assalamualaikum
dia terpaksa melepaskan cintanya demi kebahagiaan orang lain..
senang untuk kita katakan bahawa,"lupakanlah dia","carilah cinta lain yang bahagia","masih ramai yang menanti kamu","tinggalkan dia,you have to start a new life.."
perkataan2 ni yang sering kite dengar apabila seseorang tu putus cinta..tapi tidak mungkin akan semudah itu cinta dalam hati boleh berlalu dah lenyap begitu sahaja...
ya..memang amat sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bahagia bersama..Untuk melupakan semua kenangan suka duka itu tidak mungkin tapi kitaharus tabah dan akur akan hakikat yang telah kita terima..
kadang2 berbicara tentang cinta memang mudah tetapi bagi mereka yang melalui saat getir ini amat susah untuk menghadapinya..
adakalanya..kite harus berhenti untuk mencintai seseorang..kita harus melepaskan seseorang yang kita cinta untuk orang lain..demi kebahagiaan orang lain..
ye,itulah cinta sejati apabila kita sanggup berkorban apa sahaja untuk lihat orang yang kita cinta bahagia walaupun disamping orang lain.
apabila wujudnya situasi sebegini,kita tak fikir lagi tentang kebahagiaan diri sendiri.sanggup menipu diri kita yang kita membenci cinta kita,walaupun betapa kuatnya cinta kita kepada dia..
tetapi..biarlah kesakitan tu hanya dirasai oleh kita sahaja..bukan orang yang kita cinta..
bukan bermaksud cinta itu kejam..tapi kita tahu dan yakin,insan yang kita sayang tu lebih bahagia bersama orang lain,masa depannya juga terjamin,dan dia perlu akur dengan pilihan keluarganya..jadi siapa kita untuk menghalangnya?kita hanyalah watak sampingan yang terus mengharapkan cinta itu mekar dan di balas dengan cinta jua..
tetapi sayangnya penantian tu hanya sia2 sahaja.usahlah kita terus menangis dan meratapi segala apa yang terjadi terhadap diri kita..
menyintai seseorang tak bermaksud akan memiliki dirinya..tetapi cinta yang ingin ku berikan disini.apabila kita terpaksa untuk melepaskan cinta kita,demi melihat kebahagiaan si dia...
Jalan terbaik tinggalkan si dia dengan ikhlas. Jika benar sudah termaktub di loh mahfuz bahawa jodohmu dengan si dia. Walau ke hujung dunia sekalipun, akan ketemu jua. Tapi kalau sudah bukan jodoh berdua, usaha sekeras mana pun takkkan berhasil.
Kerana kadang2 pabila kita terlampau mengejar bahagia yang tak mungkin kita gapai. Sehingga kita tak terlihat kebahagiaan yang sudah lama berada di depan mata..
tapi bagi sesetengah orang,sangat sukar untuk menerima cinta baru dalam dirinya..jadi,hanya air mata la peneman sejati,memendam rasa..betapa perit rasanya,,
Sesungguhnya tak perlu kita rasa menyesal atau terlalu bersedih di atas perpisahan yang berlaku. Kerana cinta yang sejati tak semestinya memiliki.Hanya melihat si dia yang pernah kita sayangi berbahagia juga mampu membuat kita gembira
*janganlah bersedih ketika kita kehilangan cinta tapi bersedihlah ketika kita kehilangan iman..itulah kita lebih mengutamakan cinta sesama manusia sedangkan bukan itu sebenarnya tujuan kita hidup..