2 May 2013

aktiviti cuti sem

Assalamualaikum People

haisyhhhhhh...sukarnya menjadi anak sulung *mengeluh*
kena hantar adik pergi sekolah, ambil adik kat sekolah, sidai baju, angkat baju lipat baju *dah perkara wajib*
letih sangat....baru guwa rasa keperitan seorang suri rumah tangga...alahaiii macam tu xnak kawen lah... *ye2 je kau nisa*
hemmm..lepas ni kalau nak kawen, kena cari suami yang boleh membantu isteri bila isteri malas...eh tak tak..kena cari suami yang suka sangat buat kerja rumah dan suami tu tak suka bagi isteri dia buat kerja rumah langsung..!! ohhh sweet sangat kalau dapat suami macam tu...boleh lah aku rileks rileks..kalau balek kerja nanti, tak payah pikir nak masak apa..malam pulak tak payah pikir nak iron baju suami ke taknak..semua sisuami boleh selesaikan...(dah berangan dah ni)
ok hapuskan angan angan minah jenin anda wahai anisa huru hara...

aktiviti dimasa lapang lagi kosong ni, aku banyak habeskan masa dan tenaga dengan membiarkan lappy terbuka tanpa tertutup..buka facebook twitiaq dan bloggiaq...
sementara nak tunggu kerja kan..
lepas tu aku ada buka google dan search something melalui blog orang lain dan i get this info..lets read

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik. 

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : 
anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego. 
sering berjaya dalam hidup. 
lebih pandai mengambil hati orang tua. 
mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi


ciri ciri tersebut ada kat aku kah???
sila jawab !!

1 comment:

Lee's said...

Well hmmm semua ciri tu ada pada aku!~ *ngee perasan! hahaha