memandangkan semalam aku lepas balek kerja dalam keadaan penat lesu bacin, tak hingat kebende, cerita asam pedas untuk dia kat TV3 pownn dah kelaut, aku boleh pulak bantai tertido lepas taw si emmok ada game malam tuhh..so sementara menunggu aku tidoo laa...lepas kawan aku balek dari sepital, aku kemas bilik dulu, aku xsuka tengok bende selerak, rambut bertaburan atas lantaii..sangat sangat rimas !! lepas selesai aku membersihkan diri biar segar bugar, then ngam ngam soiii si memok call suruh siap..so darah menggedik aku apa lagiii, laju laaa..plus perut ni dok mengidam lahh nak makan ikan bakar cicah air asam..perghhhh mabeles..
tapi kan
xdapatlah nak makan malam tuuhh..mana ada ikan bakar jual 1 2 pagi niii..
jadi lupakan ikan bakar air asam, moh lerrr makan apa je yang ada
port biasa yang kitorang pergi kalau bab2 makan ni mesti lah shah alam, sumpah weyhh banyak nau makanan area shah alam yang aku tak terjah lagii..
di pendekkan cerita, aku dan memok pergi makan dekat area stadium shah alam.
sape taw restoran hayaki yang acappella tu??
ha aku dan si memok pergi situ laaa...
mula mula tu, xbercadanglah nak makan kat hayaki, aku makan kat kedai berhadapan hayaki, tupai tupai tu..sebab aku tengok suasana dia macam romantik romantik, aman jeee dari hayaki yang ramai orang tu..tunggu punya tunggu punya tunggu waiter datang, eh boleh pulak dia cakap dah nak tutup..wadefakk weyhhh...tunggu lama macam meja kayu tu..
maaf lahh yerr..at least ko dah nampak orang datang, tuh terus lahh gi amek order, kowt yer pown kau sibuk sangat ngan tetamu lain, xsalah bagi order tak pown bagi taw awal awal kan. ni nak dekat setengah jam tunggu, dok angkat angkat tangan panggil waiter datang, tapi bad layanan yang dapat..yer yer aku paham korang penat, tapi custormer olwes right walaupun customer tu tak right mana pownn...cadangan aku, silalah letak cctv yang side hujung2 biar ko taw ada customer datang dan sedang menunggu xpown buat butang order setiap meja..ok?
so back to hayaki,
restoran dia ni memang banyak orang, aku pulak sukakan suasana yang damai tapi apakan daya, perut pown dah sepak terajang minta di isi, so lets go..
kalau korang g sini, korang boleh lah pilih nak makan luar or nak makan dalam, so aku dan memok pilih nak makan kat luar je..
layanan dia pown not bad, sekejap je dya datang bagi menu dan kertas berserta pensil untuk korang pilih menu apa..so dia tak payah tercegat macam patung cendana dengar korang bertelingkah nak makan apa minum apa..korang pown selesa kalau nak pilih menu nanti..
waktu memilih ni, bab makanan settle xde masalah
aku order nasi kukus ayam, dan si memok order nasi dagang
yang masalah bila nak order air.
aku terang terang aku nak pilih ais dan di bantah teruk dengan si memok. dah macam kat dewan persidangan umno je rasa..pungpangpungpang, aku mengalah dan order hot honey lemon manakala si memok order teh tarik..
makanan sampai pown xlama lepas aku order..berbaloi dengan perut yang xsempat diisi dari pagi..yelah sibuk kat tempat kerja sampai xmakan..so padahnya kebuluran sampai malam..hamek !!
makanan dia semua nya sedap..mungkin sebab lapar kowttt tapi jujur sejujurnya sedap, cuma pedas sikir je sambal ikan bilis dia..so aku suggestkan next time sambal dia mungkin boleh dikurangkan pedasnya atau di asingkan sahaja..
air dia pown sedap sampai si memok tu tambah lagi secawan teh tarik.
eh kisah sebenarnya, aku pergi tibai teh tarik dia dulu..kikiki..
dan total semua dalam RM 24.50 kalau tak silap lahh..
semua dibayar oleh memok, sebab aku xcocok duit..ni padahnya..
xpe next time aku belanja dia pulakk..mohon lah lepas ni aku lupa cocok duit bila kuar dengan memok, biar dya belanja aku hari hari..hihi
nak lagi info lebih mengenai restoran ni, boleh klik link http://www.hayaki.com.my/
TQ reading (>,^)v,
No comments:
Post a Comment