assalamualaikum my dearest belog ever...
hari ni 9 April, aku telah melanggar amanah kedua ibu bapa aku dengan tidak pergi ke kelas...aku pergi kelas cuma awal pagi, than after 10.30 a.m aku blah..its so rude..!!!
tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..bukan lancar sebab ponteng kelas, tapi urusan aku..tujuan aku cuma nak buka akaun KWSP with them...alaa urusannya tak sampai 5 minit pown..kau jejak kaki dalam KWSP, amek nombor, belum sempat kau nak panaskan sofa tu, angka giliran kau tiba..its so fast !! (nak rasa aircond pown tak dapat)..
kemudian kitorang pergi ke LHDN dan tanya itu ini...selesai je semua benda tu, kitorang berpakat untuk TAKNAK PERGI KEKELAS !!
kitorang dengan tak de rasa bersalah, pergi kekedai makan..makan makan makan..
lepas makan, aku balek ke asrama dan rehat rehat goyang kai, goyang kepala..solat bagai bagai dan buka laptop..niat dihati nak layan game zombi..
tapi hati dan akal seiring memberi arahan untuk aku jelajah satu belog ni KLIK SINI
ya Allah hati ni tersentuh ibarat kilat yang sabung menyabung (takut kowt duduk dekat rumah sensorang, ain gi hantar sepet balek)..bersama hujan yang lebat, air mata aku pown turut lebat turunnya...
ya Allah hebatnya cinta sisuami buat arwah sang isteri...aku rasa aku mungkin tidak berpeluang untuk memilik suami seperti arwah yang sangat sangat sayang kannya..
Cinta Murni Seorang Suami. Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad, kisah seorang suami yang amanah dan bertanggungjawab. Berkorban demi cinta kepada isteri, Fauziah Muhamad yang diamanahkan kepadanya. Abil Fikri Ahmad, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu. Beliau menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, dan merasakan dalam situasi sepertinya, berada disisi isteri harus menjadi menjadi keutamaan kepada beliau. Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. "Saya cuma melaksanakan tanggungjawab seorang suami, dan rasanya tidak layak saya mendapat perhatian dan pujian yang menggunung seperti ini" ujar Abil Fikri Ahmad.
dan aku....tak mampu untuk meneruskan lagi menaip.......
(4day left...to my ehem ehem awak jaga diri ok bila dah kerja nanti..kita sentiasa sayang awak!!)
No comments:
Post a Comment