15 October 2012

solat sunat ?


setelah penat berjaga malam demi sesuatu pencarian
*ceeewahh macam nak cari harta karuuunn plak kan*
hentikan...
anak murid anak murid sila beri perhatian ye
selepas melalui proses pembelajaran sendiri dan dari pertolongan rakan rakan fb
akhirnya saya faham..
dan insyaAllah akan melakukannya

situasi SEBELUM

semasa di masjid si anisa pelik melihat jemaah jemaah lain sibuk bangun dan melakukan solat..padahal beliau tahu tok imam belum lagi bangun untuk menjalani ibadah solat isyak
kemudian si anisa berbisik kepada rakan beliau
"mereka buat solat apa tu?" ANISA
"mereka buat solat sunat" IZAH
"solat sunat apa? macam mana nak buatnya? kau tahu?" ANISA
"............" lupa dialog
si anisa bingung dan ingin tahu


situasi SEKARANG

OK..setelah mencari dan puas mencari
akhirnya si anisa memahami apa yang dilakukan oleh para jemaah 

mereka melakukan solat sunat RAWATIB
Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً

niatnya seperti berikut :

أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala


tambahan ilmu : maksud bid'ah adalah perkara yang tidak di lakukan oleh Nabi Muhammad namun kita melakukannya, contoh membaca yassin..

*
maaf kalau tidak faham akan keterangan di atas..ini kerana saya pown masih cetek akan ilmu agama...dan sedang belajar..sila tegur jika silap =)