21 April 2014

no to MAKSIAT !!


Mengapakah al-Quran banyak menyebutkan tentang kisah-kisah pelbagai kaum yang berakhir dengan kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat bahawa segala bentuk kejahatan itu adalah warisan kehancuran yang mesti ditinggalkan. Jenayah homoseksual merupakan peninggalan kaum Nabi Lut, kesombongan dan kezaliman adalah budaya Firaun, manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah dipelopori oleh kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan Nabi Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan Muhammad SAW.
Orang yang merasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas mukabumi ini yang terlindung dari kejahatan dirinya sendiri melainkan para Nabi dan Rasul-Nya. Kerana aura kejahatan itu merebak di setiap sudut dan ruang dalam kehidupan sehari-hari. Hanya orang beriman saja yang boleh selamat, iaitu mereka yang memiliki sikap sentiasa berjaga-jaga dan waspada terhadap amal perbuatannya yang mudah dicemari oleh unsur-unsur kejahatan.
Sepertimana sikap Umar bin al-Khattab RA yang amat berhati-hati dengan gangguan kejahatan pada dirinya sendiri. Beliau bertanya kepada seorang sahabat: “Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?” Sahabat menjawab: “Pernahkah kamu melewati satu jalan yang dipenuhi duri-duri yang tajam? Pasti kamu akan berhati-hati melaluinya supaya tidak terpijak duri-duri itu. Begitulah keadaan orang yang bertakwa, dia sentiasa beringat dan menjaga dirinya dari kejahatan dan maksiat yang boleh membahayakan iman.”
Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata: “Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk.” Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati.
Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari. Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi? Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?
Kegelapan di dalam hati
Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud: ”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)
Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.
Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah terbiasa melakukan penipuan kelas bilis, sedikit demi sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat yang telah sebati dalam jiwanya. Betapa pentingnya kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia boleh membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari melakukan dosa kecil. Semua ini menyumbang kepada kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT jatuh di hati yang gelap, kotor dan busuk. Melainkan dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan jika Allah Taala berkehendak.
Kegelapan di wajah
Pelaku maksiat sentiasa diikuti oleh bayang-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di hadapan orang ramai semua itu boleh disembunyikan tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala telah menyingkap hijab dirinya dan terbukalah segala cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang telah menghina dan memburukkan diri kita akibat perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah dan gelisah akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.
Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain
Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat kepada Khalifah Muawiyah RA yang berisi: “Ketahuilah orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah, maka orang-orang yang memujinya berbalik akan mencelanya.”
Seorang pemimpin negara seperti Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan RA sentiasa menjadi tumpuan rakyatnya. Oleh itu Aisyah RA berwasiat agar sentiasa sang khalifah menjaga hubungannya dengan Allah Taala dan jangan sekali-kali bermaksiat kepada-Nya kerana perbuatan maksiat itu akan mempengaruhi setiap keputusan sang khalifah dalam mentadbir negara. Seterusnya memberi kesan kepada rakyat, adakah mereka memuji atau membencinya?
Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang muslim yang melihat muslim lain meletakkan keretanya di tepi jalan yang mengganggu jalan kenderaan lain akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu. Kejahatan bermula dari perkara yang kecil, akhirnya membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli di atas jalanraya boleh terjadi dan akhirnya menumpahkan darah.
Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh bermuamalat dengan orang lain, sedangkan peniaga yang berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula dengan orang yang suka menahan rezeki saudaranya, apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang lain, yang di tangan sendiri pasti akan terlepas. Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.
Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya:
”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku;
beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat;
Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya;
sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”

18 April 2014

18/4/2014 (last training)

assalamualaikum....

hari ni hari terakhir aku disini (negeri sembilan)..alhamdulillah aku selesai jugak dekat sini...
hari ni aku gi cyber jaya sebab menguruskan hal rumah..penat..penat sangatttt...tapi sebab hati aku meronta ronta untuk simpan tenaga sebab aku nak jumpa dengan dia buat kali terakhir (mungkin), tak sabar kowt menunggu sampai kat rumah...waiting waiting dan still waiting...
ok hari terakhir ni jugak aku tak amek makanan dekat bawah, sebab nak makan dengan dia buat kali terakhir (mungkin).
aku hantar wicet kat dia nak ajak keluar...tak sabar kowt nak tunggu 'ok' dari dia...tapi (babak air mata)...dia ada game dan dia ajak keluar jenjalan kejap (dalam kepala pikir maybe naik moto)..hemmm ok laa..demi menjaga hati dan permintaan terakhir aku untuk jumpa dia sekejap pown jadi laa...
dan bila keluar dengan dia, jalan jalan dan jalan (permintaan dia kan nak berjalan)..jalan jalan jalan dan jalan..kaki melangkah dan terus melangkah....dan aku nampak kedai...dalam hati ingat nak pergi minum kejap laaa...tapi kitorang patah balik...yelaa..nama pown nak berjalan jalan...ulang balek berjalan jalan....BERJALAN JALAN NISA...kau paham tak nisa maksud berjalan jalan..jalan je tak minum pownnn...
ok jalan jalan jalan jalan dan sampai aku balek rumah...
pergilahhh kalau nak main badminton..(hati fikiran perasaan semua menjadi tawar setawar tawarnya)
dalam hati
"kalau macam ni gayanya kalau aku tetiba dalam keadaan susah macam accident ke, apa ke memang terdesak perlukan dia dan dalam masa yang sama dia memang ontheway ada game, aku dapat rasa game tu lagi penting dari aku..and dia dah tunjuk kan bende tu....tak pelaa nisa kau maafkan je laa dia..kau dah taw kan dia memang pentingkan benda tu dari kau even kau dan MENTION kan kat dia yang kau akan balek selepas subuh..dan dia masih dengan game dia..ok game lagi penting...jadi nisa kau tak payah laa nak menangis sebab dia ke hape ke...sebab dia memang anggap kau penting..kau penting nisa dalam hidup dia..dalam hidup dia, tapi bila situasi sebenar, kau tak penting even ni detik2 kecemasan detik terakhir maybe kau jumpa dia..."
dia ada cakap kalau dia free nak jumpa pukul 11..tapi sekarang dah pukul 12.55a.m, kau masih nak mengharap ke nisa...kau masih nak emngharap dia akan jumpa kau ke??? nonsense...stop dreaming stop hopeful laa nisa...!!!
to my dear,
JAGA DIRI BEBAIK, SAYA SAYANG AWAK !!

14 April 2014

14APRIL2014



hari ni 14 April 2014, smart kan tarikhnya..alhamdulillah hari ni si dia dah dapat masuk kerja..this is first step to going more advance in his life..ya Allah Kau permudahkanlah segala jalan hidupnya semoga rezeki yang dia cari dan bakal peroleh adalah yang halal..murahkan rezeki dia..aminn

kehidupan aku hari ni adalah bosan, dan aku tido tido dan tido...kehidupan kat sini tadi terasa kosong sangat...tapi nasib baiklah ada kawan kawan..at least masa aku tak terover pikirkan dia sangat..nanti sedih lagiiii...

petang tadi aku sempatlah tengok muka dia dalam 5 minit 10 minit...cukuplah kan dari nanti tak jumpa langsung..

ok lahh aku nak sambung main game dulu, hilangkan bosan, baju dah packing siap2 nak chow..

ya Allah jagakan dia untuk aku yer..

11 April 2014

11/4/2014



dear blog, hari ni aku tak pergi kelas, dah dua hari aku tak pergi kelas..i dunno why..mybe my 'spirit' didnt have at the classes and sure i feel empty...
kosongnya kawasan ni bila tak de dia..selalu petang petang keluar joging dengan dia, kalau tak joging pown mesti usha dia dari atas..how come this feel..wanna cry =(
pergi taman pown nampak dia, dengar suara bising bising dekat bawah waktu malam, ingat dia balek dari main counter strike, bila turun tangga dengar bunyi motor, ingat dia punya motor...
HAAAAAARRRRRRRGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHH.........!!!!!!!! stress !!!
macam mana ni nisa, macam mana kau nak duduk jauh ni..hadoiii wake up laaa..everything happens have their own stories...believe Allah nisa..!!!

9 April 2014

10April2014









firman ALLAH :

"Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak 



kepada kejahatan" (Yusuf 12: 53)


and aiiiiiiiiiii do that..miyoney

3hari lagi


YA ALLAH.....
Hanya Mu yang memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan...
Aku hanya insan yang lemah yang tidak terlepas dari melakukan dosa...
Aku mohon pada Mu, Kau ampunilah dosa-dosa kami semua...

YA ALLAH...
Sesungguhnya, aku hanya insan yang hina...
Kau kuat kan lah iman aku...
Aku ingin menjadi muslimah yang sempurna pada pandangan MU...
Aku ingin terus beribadat kepada Mu...
Kuat kan aku, redhai lah aku....
Dalam aku menempuhi liku-liku hidup ini.....

pejam kelip pejam kelip tak lama dah aku kita dan kami akan meninggalkan alam stadimadi ni..and next session alam pekerjaan dimana masa untuk membalas jasa orang tua...sekejap je Allah pinjamkan masa untuk aku mengenali insan tersayang dengan lebih dalam dengan lebih rapat dan seterusnya aku dan dia akan berpisah..kali ini tak tahu berapa lama..aku redha akan ketentuan Ilahi...ya Allah walau berapa jauh aku dan dia berpisah, Kau jagakanlah dia untukku, jauhkan dia dari sebarang bahaya, jauhkan dia dari sebarang bencana, jangan berikan ujian Mu yang terlalu berat padanya....
mungkin selepas berjauhan lebih banyak dugaan yang akan datang melanda kami, itu aku tidak pasti...aku cuba untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan terjadi..ya Allah, andai hubungan kami tidak kesampaian, kau gantikanlah dengan yang baik serta solehah buatnya..

dear awak, please take care..

9 April 2014

assalamualaikum my dearest belog ever...

hari ni 9 April, aku telah melanggar amanah kedua ibu bapa aku dengan tidak pergi ke kelas...aku pergi kelas cuma awal pagi, than after 10.30 a.m aku blah..its so rude..!!!
tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..bukan lancar sebab ponteng kelas, tapi urusan aku..tujuan aku cuma nak buka akaun KWSP with them...alaa urusannya tak sampai 5 minit pown..kau jejak kaki dalam KWSP, amek nombor, belum sempat kau nak panaskan sofa tu, angka giliran kau tiba..its so fast !! (nak rasa aircond pown tak dapat)..
kemudian kitorang pergi ke LHDN dan tanya itu ini...selesai je semua benda tu, kitorang berpakat untuk TAKNAK PERGI KEKELAS !!
kitorang dengan tak de rasa bersalah, pergi kekedai makan..makan makan makan..
lepas makan, aku balek ke asrama dan rehat rehat goyang kai, goyang kepala..solat bagai bagai dan buka laptop..niat dihati nak layan game zombi..
tapi hati dan akal seiring memberi arahan untuk aku jelajah satu belog ni KLIK SINI
ya Allah hati ni tersentuh ibarat kilat yang sabung menyabung (takut kowt duduk dekat rumah sensorang, ain gi hantar sepet balek)..bersama hujan yang lebat, air mata aku pown turut lebat turunnya...
ya Allah hebatnya cinta sisuami buat arwah sang isteri...aku rasa aku mungkin tidak berpeluang untuk memilik suami seperti arwah yang sangat sangat sayang kannya..

Cinta Murni Seorang Suami. Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad, kisah seorang suami yang amanah dan bertanggungjawab. Berkorban demi cinta kepada isteri, Fauziah Muhamad yang diamanahkan kepadanya. Abil Fikri Ahmad, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu. Beliau menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, dan merasakan dalam situasi sepertinya, berada disisi isteri harus menjadi  menjadi keutamaan kepada beliau. Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. "Saya cuma melaksanakan tanggungjawab seorang suami, dan rasanya tidak layak saya mendapat perhatian dan pujian yang menggunung seperti ini" ujar Abil Fikri Ahmad.


dan aku....t
ak mampu untuk meneruskan lagi menaip.......
(4day left...to my ehem ehem awak jaga diri ok bila dah kerja nanti..kita sentiasa sayang awak!!)