12 January 2015

tolong jangan comel sangat





tolong lah jangan comel sangat, tak menahan rasa gelora dihati nak memiliki awak.
tapi bukan sekarang. rasa macam comel pulak yang warna putih turqoise tuh..

banyak jam jam yang cantek di



TQ reading (>,^)v,

nisaRecipe : suhun sup



disebabkan hari ini merupakan hari pertama bebudak sekolah masuk ke sekolah, jadi emmandangkan mama tersangat busy menguruskan adik ke tiga dan ke empat, jadi dapur memang sejuk laa cito ea..dan memandangkan perut aku ni semakin mengada ngada minta di isi... jadi aku pergi ke dapur dan tinjau tinjau..harapan ada makanan tapi hampeh.. yang ada cuma lauk asam pedas semalam yang dah dipanaskan.

tidak lama kemudian, mama pown pulang dan mama cakap ' kak, tolong kopekkan bawang merah bawang putih dan kentang, kejap lagi mama nak masak suhun'

haaa...mesti korang taw suhun tu macam mana kan?? ke korang tak paham apa yang aku eja??

inilah ghupenye suhun tuhh

ok..lepas je aku buat seperti yang mama suruh (acah2 anak mithali..padahal kaki jawab ni)

lepas tu, entah tetiba hati ni terbuka nak masak bende nii..mama aku entah pergi mana tak taw
jadii moh lerr berpesta kau sensorang di dapur..yabedabeduuu

bahan bahan nak buat suhun 
(no refer mana2 web..main bantai hoiii)

1. sebiji bawang besar
2. 2 ulas bawang putih
3. 2 biji kentang bersaiz sederhana
4. 1 jug sederhana air
5. garam dan secukup rasa
6. segenggam ikan bilis yang dah di buang kepala
7. mestilah 1 paket suhun

cara cara

1. masukkan sedikit minyak kedalam periuk yang sederhana
(depends on berapa orang yang nak makan)
2. biarkan minyak tu panas, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.
kacau sehingga naik bau tapi jangan sampai hangit pulak
3. masukkan air mengikut citarasa korang. kalau nak banyak air, pown boleh,

eh2 sebelum terlupa, aku lupa nak bagi taw, suhun dan kentang perlu direndam dahulu taw..!!

4. masukkan kentang yang dah dibelah - belah, biarkan sehingga kentang tersebut empuk.
macam mana nak taw kentang korang dah cukup empuk? ambil garpu dan cucukkan dia.
5. lepastu masukkan ikan bilis bersama garam dan secukup rasa.
tunggu sampai air dah mendidih
6 .  akhir sekali masukkan suhun yang dah di rendam, kacau hingga sebati.
eh2 jangan lupa rasa sedap ke x taw...nak biarkan lama sedikit pown xpe, biar sampai suhun tersebut lembut. pastikan api korang dalam keadaan sederhana.

akhir sekali hidang



alhamdulillah berjaya..we did it..
we did it we did it hooreyy (lagu dora explorer)

duhai kekasih hati, anda tidak perlu lagi gusar memilih saya sebagai calon isteri, sebab saya akan jaga perut awak sebaik mungkin, biarlah perut awak mengalahkan perempuan mengandung, tak hapooo..asalkan awok tak kelaparan dan boleh lah berfutsal bersama perut yang memboyot awok tuhh..hikhik..tak sabar nak try next menu.. =)


p/s : badan mula rasa seram sejuk, jangan demam hoiii


TQ reading (>,^)v,

11 January 2015

7bulan 680 hari ^__^




yeahhhhhh 

pejam celik dah 7month 680 days 40800 minutes 2448000 seconds

taw x, apa perasaan kita??
mestilah happy
happy sangat sangat..walaupun selalu berperang
walau pown selalu berselisihan paham

tapi terima kasih awokkkk..
sayang sangat sangatttt !!!

ehh tapi kenapa ea??
kenapa dulu awok kurus sekarang awok gemok?

kenapa kita dulu kurus,

sekarang pown makin kurus??

kompiuss nii..kena amek ubat gemok niii






TQ reading (>,^)v,

Food Review : Hayaki shah alam



memandangkan semalam aku lepas balek kerja dalam keadaan penat lesu bacin, tak hingat kebende, cerita asam pedas untuk dia kat TV3 pownn dah kelaut, aku boleh pulak bantai tertido lepas taw si emmok ada game malam tuhh..so sementara menunggu aku tidoo laa...lepas kawan aku balek dari sepital, aku kemas bilik dulu, aku xsuka tengok bende selerak, rambut bertaburan atas lantaii..sangat sangat rimas !! lepas selesai aku membersihkan diri biar segar bugar, then ngam ngam soiii si  memok call suruh siap..so darah menggedik aku apa lagiii, laju laaa..plus perut ni dok mengidam lahh nak makan ikan bakar cicah air asam..perghhhh mabeles..

tapi kan

xdapatlah nak makan malam tuuhh..mana ada ikan bakar jual 1 2 pagi niii..
jadi lupakan ikan bakar air asam, moh lerrr makan apa je yang ada

port biasa yang kitorang pergi kalau bab2 makan ni mesti lah shah alam, sumpah weyhh banyak nau makanan area shah alam yang aku tak terjah lagii..
di pendekkan cerita, aku dan memok pergi makan dekat area stadium shah alam.

sape taw restoran hayaki yang acappella tu??
ha aku dan si memok pergi situ laaa...
mula mula tu, xbercadanglah nak makan kat hayaki, aku makan kat kedai berhadapan hayaki, tupai tupai tu..sebab aku tengok suasana  dia macam romantik romantik, aman jeee dari hayaki yang ramai orang tu..tunggu punya tunggu punya tunggu waiter datang, eh boleh pulak dia cakap dah nak tutup..wadefakk weyhhh...tunggu lama macam meja kayu tu..
maaf lahh yerr..at least ko dah nampak orang datang, tuh terus lahh gi amek order, kowt yer pown kau sibuk sangat ngan tetamu lain, xsalah bagi order tak pown bagi taw awal awal kan. ni nak dekat setengah jam tunggu, dok angkat angkat tangan panggil waiter datang, tapi bad layanan yang dapat..yer yer aku paham korang penat, tapi custormer olwes right walaupun customer tu tak right mana pownn...cadangan aku, silalah letak cctv yang side hujung2 biar ko taw ada customer datang dan sedang menunggu xpown buat butang order setiap meja..ok?

so back to hayaki,
restoran dia ni memang banyak orang, aku pulak sukakan suasana yang damai tapi apakan daya, perut pown dah sepak terajang minta di isi, so lets go..



kalau korang g sini, korang boleh lah pilih nak makan luar or nak makan dalam, so aku dan memok pilih nak makan kat luar je..

layanan dia pown not bad, sekejap je dya datang bagi menu dan kertas berserta pensil untuk korang pilih menu apa..so dia tak payah tercegat macam patung cendana dengar korang bertelingkah nak makan apa minum apa..korang pown selesa kalau nak pilih menu nanti..



waktu memilih ni, bab makanan settle xde masalah
aku order nasi kukus ayam, dan si memok order nasi dagang

yang masalah bila nak order air.
aku terang terang aku nak pilih ais dan di bantah teruk dengan si memok. dah macam kat dewan persidangan umno je rasa..pungpangpungpang, aku mengalah dan order hot honey lemon manakala si memok order teh tarik..

makanan sampai pown xlama lepas aku order..berbaloi dengan perut yang xsempat diisi dari pagi..yelah sibuk kat tempat kerja sampai xmakan..so padahnya kebuluran sampai malam..hamek !!

makanan dia semua nya sedap..mungkin sebab lapar kowttt tapi jujur sejujurnya sedap, cuma pedas sikir je sambal ikan bilis dia..so aku suggestkan next time sambal dia mungkin boleh dikurangkan pedasnya atau di asingkan sahaja..

air dia pown sedap sampai si memok tu tambah lagi secawan teh tarik.
eh kisah sebenarnya, aku pergi tibai teh tarik dia dulu..kikiki..

dan total semua dalam RM 24.50 kalau tak silap lahh..
semua dibayar oleh memok, sebab aku xcocok duit..ni padahnya..
xpe next time aku belanja dia pulakk..mohon lah lepas ni aku lupa cocok duit bila kuar dengan memok, biar dya belanja aku hari hari..hihi



nak lagi info lebih mengenai restoran ni, boleh klik link http://www.hayaki.com.my/




TQ reading (>,^)v,

Bebel : masalah oh masalah



Memang tahun baru ni kehidupan sangat sangat mencabar..aku sendiri tak tahu nak gambarkan..sampaikan aku terpaksa AL untuk bulan niii..huhu
masalah ni bukan berpunca dari aku tapi dari orang lain tapi semua sebab kau adalah tanggungjawab aku, so nak tak nak, sebab aku dah janji nak jaga sebaik mungkin, aku kenalah buat sperti apa yang janji kan...tapi ingatkan panas sampai ke petang, rupanya.....hadoiiii stress..
disebabkan stress aku melarikan diri mencari ketenangan...aku ni bukan boleh stress overdos, kang mulalah nak mengamuk sakan..erghhh emo je aku niii..
lepas dah selesai satu masalh, eh2 boleh pulak datang masalah baru..ini memang berkaitan dengan aku..sebabkan aku semua purak peranda..sebabkan aku semua kacau bilau..oh shit !!
terasa diri ni tersangat sangatlah bodoh untuk menguruskan sesuatu benda..

kisahnya kerana lately ni aku tersangat sangat busy di tempat kerja sampai email by email aku xsempat buka, bila email xbuka, xdapatlah baca, bila xdapat baca, so aku macam orang bodoh tak taw pape yang berlaku..bila macam tu, semua kelam kabut...maaf sangat sangat..

next time, aku harap perkara ni xberulang lagii..nisa, please jangan tutup periuk nasi sendiri...harap everything ok after this T__T

(sumpah weyhhh rasa nak menangis sangat..)

motip gambar?? yup kerja ni macam main game jugak (tapi aku bukan fanatic game), kenalah pandai mengatur strategi ye dok??pape pownnn aku akan cuba bertahan dan terus bertahan..for me, standard kalau masalah ni datang, kalau masalah xdatang aku akan kekal sama di tangga sendiri kan kan kan..so nisa NEVER GIVE UP !!


p/s : da 2hari hidung dok berdarah..apa kes 



TQ reading (>,^)v,