMu..
aku alpa akan keseronokan dunia sehingga solatku aku jadikan sebagai bahan permainan
aku banyak mengabaikan solat ku
macam mana aku nak ubah nya
aku teringin nak solat penuh tanpa tertinggalkan satu fadhu
ya Allah, panjangkan umurku dan berikanlah aku peluang untuk sujud kepada Mu...

hari kelahiran aku bakal tiba lagi beberapa hari..dan tanpa aku sedar, aku bakal mendekati hari kematian
takutnya bila memikirkan benda ni...apa bekalan yang aku nak bawa??
salam jumaat semua =)
penuhkan lah hari anda dengan perkara perkara yang di berkati...wasalam

13 March 2013

take care mashmallow


baru berniat nak balik selangor hari ni..tapi niat terpaksa di batalkan kerana ada test mengejut pada hari esok..pfftt (=.=")....nisa sila berkorban untuk masa depan anda ok 
hari ni 'love' balek selangor (kemain sekarang aku gelar dia love..haha)...niat hati memang nak hantar dia sampai bus stop kok lanas..tapi sebab dah dia cakap kawan dia hantar..ok xpe laa..petang lepas balik dari kelas, aku cakap aku nak rehat kejap..tapi sebenarnya aku nak siapkan something untuk dia..sweet tak aku..phuiiihh laa sweet...
after magrib aku bangun, dapat mesej dari dia..dia ajak makan..dan disebabkan perut aku memang dah lapar tahap luar kawalan..ok 'jom love' hahahah


lepas selesai makan, aku bagi dia ni sebagai 'ubat'..sebab aku taw, dia ni spisis yang mudah mual..so aku bekalkan dia..hope dia tak mual laa yerkkk =)
dan kertas berbentuk baju tu kan ada i'm v.i.p..bermaksud aku nak jadi yang paling v.i.p pada dia...bukan sebab aku ni peminat v.i.p..tafsiran anda salah !!

isi kandungan yang terdapat dalam kertas lipatan baju tersebut..heheh
sebelum di propose, aku suka gelarkan dia mashmello, kemudian kuda laut..ikut suka aku je nak gelarkan orang yang pelik pelik kan..
aku suka gelarkan dia mashmallow kerana sifat dia yang memang macam mashmallow.. pejal diluar tapi sangat lembut...hahahhaha...
alaa..lagi pown dia suka gelarkan aku ice cube..sebab keras di luar tapi akan cair bila tahu aku ni macam mana..hemmm sangat sangat kuang hajo..tapi tadi waktu dekat bilik member, tengah layan cerita istanbul aku datang, aku kulum kulum lah ais..tetiba teringat kata kata beliau..hahah
nisa nisa..xsampai beberapa jam, dah rindu ke kak oiii...rileks ok..
hope dia selamat sampai ke destinasi..dan semoga dia tabah akan kesihatan neneknya..

p/s : aku cuba untuk belajar menjadi yang terbaik buat beliau sekiranya dia ikhlas menerima kekurangan aku




12 March 2013

12032013 2nd anniversary V.I.P

assalamualaikum v.i.p fans club

semalam (12032013) merupakan hari tertubuhnya v.i.p kali kedua (if i'm not mistaken)...maafkan saya kerana terlambat mengucapkan salam anniversary buat mereka berlima...eh mereka bertujuh... (adam, yandy, marlon, afiq, ameen, rayndra, dan juga fadlan)..walaupun rayndra dan fadlan tidak lagi bergelar v.ip tapi mereka tetap v.i.p dekat hati peminat VERSETAILITY IN PERFORMANCE...
Pertama kali berjumpa mereka berlima pada tahun 2012 di Kelantan merupakan satu pengalaman yang sangat sangat sweet dan sukar di lupakan...tak pernah berjumpa face to face dengan mereka..
mula mula nak jumpa mereka, macam macam terpikir 'eh, mereka sombog x??'... 'eh mereka kenal aku tak?'...sebab mereka hanya kenal aku, hanya di facebook dan di facebook aku paling susah nak lekat muka sendiri...teringat lagi kenangan tersebut pertama kali nampak mereka masuk menjejakkan kaki di pintu TESCO, kelantan..aku dengan laju terus menerpa ke arah mereka sambil kenalkan diri..time tu perasaan tak malu terus hilang..alhamdulillah respon yang di beri tidak mengecewakan..mereka mengenali aku.. (lompat bintang)
pertama kali beli patung ni dan beri pada mereka berlima dan apa yang membuatkan aku terharu, mereka masih menyimpan hadiah yang tak seberapa ni lagi...sweet sangat..
macam mana aku taw, sebab aku nampak dalam video you tube yandy..
thanks korang sebab sentiasa mengargai peminat

sejak hari itu berlalu, aku lebih kerap berjumpa mereka dan akan pergi mana mana show mereka jika mempunyai kesempatan.. (tapi aku bukanlah peminat tegar setegar tegarnya ya)



ini merupakan gambar kali ke kedua mereka di kelantan...
sanggup pergi after kelas demi nak jumpa mereka..kenapa aku minat sangat dengan mereka, sebab mereka tak pernah lupakan peminat peminat beliau..dan mereka selalu memberi nasihat yang sangat sangat positif..

contohnya 
Berhibur-hibur jugak, jangan sesekali lupa tanggungjawab kita pada agama kita.

sweet kan...
happy 2nd anniversary korang...kita sayang korang sangat sangat...moga korang lebih maju dan bakat lebih terserlah..dan semoga menjadi lebih tabah dengan apa jua cacian dan hinaan serta kritikan yang dilemparkan..bukan semua orang suka apa yang kita buat... ok love u v.i.p =)

11 March 2013

happy birthday mama =)


hari ni besday mama a.k.a AFIQAH AHMAD

ni laaa mama yang aku cakap..
dya baik, dya lembut, dya comel sangat


tangkap gambar dengan lecterer kami
cuba cari mana satu lecterer??



beliau kini berumur 21 tahun

hahah...
sweetnye 'papa' nak sambut besday mama kejap lagi...
mama please waiting the our suprise ya...

kan bes kalau ada adam atau orang yang nyanyi lagu adam untuk besday aku yang akan datang...
hahah
impian yang takkan tercapai nisa oiii...



p/s : i'm in a relationship with someone a.k.a 'mashmallow'