13 December 2014

TIP cara memikat mertua





haisyhhh topik mengancam jiwa raga...ok laa tu kan buat blogger pemalas macam aku..ni nak masuk minggu kedua baru entry pertama dapat hapdet..busy mende pown aku tak taw..hahah
ok back to the topic, yang ni tips bukan untuk aku je yang tengah menggatal, mungkin berguna jugak buat korang korang yang sama level gatal macam aku..hikhik..

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya (tapiii ai belom bertunang lagiii)

Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
**so kat sini aku selalu jugaklahh bermesej mesejan berwasap wasapan dengan famili dia..aku buat benda ni sebelum aku jumpa tips ni ok..so bagi aku, ianya ok laa kan supaya nanti korang tak kekok sangat dengan famili dia

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.
** yang ni aku rasa aku pernah buat sekali, tu pownn sebab nak planning besday si memok tuuu...so aii perlulah bawak something sebagai rasuah..hikhik..hari lain selalu aku menebeng aku bawak perut yang kosong jeee...haisyhhh bakal mak mertua aku, bertabahlah yee dapat future macam nii
3. Kenali sikap sebenar mertua anda

Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
**aku tak pernah tanya pown kat si memok pasal benda nii..sebab kalau korang gentle jumpa depan depan dan hanya perhatikan dan follow gaya dia, insyaAllah korang lagi taw lebih detail..kalau korang mulut peramah nau2, tanya direct je dengan mertua..tu pown kalau famili nya open minded...syukur mak and whole his families ok..buat masa ni lahh
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka

Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
**alamak alamak, yang niii memang aku dah tersilap besar sebab aku pernah amek selipar nak cepuk anak dia..haduiiinyeepuwnn...korang please behave..kekadang kena hipokrit jugakk..tapi hipokrit untuk bende positif ok..

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya

Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
**aku bukan lah manusia bermulut manis ibarat menanam tebu di tepi bibir, manis je berkata..sorry i'm not that type !! tapi aku mencuba juga, aku menggagahi diri ni buat kerja kerja yang aku tak pernah buat...contoh, kaki aku malas gila babeng kowt nak masuk dapor, tapi bila kat umah mak dia, eh2 automatic je kaki ni g dapor, macam ada magnet..lepas tu, aku tak pernah kowt buka kuali pepagi buta nak buat brekpes, selalunya amek roti dan kaya, sapu sapu dan ngap pastu minum air. settle kan..tapi bila kat umah mak dia, semua berubah..100peratus berubah..masak buat brekpes..auuuchhh sangat suwiittt dan hipokrit..so k atleast aku nampak perubahan ketara pada diri ni..and now, aku asyik nak memasak je..balek umah, buka peti ais amek nugget, leburkan dalam kuali..hahah pown boleh nisa

6. Berkongsi minat dengannya

Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka

Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda

Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut

Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri

Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

nape yang atas atas tuh aku tak buat, sebab aku belom pernah buat lagii..sooner aku buat..hahah

ok bulan ni jadual aku sangat sangat padat dan memerlukan rehat..doakan aku boleh lepas game badminton nanti taw..huhuhu


p/s : si memok sebokkk mencari no plat kereta yang smart..haisyhhh sayang oiii amek je laa ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ je buat no plat..senang kannn...
TQ reading (>,^)v,

No comments: