31 December 2014

terbaik bagimu


untuk sang adam yang dah berjaya menggodam hati ni..cewaaahhhh

Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudah
Mencari bintang terang hidupku

Masihku retas aku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masihku rentak aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang

Rasaku kamu ada
Di saat senyum juga tangismu
Rasanya kamu sudah
Jadi yang terbaik bagi aku

Masihku retas aku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masihkur rentak aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu

Masihku retas aku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masihku rentak aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu

Masihku retas aku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu




TQ reading (>,^)v,

HAI 2015



dear 2015,
kita harap dengan kedatangan tahun ni, banyak memberi kan kita impak perubahan.
adakah status aku akan bertukar??
adakah aku akan sambung belajar??
adakah aku masih macam dulu??
adakah aku...........

debaran yang sangat sangat terasa...adakah ini tahun terakhir aku??
hemmmm semoga semuanya berjalan lancar =)



naseb koranglahh tengok gambar senget bengettt..

motip sangat taruk gambar time kecik..hemm gasak ahh..nite early 2015..


TQ reading (>,^)v,

BYE 2014 (22TAHUN)




haiiii...aku tahu aku tahu aku lambat hapdet..tapi kalau ikut masa, masih sempat..lets throwback bak kata melayu campak balek, haisyhhh kau nak campak apa???
sepanjang 2014, ni aku rasa macam cabaran untuk mendaki satu anak tangga..perghhhh berpeluh jugak niii...tapi ALHAMDULILLAH everything gonna be ok..syukurrrrrrrrrr

yang best 2014 ni, pertama kalinya aku graduate dalam diploma di PKB..
susah jugak sebab aku hampir berputus asa memegang status student dalam course mechanical engineering in agriculture...subjek subjek memang tough nauzubillah..tapi aku rasa, sama je kan dengan course2 yang kengkorang amek..ye idak???
so korang korang, silalah belajar betul2 jangan sia siakan amsa korang tu...zaman sekarang ni memang susah dapat kerja, tambahan korang kena bersaing dengan budak budak yang semakin pandaiii..aku yang bengong niii rasa bersyukur sangat hoiiii dapat kerja walau lari jauh terpesong dengan bidang..so k, belum rezeki..





yeahhhh aku dah graduate...so boleh start kerja..
tapi proses aku nak kerja adalah sangat lama...pergi interview mengalahkan ada meeting ngan dato sri puan sri, kadang tuh seminggu dua tiga kali interview, thanks to jobstreet bagi peluang aku mencari kerja, tapi nak wat camne, xde rezeki yang sangkut...
last ;ast aku nekad pergi negeri sembilan



meet my new frens,
dan sempena besday dya, aku dan nadia plan nak sambut besday dya..gigih weyhh tengah tak de duit niii dok pulun laa nak celebrate...dan sampai sekarang aku tak percaya aku boleh menghasilkan prank kenakan dya sampai menangis..jahat nau akuu..tapi its a sweet moment..

sekarang start untuk kehidupan baru di cyberjaya..
now aku dah nak masuk 7 bulan bekerja di sebuah company..alhamdulillah gaji dia berpatutan dan aku dapat mengurangkan beban mama..
muka muka time break..memang aku suka break lelama giniii...ohsemmmm sangat taw

boleh sambung lagi x?
boleh lah boleh lahhh....tahun ni jugak meruapakan tahun pertama dimana aku dikenalkan dengan famili dia..perasaan??? nebes maakkk taw..
yelahhh akak dia kawen kalau xsilap aku dalam bulan march, jumpa famili dya di majlis kawen kakak dya..ok yang itu tak kelako taw...naseb laa ai dapat bawak diri..kemudian silaturahim tuh berterusan sampai sekarang...and now, aku panggil mak dia dari makcik kepada mak, dari pakcik kepada abah..sweett sangatttt, terasa dekat taw..

jangan terkejut dengan perubahan mendadak dadak aku niii...

aku bersekongkol dengan whole famili dia sempena besday dia november ari tu..
kemudian aku masak untuk dia..WHATTT !!!! masak???
ok tak kelako tak kelako dek nonnnn...
tapi itulah demi cintakan..ceewwaaaahhhh..

betul weyhh aku sendiri macam tak percaya...tapi aku masak ada orang guide laa..kau nak suruh dapor tu tunggang langgang ke hape...


aku sendiri macam tak percaya dengan hasil tangan sendiri weyhhh..tapi kek padang bola tu memang tak laaa

prank besday yang tak menjadi T_T

aku taw dia tak hensem tapi dia lah yang banyak membuatkan aku berubah...

new famili and insyaAllah future famili

ni laa mak baru kita...sangat sangat sporting..
luv u mak


and end of december welcoming baby nur humaira malaika
ok hujung hujung tahun aku dah jadi 'makcik' walaupun cuma tumpang nama dan gelaran,
aii rasa terharu sangat..

so 2015 harap harap banyak lah moment moment yang suwiittt dan semoga aku boleh menghadapi segalanya...semoga banyak miracle seperti hujung tahun 2014...

AZAM 2015 : BELAJAR DAN MENEROKAI DUNIA MASAKAN..insyaAllah ^__^



TQ reading (>,^)v,

13 December 2014

TIP cara memikat mertua





haisyhhh topik mengancam jiwa raga...ok laa tu kan buat blogger pemalas macam aku..ni nak masuk minggu kedua baru entry pertama dapat hapdet..busy mende pown aku tak taw..hahah
ok back to the topic, yang ni tips bukan untuk aku je yang tengah menggatal, mungkin berguna jugak buat korang korang yang sama level gatal macam aku..hikhik..

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya (tapiii ai belom bertunang lagiii)

Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
**so kat sini aku selalu jugaklahh bermesej mesejan berwasap wasapan dengan famili dia..aku buat benda ni sebelum aku jumpa tips ni ok..so bagi aku, ianya ok laa kan supaya nanti korang tak kekok sangat dengan famili dia

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.
** yang ni aku rasa aku pernah buat sekali, tu pownn sebab nak planning besday si memok tuuu...so aii perlulah bawak something sebagai rasuah..hikhik..hari lain selalu aku menebeng aku bawak perut yang kosong jeee...haisyhhh bakal mak mertua aku, bertabahlah yee dapat future macam nii
3. Kenali sikap sebenar mertua anda

Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
**aku tak pernah tanya pown kat si memok pasal benda nii..sebab kalau korang gentle jumpa depan depan dan hanya perhatikan dan follow gaya dia, insyaAllah korang lagi taw lebih detail..kalau korang mulut peramah nau2, tanya direct je dengan mertua..tu pown kalau famili nya open minded...syukur mak and whole his families ok..buat masa ni lahh
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka

Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
**alamak alamak, yang niii memang aku dah tersilap besar sebab aku pernah amek selipar nak cepuk anak dia..haduiiinyeepuwnn...korang please behave..kekadang kena hipokrit jugakk..tapi hipokrit untuk bende positif ok..

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya

Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
**aku bukan lah manusia bermulut manis ibarat menanam tebu di tepi bibir, manis je berkata..sorry i'm not that type !! tapi aku mencuba juga, aku menggagahi diri ni buat kerja kerja yang aku tak pernah buat...contoh, kaki aku malas gila babeng kowt nak masuk dapor, tapi bila kat umah mak dia, eh2 automatic je kaki ni g dapor, macam ada magnet..lepas tu, aku tak pernah kowt buka kuali pepagi buta nak buat brekpes, selalunya amek roti dan kaya, sapu sapu dan ngap pastu minum air. settle kan..tapi bila kat umah mak dia, semua berubah..100peratus berubah..masak buat brekpes..auuuchhh sangat suwiittt dan hipokrit..so k atleast aku nampak perubahan ketara pada diri ni..and now, aku asyik nak memasak je..balek umah, buka peti ais amek nugget, leburkan dalam kuali..hahah pown boleh nisa

6. Berkongsi minat dengannya

Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka

Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda

Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut

Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri

Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

nape yang atas atas tuh aku tak buat, sebab aku belom pernah buat lagii..sooner aku buat..hahah

ok bulan ni jadual aku sangat sangat padat dan memerlukan rehat..doakan aku boleh lepas game badminton nanti taw..huhuhu


p/s : si memok sebokkk mencari no plat kereta yang smart..haisyhhh sayang oiii amek je laa ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ je buat no plat..senang kannn...
TQ reading (>,^)v,

25 November 2014

jiwa sentap sebab hati tak sado

susah kalau hati kecil selembut tisu ni mudah sentap..alahaiii dah pandaii sekarang sentap menyentap..touching kemahenn..dulu kalau touching, kena pujuk sikit, cair...sekarang?? gagah woii diri nii merana untuk dua tiga hari..Eh kau pikir, kau siapa nisa...erghhh..tumbok karang

semalam baru je lepas short date dengan memok..eh2, apa yang berbeza?? dia tak pakai jam kita bagi laaa... *mukahampaaa* dalam hati "taw laa jam aii bagi xsemahal jam dia tuhh..jam aii jam beli dari instagram malaysia je...sob sob sobb"
bertabahlaaa nokksss..lai kau memang pesen ghupe gituu..
lepas tu, nak jalan dah g makan, dia boleh pulakk puji masakan awek gepren abang dia..aii is jeles ok..!! tapi in fact, meamng masakan dia sedap pown T__T huwaaaa..tapi tak perlu puji beria sangat sangat cakap tambah bagai bagai...sentap sentap...
leaps tu baru powi makan..hahaha...

tak pelaaahhh biar sentap kejap, kekadang dalam perhubungan tak halal ni, hati kena lah sadooo ye tak..nanti kalau xsado macam mana nak bina hubungan sampai Jannah..


p/s : happy anniversary 26 mak&abah future...sedap kau kan cuti arituuu...

TQ reading (>,^)v,

19 November 2014

menang G.A dari FEROZ OTHMAN


disaat duka lagi lara pilu hibaa niii (hamboiihhh ayattt), tiba tiba tangan ni gatal nak view contest aku dok sebokkk nak joinn...eh eh eh..tenyeh tenyeh mata...macam link blog sendiri...stil xcaya tuhhh...
copy n paste dekat new tab....wo wow wow !!! syukur sangatttt..thanks bloger yang suka buat contest nii..so ada sesapa nak buat contes lagi tak??? kita nak joinnnnn


thank you abang peroz memilih blog picisan picisan niii...
elehhhh apa laa sangat nombor 162 tuu...menang hadiah biasa biasa je...well hello blogger macam akuuu niii blogger yang pemalas lagi naif akan dunia blog...soo aku bangga dengan pencapaian akuu..at least ada anjakan paradigma..hahaha kelas ayat kau nisa sangatttt kelas, macam telur ayam gred A...

tak lupa jugak tahniah kepada blogger blogger yang hebat kat luar sana yang sama masuk contest macam aku... hihi tidoo laa..nyte ^__^

p/s : mohon lebih banyakkan G.A untuk aku merajinkan diri singgah dan kenal blog lain...ini tak, asyik singgah blog pemes yang sama jee... T__T

TQ reading (>,^)v,

tabahlahh ye nakkk



Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

disaat diri ini sebokkKKKK sangat menghitung hari nak berjumpa tiba tiba hamba Allah datang melenyapkannya...haisyhhhh xpelaa hatii minta bertabah laa yerrr...half day merajuk bawak diri...cehhh jiwa sentap betol..cepuk jugakk minah nii

makan xlena, mandi terlebih basah, tido sampai tak sedar diri..hahah melampau sangat peribahasa tuh
tapi bila diri ni dapat menerima kenyataan duniawi...tiba tiba muncul sesuatu benda yang baru...huwaaaa perit pedih pahit semua ada laaa...sampai hatiii...

jadiii tambah tolak darab bahagi equal continue perang dingin..

aku bukan lari dari masalah, aku bukan nak menyorok aku bukan nak menyusahkan hidup orang lain, tapi berilah aku ketenangan sikit..mulut aku macam mana pulak...pantang diajak bergadoh, mula urat leher nak tegang..so biar aku relax bawak diri jejauh sampai dah tenang...


Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..

lalalalalalala

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

sangattttttt drama taw minah niii bila dengar lagu nak menangiss..herghhh hati tisu !!



TQ reading (>,^)v,

13 November 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


nak tanya, kau memang suka join semua benda last minit ea nisa..PAP ! PAP ! tampar dahi sendiri
memalam nii baru nak tido on FB kejap singgah ruangan kelab blogger, ternampak post ni...rajin pulak menyinggah nye yee...

alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal jalan, alang alang dah singgah, jangan pandang tu asam, ate moh lerrr teman joinnnn



Hadiah Terkumpul 
Cash : RM 360 
Topup : RM 195 
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2 
terima kasih kepada sponser

abang Feroz | MahaMahu | Yanty Lee |afzalsukasuki | mawarBiru | cikPjaz | ieta | mohamad nasir | yansaflina | mohd noor syawal | dilakazuha | muaz fariz | helmi julia | nadiaJohari | suzlinazreena |blogfyna | khatyAiman | kyle keshacik Yaya | puterymemory | edohayra | delima zamrud | karen nisa

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT DISINI


TQ reading (>,^)v,

nisaRecipe : kek batik

tetibe malam2 nii aku rajin hapdet entry..kihkihkih...gasak laaa
korang ingat tak entry aku happy birthday MAHBN..kalau tak ingat sila guna tangan anda dan scroll semula entry lepas lepas..tak pedulikk..paksaan nihh..hihi
entry aku dalam tu, aku ada cakap aku nak belajar masak bukan?? dan dalam masa 1 hari aku dapat buat 3 menu... dua menu ringkas satu menu sukar...a biggest thanks to my housemate sebab sudiii mengajar aii olss yang tangan kayuu niii *bighugggggg*

so malam niii aku nak refresh balek apa yang aku buat hari tuuu *majlis tu da lepas, baru kau nak refresh..poddaahhh*

so barang barang yang aku beli

BISKUT MARIE tiada jenama
MAGARINE
SUSU PEKAT jenama marygold

barang yang aku tak beli

MILO
AIR kihkih air pown nak bagitaw
GULA PASIR

so lets start

ni cara aku laaa.... tak taw korang..tapi aku ada research beberapa blog laa pasal biskut marie, tapi aku buat cara aku..hentam keromo

1. panaskan kuali biar panas.
2, kemudian aku masukkan magarine dan biarkan dia cair..kacau kacau sampai dia cair betul2,
3. baru aku masukkan susu pekat..tapi susu pekat aku taruk setengah dari tin susu tu...gasaklahhh kalau TERMANEHHH nohhh..kacau susu sehingga sebatiii.
4. kemudian aku masukkan beberapa sudu gula. disebabkan gula ni dah bercampur dengan bukan muhrim dia,,jadi kena kacau betul2 dengan susu...kacau sehingga tiada rasa gula tu berpasir...ehhh korang paham ke tidak niii??? gasak laaa...bila gula dan susu plus magerin niii dah halal hubungannya mean dah sebati,
5. baru masukkan milo..miloo ni aku campak ikut suka hati aku tiada sukatan..asal nampak dark brown, ok laaa..kacau kacau supaya milo tu tak berketul ketul...kalau berketul ketul, tuangkan sedikit air....

6. end last masukkan biskut marie...patah patahkan biskut marie macam kau tengah lepaskan geram dekat someone laaa...patah patahkan diaaaa....kacau balek biskut marie dengan bahan bahan 1,2,3,4,5 Kemudian tutup dapur gas, dan biarkan sejuk 10 minit baru masuk bekas..biskut marie yang aku buat ni, aku tak tekan tekan kan macam dalam blog lain..aku kan malas..asal masuk dalam bekas, terus aku letak dalam freezer..Settle


syukur sangat time niii dorang suka...dalam hatii mohon mak abah mertua sukaa hasil kayu calon menantu..hikhik perasan woiiii belom sah oiii..mohon sedar diri nisa

nanti rajin kita kongsi resipi buat dadih istimewa dengan masak lemak tempe ayam

p/s : dapat watsap ajak join team badminton...Fitness timeeeeeeee..weehuuuu

TQ reading (>,^)v,

ajar saya guna nuffnag

 

haiii readers yang hebat hebat diluar sana...aku nak minta tips kat korang, macam mana nak buat nuffnug, nuffnug dah daftar lama, bila aku check, hemmm sedihhh
need your help


(T____T)
sobsobsob


p/s : berwatsap watsap kita ngan blogger glammor sis AINZULKARNAIND

TQ reading (>,^)v,

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com


giveaway-bugslockpenghalaunyamuk


Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk

Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.


Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.


WhatsApp & Line : 016 4858235

Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

( saya perlukan bugslock kerana saya tak mahu nyamuk ganggu saya ketika saya sedang bekekerja dan ganggu kehidupan keluarga saya. supaya saya dan keluarga kekal sihat & tidak di serang jangkitan denggi dan sebagainya. )

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger MIA LIANA dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise alam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI



P/S : saya mencari part time job yang boleh dibuat dari rumah..any part time job please email me saranghamnida2303@gmail.com


TQ reading (>,^)v,

12 November 2014

HAPPY BIRTHDAY MAHBN



haiii semua...hemm rasanyaa ni entry kedua untuk bulan November..sangat sangat pemalas..macam mana nak tarik readers niii..maafkanlah diri ini yee..xpe xpe, xde reader pown xpe...
korang ingat tak aku ada buat entry pasal 7 HARI SEBELUM BESDAY DIA ingat tak? ingat tak???

ha...alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna walaupown niat hati paling dalam nak buat kejutan kat dia biar sampai dia nangis tapi last last aku yang rasa macam nak nangis sebab di suprise kan oleh adik dya... T__T sob sob sob

first :  aku dah habes plan dengan hulubalang hulu balang aku yang perghhh keje tiptop..sape lagi kalau bukan famili dia...hikhikhik...gigih weyhh abang dia buatkan watsap grup untuk suprise kan adik dia niii...thanks a lot Ggol..dalam grup tu, kitorang rancang nak buat kat mana, menu apa, and thanks sangat sangat sebab dorang cakap aku just prepair hadiah sahaja, yang lain dorang boleh settlekan..eh yeke?? syukur sangatt..dua hari sebelum majlis, aku turun padang pergi rumah dia, sebab aku nak dapatkan gambar gambar time baby dia..tema aku dalam diam adalah "throwback"...so aku meng DIY kan diri yang tak kreatif ni dengan create nama dia di atas foam box tebal hasil rembatan di tempat kerja aku..hahah..lepas buat untuk memok, banyak pulak tempahan..erghhh..sibuk je dorang ni laa...lepas tu, aku pakat pakat dengan adik dia, untuk tolong tampal dan gantungkan segala gambar yang dah dipilih...

second : aku sibuk dok cari hadiah..niat hati nak bagi kasut futsal peberet diaa (lepas tanya abang dia), lepas tu gagahkan diri mencari kasut di instagram...hemmm tengok kasut futsal je dah beratus ratusan..nangisss weyhhh..aku bukan kedekut, tapi aku taknak membazir, sebab banyak nak pakai untuk majlis niii....tahan hati laa kau nisa oiii...then, tukar plan kasi hadiah lain, cari jam pulak kat instagram...aku minat JAM TAWAF, sebab harga masih mampu milik lagiii, tapi tanya tanya, jam tu tak de stok lagii..menangis lagiii...so decide turun padang, g survey semua kedai jam, semata mata cari jam tawaf...jumpa dah, tapi tak smart...(cerewet nau nau kau nisa)..jenis aku, dah berkenan yang tu, yang tu jugak aku nak....hampir berputus asa dah time tuh...last last amik jam pattern biasa tapi smart bagi pandangan mata...ok deal dengan sis yang baik hati tuuu, bayar walaupun T__T (demii awookk sayang oiiii)....alhamdulillah dua tiga hari leas tu, sampaiiiii..manyakk sunyum haaa =)

third : settle hadiah...then bincang menu plakkk....chef utama aku adalah gepren abang dia..tapi bila pikir balek, aku nak dia rasa jugak masakan dari air tangan aku sempena besday dia..tak kira tak kira..walaupun aku tak pandai sangat memasak, tapi sebabkan aku nak hadiahkan dia makanan peberet dari hasil titik peluh aku, aku turun padang weyhhh, pergi jejakkan kaki ke pasar raya last minit, cari barang, dan last before besday dia, aku gagahkan diri turun dapur..menu yang aku buat adalah kek batik, dadih coklat (favourite), dan tempe masak lemak..tapi tempe aku buat kelainan sikit, aku tambah ayam, aku takut ada tetamu tak makan tempe..so ketiga tiga menu aku buat malam tu jugakk.alhamdulillah...tak sabar tunggu esoknya sampai tak boleh tido laa..

pagi pagi tuuu,bangun dan pergi kerja, before pergi kerja, aku panaskan lauk, pastikan tak basi..menghitung detik detik jugak laaa...bila malam menjelma, TARRRAAAA tak cukup kaki tangan kau..balek pukul 7 nak kena ada dekat sana pukul 8, sebab adik dia cakap dia ada futsal pukul 9..ohh nak nangis..jadi lipas kudung time tu..

waktu kemuncak

dalam masa pukul 7 tu, pecut kereta pergi amek kek, pastu balek terus panas kan lauk, tengah siap2 adik dia kol suruh cepat (T__T)..tak sempat bernafas taw takkk !!!! packing2 barang semua, tukar baju, pakai shawl xiron, terus jalan...bertolak dari rumah pukul 8, sampai sana 8.15...can u imagine?? speed 120km/sejam....nasib nyawa xmelayang..

haii laa awak sayang, nape awak balek cepat sangat..kita baru nak suprise kan awak taw..
tapi alhamdulillah segalanya lancar...dan semua makan dengan kenyangnyaaa...blurppp alhamdulillah kenyang..
seronok sangat bila tengok si memok makan masakan aku, siap tambah lagiii..nak nangis je rasa time tuhh..abah pown siap tambah lagiii...puas hati dengan hasil sendiri...lepas ni nak belajar masak lagii..nekad !!

opsss sebelum terlupa, gambar yang konon konon tema 'throwback' pown aku berjaya menarik perhatian...abah dia bercerita kisah kisah lama dorang..how sweet... =')
as long as, semua happy dengan majlis kecil tu, aku syukur sangat sangat



rezeki untuk dia 



memang jodoh itu rahsia ALLAH. andai sudah tertulis di Luh Makhfuz yang aku bukan wanita yang akan mendampingi kau di Syurga nanti, berjanji dengan aku sesuatu. carilah perempuan yang mampu bahagiakan kau di setiap deru nafas kau.


#ya ALLAH, seandainya lelaki yang bernama kekasih itu sedang membaca nota tangan ini, sampaikan salam rindu dan salam kasih padanya agar dia mengerti hati aku tulus. dan aku berharap aku mampu jadi hawa setabah Sumayyah utk onak dan duri yang bakal aku lalui untuk esok hari. terima kasih ALLAH atas kehidupan dan pertemuan ini. :')




dear memok,
selamat hari jadi sayang, u should proud to have a lovely famili..please say thank you to ur mak n abah yang sangat sayangkan awk...semoga menjadi anak yang soleh yeee...takde ucapan selain jaga diri, kita sentiasa doakan awak yang terbaik...disebabkan kita berdua baru lepas grade dan masih mencari hala tuju,kita kayuh sama sama yeee untuk masa depan, love u

dear norhaya's sibling,
i love u both..terima kasih sebab sudi memberikan sedikit ruang untuk diri yang kerdil ini merasa apa itu kasih sayang abang dan kakak...soooo blast !! terima kasih sebab sudi bekerjasama..love u =)


TQ reading (>,^)v,