26 May 2013

bila dah berjumpa sang halal

ASSALAMUALAIKUM PEOPLE


hari ni hari minggu dan yang pasti budak budak sekolah paling seronok sebab malam ni tak payah nak susun buku dan tak payah iron baju sekolah kan..sebab cuti korang bersambung..hamboiii seronoknye =)
dan hari minggu biasalah mesti ramai yang sudah menemui sang halal korang kan..aku doakan korang bahagia disamping yang tersayang dan semoga hubungan korang sampai ke Jannah..insya Allah..

hari ni aku hanya nak cerita sikit tentang perkara yang aku dengar di majlis seorang ukhti..

bila aku dengar ceritanya kan, dalam hati berkata kata "ya Allah sweetnya"..kenapa sweet..?
selalu aku hanya baca dekat ruangan blog, majalah dan surat khabar tentang kahwin di usia muda dan jodoh yang diaturkan oleh ibu bapa..
pendek kan cerita, kitorang berbual ketika sedang makan makan (tak pe tak ramai orang sangat time tuh).
ceritanya bermula ketika aku menjejakkan kaki ke majlis tu yang hanya menaikkan dua buah khemah sahaja..dalam hati "errkkk..takkan dua khemah je..kahwin koboi ke??"...
kemudian aku dan yang lain masuk kedalam rumah, dan aku melihat sekeliling tiada pelamin (muka time tu blurr ok), kemudian selepas bersalam salaman dan mengenalkan sahabat yang lain, kitorang sembang sikit..ok muka pengatin tu tak nampak pada mulanya kerana dia memakai purdah dan pakain pengantin dia simple sangat hanya jubah..walau bagaimanapun benarlah kata pepatah 'yang tertutup itu indah' i'm totally agree..!! sebab bila ukhti tu buka sahaja niqab yang dipakai "masyaAllah cantik sangat"
selepas 10 minit macam tu duduk dalam rumah, kami dipelawa untuk menjamu selera (perut aku bergendang keseronokan).. sambil makan makan dia pown bercerita..
"aku macam tak percaya yang sekarang aku dah kawen..semalam aku menangis teruk weyhh..mana taknya dah lah aku tak kenal dia lepas tu mak ayah aku suruh aku kawen..hem redha je la" gaya dia cakap emmang sempoi..

"ko pernah jumpa dia tak" 
"pernah, bulan tiga hari tu..lepas tu bulan 11 tunang...yelah family dia datang nak tengok, aku ada mata tak, ada hidung tak"

"dia orang mana?"

"orang johor"
"sape nama dia"


"entah lah weyh, aku sendiri tak tahu nama dia sape..hahhahah"
dia sambung lagi "weyhhh lepas ni jangan tinggalkan aku..kalau ada pape event bawak lah aku"
"ehh..tu laki kau ad kan"
"alaaaa...."
"laki kau keje pe?"
"entah aku pown tak tahu"
so dari apa yang aku dengar emmang betul betul dia ni taknak amek tahu pasal laki dia..bila bergambar pown dia taknak suami dia ada kecuali terpaksa bergambar dengan para tetamu..dari pandangan mata yang aku lihat, suami dia baik, agak warak2 macam ustaz2...dan bila dengar tetamu lain bersembang, "owhh laki dia pensyarah UM"
dan bila aku teliti suami dia secara diam diam (aku pakar usha orang), hemm..laki dia sweet..kalau korang tengok, memang muka tak hensem tapi sweet..dan penampilan dia bersih...aku tak pernah lagi jumpa lelaki sebersih laki dia..

ya Allah sweetnye mereka..aku tahu suami dia boleh bahagiakan ukhti ni..semoga hubungan mereka bahagia sampai ke Jannah

"nak satu suami macam ni boleh...yang boleh bimbing aku..heheheh..insyaAllah"

No comments: