30 May 2011

the ILMU

ASSALAMUALAIKUM....ha jawab laaa...
Hai korang.korang yang singgah kat blog aQ ni..
Camano sihat ke hari korang hari ni??
Emm...hari tu kan aQ dah jadi ‘doktor cinta’..
So today i want to be ‘ustazah’
How?how?how???
“eh, terserah haku lah nak jadi hape...kalau boleh haku nak jadi semuanya..jadi doktor,wartawan,engineer dan banyak lagiiii....”
Hehehe..tamak tak??
Tapi HAKU PEDULI HAPE...!!!
Ok lah...actually aQ nak share some information with you all....
Satu hari ni kan aku kan adalah kan membaca sebuah majalah ni kan..
Lepas tu kan aku selak sehelai demi sehelai muka surat kan..
Lepas tu kan aku selak lagi kan...(barapa banyak ‘kan’ lah..cik nisa oiii)
Then..aku terjumpalah satu maklumat yang boleh menjadikan sebagai ilmu yang boleh dijadikan sebagai pengetahuan...mesti korang nak tahu kan.kan.kan
So sekarang korang bacalah maklumat tu kat bawah ni...

9 surah yang mujarab amalan Nabi Muhammad SAW

Surah Al-Fatihah
Amalkan membaca surah al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Insya Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat lima waktu.

Surah Al-Khauthar
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1000 kali, maka Allah akan memakbulkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membca sebanyak 1000 kali juga selepas solat Isyak sehingga dia tertidur, insya Allah dia dapat melihat Rasulullah dalam tidurnya.

Surah al-Falaq
Siti Aisyah menerangkan :
“bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala”
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama tiga hari, lima hari atau tujuh hari berturut-turut.

Surah Yassin
Telah bersabda Rasulullah
“sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah surah Yassin iaitu jantung al-Quran. Sesiapa yang membaca surah Yassin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10kali membaca al-Quran seluruhnya.”
(hadis riwayat at-Tarmizi dari Anas r.a)

Surah Al-Waqi’ah
Menurut beberapa hadis Rasulullah, mereka yang mengamalkan membaca surah al-waqi’ah pada tiap-tiap malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membaca sebagai wirid, insyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insyaAllah akan di kurniakan dengan rezeki yang banyak.

Surah Al-Ikhlas
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
“surah ini dinamakan surah al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan didalam gelombang sakaratulmaut , di hindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

Surah al-Khafiruun
Sesiapa yang membaca surah al-Khafiruun, maka bandingannya seperti membaca satu perempat al-Quran, disamping terlepas daripada syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat at-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalm iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

Surah ad-Dhuha
Di baca sekali pada setiap malam Jumaat agar kita terselamat dari huru-hara di padang Mahsyar.

Surah al-Mulk
Menurut beberapa hadis Rasulullah, mereka yang mengamalkan membaca surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiapmalam, insyaAllah, akan terselamat dari seksaan azab kubur.

So macam mana??
Aku ni bukanlah baik macam ‘angle’ atau jahat sangat macam ‘devil’ ...
Aku manusia biasa...
Ok lahhh...syukran yazi lan...kerana sudi membaca...
~Sayonara~

No comments: