8 October 2012

diskaun hebat bercuti ke HOTEL "N"

assalamualaikum people =)

hari ni bangun lambat sebab malam tadi over time...
tak perlu kau taw apa yang aku buat... *sombong giler pompuan ni*
eh2 jangan buang masa...
hari ni aku ada buka satu laman blogger...

DISKAUNNNNNNN...!!!
perempuan mana tak suka perkataan "diskaun"
aku ingatkan adalah diskaun 70% ke 100% ke
cehhh hampeh !

tapi tertarik dengan artikel yang dia sampaikan...
*penulis blog tu pownnn hensem jugak..ngehngehngeh ^^*


Special HOTEL untuk Ahli Neraka.


1. Environment 


    ~Suasana persekitarannya sangat best! lain daripada yang lain..
bayangkanlah.. atas,bawah,kiri,kanan semuanya api.. huhuu.. specialnya..
    


لَهُم مِّن فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِّنَ النَّارِ وَمِن تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ذَلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ

“Bagi mereka lapisan-lapisan dari api di atas mereka dan di bawah merekapun lapisan-lapisan (dari api). Demikianlah Allah mempertakuti hamba-hamba-Nya dengan azab itu. Maka bertakwalah kepada-Ku hai hamba-hamba-Ku."
[39:16]


2. Tikar dan Selimut


       ~Tidur dalam Neraka?? Ok..dont worry.. Selimut ada.. lagi best, selimut dia unik sikit.. diperbuat daripada api.. Wahhh.. bestkan..
bayangkanlah...

لَهُم مِّن جَهَنَّمَ مِهَادٌ وَمِن فَوْقِهِمْ غَوَاشٍ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

“Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim.” 
[7:41]


3. Pakaian Khas


~Baju dalam neraka pulak,semuanya fit.. diperbuat daripada api jugak.. sesuai dengan ukuran badan kita.. bestkan.. 
bayangkanlah..

..فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِّن نَّارٍ ..

“Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka.”
[22:19]


4. Shower


    ~Dalam Neraka pun boleh mandi ! air dia best.. air panas..
mendidih.. kalau kena kulit,kompom hancur!! Perut jadi rosak..
Huuhu.. mesti bestkan.. bayanganlah..

يُصَبُّ مِن فَوْقِ رُؤُوسِهِمُ الْحَمِيمُ

“Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.” [22:19]

يُصْهَرُ بِهِ مَا فِي بُطُونِهِمْ وَالْجُلُودُ

“Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka).” [22:20]

5. Makanan


    ~Salah satu makanan yang disediakan memang best..
apa dia? Buah Zaqqum!! pergh.. sedaaaap.. keras dan berduri..
bayangkanlah saat kita mengunyah dan menelannya..




إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِّلظَّالِمِينَ

“Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim."
[37:63]

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

“Sesungguhnya dia adalah sebatang pohon yang ke luar dan dasar neraka yang menyala.” 
[37:64]

طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ

“mayangnya seperti kepala syaitan-syaitan.” 
[37:65]

فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ

“Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu, maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu.” 
[37:66]

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ

“Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri.”
[88:6]

Pergh!! Sedap kan!! 
p/s Makanan yang disediakan tidak menggemukkan & tidak mengenyangkan. Makan dalam keadaan terpaksa kerana LAPAR !!


6.Minuman


   ~Bukan setakat makanan,minumanpun ada.. antaranya, NANAH !!
Rasa macam mahu tidak mahu minum.. susah nak telan.. tapi kita minum jugak.. haus..haus.. haus yang teramat sangat! bayangkanlah kelazatannya..

مِّن وَرَآئِهِ جَهَنَّمُ وَيُسْقَى مِن مَّاء صَدِيدٍ

“di hadapannya ada Jahannam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah," 
[14:16]

يَتَجَرَّعُهُ وَلاَ يَكَادُ يُسِيغُهُ وَيَأْتِيهِ الْمَوْتُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَمَا هُوَ بِمَيِّتٍ وَمِن وَرَآئِهِ عَذَابٌ غَلِيظٌ

“diminumnya air nanah itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati, dan dihadapannya masih ada azab yang berat.” [14:17]


7.Dapat Kalung Penghargaan.

   ~Yes !! Tahniah buat sesiapa yang berjaya masuk !!
Rantai special akan dikalungkan buat anda!! waaahhhhhh!!
Bayangkanlah betapa gembiranya..

إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ

“ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret,” [40:71]

فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ

“ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api,” [40:72]


GERUNNNNN..!!

bagi tiket free pown guwa tak mau...
sape nak??
boleh booking kat www.akunakkeneraka.com/