17 May 2011

‘doktor perosak a.k.a penjahanam cinta’

Ok..jangan ubah blog anda yerr..
Sekarang kita ingin mengupas sedikit tentang  pentingnya dalam bercinta bersama dengan panel kita hari ni..
‘doktor perosak a.k.a penjahanam cinta’ anisa lalolipop…
Tu DIAAAA….hamoi2….
Tanpa buang masa ‘aku’ (kasaq tak bahasa doktur zaman siber ni)hehehe..
So tanpa buang masa aku ingin share serba sedikit maklumat untuk korang yang tengah bermain ‘couple’….
Memang seronok sampai tak Hingat dunia kalau tengah bercinta kan..semua indah giler..
Partner korang kentut pon korang buat bodoh je
(alaa…macamlah korang tak pernah kentut)
Tapi..korang nak ke kalau partner kau orang kentut kuat plus bau…(nak ke??ha..jawab arr)
Please la weyhh…tolong sopan sikit…walaupun korang ni nak sangat ‘jujur’ dengan kapling hampeh korang yang belom tentu lagi sah jadi WIFE/HUSBAND….
Ok lah…tentang perkara penting dalam bercinta yang aku nak share Cuma ada lima je..
So depends kat korang lah..aku Cuma nak share aje..
Paham tak..nak S.H.A.R.E???
Kembali pada topic utama..

Yang pertama sekali yang perlu ada semasa ‘COUPLE’
Sayangilah si DIA dengan hati bukan dengan perasaan
“jika korang meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa..sonang cito korang akan cepat bosan..TAPI jika korang meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi dan mungkin juga selamanya hingga korang kawen ye tak??”

Kedua…
Hormati pendiriannya
“Macam mana nak hormati pendiriannya?? Jangan sesekali atau berkali-kali korang merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu. Biarpun sedalam mana pun cinta korang padanya namun biarkan dirinya yang membuat keputusan. Sekiranya mendesak apa yang akan korang akan  dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta yang tulus dari hati. Baik korang meraih cinta dari orang yang benar-benar menyanyangi korang dan bukan korang yang hanya sayang gile kat couple korang tu  sedangkan couple korang tu tak pernah pon ada perasaan sayang kat korang. Sesungguhnya cinta pada YANG MAHA ESA harus melebihi segalanya”

 Ketiga…
Menerima si DIA seadanya
“ tolonglah weyhhh..aku harap sangat korang tak terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali korang mengubah, maka selamanya kamu akan terus mengubah dirinya. Tentu korang pernah ingat lagi kenapa korang boleh terpikat dengan si dia??ha..acu try test..cuba ingat balik..pastilah kerana dia adalah dia..betul tak?? So..no reason untuk korang mengubah couple korang untuk menjadi orang lain…daripada dia berlakon mendi plastic lebih baik dia natural..betul tak?? Tapi, kalau kearah kebaikan, its okay..janganlah nak ubah lebih-lebih..nanti kalau couple korang dah rimas macam mana..??sy=ay goodbye lah jawabnya..”

Keempat
Elak bersangka buruk
“Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika korang sendiri pon tidak dapat menerimanya apatah lagi si dia..namun kalau ada yang mencurigakan, lebih baik korang berbincang baik-baik dan jangan terus serbu tak pakai helmet..sebabnya islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat sangat berprasangka buruk. Sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh jangan nak main pangkah je couple korang kalau takde bukti yang kukuh dan jangan membesarkan hal yang remeh temeh..so think positive be matured..korang bukan budak-budak lagi”

Lastly…
Hargai pengorbanan si dia pada korang
“sesungguhnya si dia telah baynak berhabiskan wang ringgit dan masa untuk korang..dia sanggup mengorbankan masanya demi melayan karenah korang yang kadang-kadang tu not impossible. Kalau korang tak hargai couple korang, no wonder lah kalau si dia tu pasang girl lain..oleh itu, janganlah sesekali cuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya..”

So..aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi mendengar..aku bukannya nak sangat jadi doktor perosak a.k.a penjahanam cinta korang..tapi..aku pon remaja macam korang..so tak salah kalau aku nak share something sebagai information in love kat korang semua..tQ




No comments: