6 August 2011

theCOKLAT

assalamualaikum W.B.T


hai sume para2 blogger yg datang ke belog tak vouge aku ni...


korang apa khabar??
ni hao maa??? (cehhh...speaking cina plakk dyaa..inggeris pown fail)


aku mendoakan agar sesiapa yang datang melawat kat belog aku ni, sihat2 belaka =) sempena bulan Ramadhan ni...


sebelum aku memulakan topik merepek mengarut meraban...


aku nak tanya..sape yang suka makan coklat??


yaa..silaa angkat tangan...???


bagus-bagus....


eh..kejap..!!
mak aiii...taknak ramai pulak..orang2 tua yang suka makan coklat..heheheh


ok lahhh..topik aku kali ni adalah berkenaan dengan coklat..


auwww....terliurr siottt...


kalau korang nak taw lahh kan..aku ni memang penggila coklat...


korang bayangkan lahh coklat cadbury yang saiz BESAR harga RM7.++, aku boleh habeskan sorang je...


memang gilerrr...


" kau memang gilerr laahhh nisa...nak kena kencing manis agaknyerr budak nii "


kalau korang nak taw..makan coklat ni banyak KEBAIKAN dia...


KEBAIKAN COKLAT

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

SUMBER: http://sharifahelzahra.tripod.com/id1.html



selain itu jugak coklat 


COKLAT UNTUK KECANTIKAN
Bagi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah. Coklat juga boleh dibuat mask dengan cara yang betul.
sumber:http://kumpulan.info/cantik/tips-kecantikan





MELINDUNGI SERANGAN JANTUNG
Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.


sumber: ehoza.com



dan kepada sesiapa yang rasa diri dia GEMOK ...wuupsss...maaf..kepada sesiapa yang berasa diri dia comel..
 korang PLEASSEE lahhh..jangan takut untuk makan coklat...coklat ni sedap laahhh...mana ada coklat yang menggemukkan..semua tu auta je..


COKLAT TIDAK MENGEMUKKAN
Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

sumber: ehoza.com





betol tak???
so..kepada semua gadis2 yang comel..pleasee...jangan takut untuk makan coklat
antara sebab yang aku ni memang gilerr coklat kerana ianya boleh hilangkan stress..
ehh..kau pikir aku ni takde stress ke??
aku pown macam manusia lain yang mempunyai 1001 masalah..tapi..takkan lah nak heboh kat orang pulakk..


" eh..aku ada problemlahhh..."


jangan nak merepek banyak sangat..jom sambung baca info ni pulak




COKLAT HILANGKAN STRES

Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.


sumber: ehoza.com



_____________________________


p/s : korang jangan pulak makan coklat tu sekarang...AIPPP..lupalah tuhh sekarangkan bulan puasa..kalau nak makan jugak, tunggu lepas berbuka..