11 May 2012

kebaikan dan balasan solat jumaat

assalamualaikum people...

aku just share dan tidak ada kaitan untuk mengaibkan orang terutama lelaki..sebab aku sendiri pown 99.9 peratus banyak kekurangan....teruk betul aku as a kalifah Allah = ="
tak pe abaikan...harini sebab aku rajin dan line internet pown tak macam siput babi soa ku buat kajian...(cettt pirahhh kajian laa sangat)...bukan nak show off aku ni muslimah sangat sebab solat aku sendiri pown tunggang langgang tapi sharing is caring...sebab aku tahu kita sekrang berada pada tahap paling kritikal iaitu umat akhir zaman...ok lahh banyak sangat intro aku..so jom baca info yang aku cari kat dato' google..
#sebab aku malas nak taip panjang bebeno..aku just copy n paste



Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat JumaatSolat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
musibah

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: “Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Muslim)

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim (apabila memenuhi segala syarat-syaratnya). Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain daripada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah SWT, ia juga merupakan satu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

renungkanlah wahai islamic people....

" Ya Allah,engkaulah Tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadrat Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan ke arah memperkukuhkan negara umat islam. Justeru kami pohon kehadrat Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. aminnn "

you are such OUR "bidadari"

assalamualaikum people....

korang sayang mak korangkan...and opkos laaa...mana ada anak yang tak sayang kan mak nye..kan kan kan...tapi alu sedih bila baca berita sekrang remaja kita dia menzalimi mak dia bapak dia....whats going on people...please don be "anak derhaka"...please think the akhirat kelak.....how could you..
ok lets think together

kita dan semua people kat malaysia ni kat dunia ni dilahirkan dengan satu anugerah yang telah Allah S.W.T berikan, anugerah yang khas kepada semua hambanya, anugerah yang sangat bermakna....
SIAPA KITA??
SIAPA TUHAN KITA??
APA AGAMA KITA??
DIMANA ARAHNYA KITA??
DIMANA SALAH DAN BETUL KITA???

siapa dia yang kita maksudkan itu...
yeahhh correctly..its our "bidadari"
bidadari itulah yang di tugaskan kepada kita untuk menjaga kita, susah kita, sakit kita..dia yang banyak melimpahkan segala kasih sayang dia kepada kita, dia juga yang banyak membazirkan masanya bersama kita, 
did you want to know, who's my bidadari..lets me show 

yeahhh its my mom...

dialah segalanya..
dialah yang usung kita selama 9 bulan 10 hari,
di lagukan kita ayat ayat suci,
sentiasa menasihatkan kita menjadi anak yang soleh dan solehah,
dia merupakan seorang bidadari yang suci 
melahirkan kita sebagai satu perjuangan 
perjuangan yang melibatkan antara nyawa,
sanggup berkorban antara hidup dan mati,
kasih sayangnya melimpah ruah
dialah segalanya,
dialah teman yang terbaik,
dialah tempat kita mengadu,
dan dialah tempat kita bermanja...
so people....please renungkan....

ATTENTION to mama,
"selamat hari ibu, dedicated to you my only mom..kakak love you deep deeper deepest..thanks for being me here for me..thanks for giving birth of me..thanks for growing up me..thanks for caring me...i dont know how to explain..but i can't mention how much thankful of mine to you mom, all can i say i proud of you..i proud have mama like you..thanks God because give me something special...

10 May 2012

my FAV belog...i'm ur stalker


assalamualaikum people

aku nak buat pengakuan yang paling jujur giler ni...
korang mesti ada blog yang menjadi fav kan kan kan...??
ala...nak malu wat pe...bukan dia taw pown ko stalker dia ke tak...why not kita share share each other..
wah nisaaa..speaking ko sekarang..
mungkin sisa sisa baki semalam...nak tahu kenapa dengan semalam??? nanti aku story kat kau..

ok blog yang menjadi fav aku ialah


   :) maria elena
       ^^ dr HALINA

why i choose them??
because..blog mereka mempunyai pelbagai ilmu and story yang for me its interesting..seriously..!!
kalau korang tak percaya korang pergilah kat blog yang aku target kan tuuu..

tapi kalau korang perasan lah kan..kebanyakan blog yang aku suka semua in inglish kan???
sebab nya i want repair my language (boleh ke kata repair??)..watever Silly
tapi betul lah...aku bangga giler dengan dorang..respect impak maksima yauwww..
lagi satu dorang banyak mengekalkan mengenai islamic..wauuwww..!!! amazing..!!
so aku banyak baca tentang islam dan keindahan islam dari mereka...walau pun ada jugak baca dari sumber lain..

why i choose maria elena???
sebab kawan aku suruh aku tengok you tube dia yang superb dan gilee..so no wonder lah nama blog dia pelik..sebab dia memang pelik..tapi dia cantik...
lagi satu dia keje sebagai engineer..so aku yang BAKAL engineer wants to be like her Approve...insyaAllah kalau aku belajar rajin rajin...heheh.. # jangan nak over berangan lah nisa oiii

second yang menjadi pilihan blog aku..
blog ni selalu lah jugak aku stalker sebab..entahlah..maybe aku nak kenal lebih rapat who's wife kepada angkasawan yang hensem meletup kowtt..sape lagi kalau bukan dr halina...
and now mereka dah jadi mommy and daddy kepada little cute bella...
dan kat blog ni banyak lah kisah dan tips dari seorang doktor..sorry aku bukan nak jadi doktor..lagi pown aku spesis yang takut kepada darah dan jarumConfused...

third pulak aku baru je start stalker dia...
dulu aku tak kenal sape dia..lepas blog ni naik je dekat facebook pasal dia dan ally iskandar..so aku dah start meng usha...
gilerrr laaahhh...dia menceritakan tentang kisah beliau yang sedang belajar dekat KOREA...
whats KOREA..south korea...eh itu tempat paling aku nak sangat pergi..tapi masih tak berpeluang.. #sindromjelesmelampau..
setelah di stalker...dia merupakan pelajar jurusan mechanical engineering..tetiba sama pulak dengan aku..cuma aku bahagian pertanian...gilaaa kau.. aku bangga kowt dengan dia..sebab dia seorang yang pandai..kalau tak pandai, takkan dia boleh sambung belajar dekat korea..betul tak??
beruntung ally iskandar....

keEMPAT pulak...

aku suka jelajah blog aico yang berada dibwah naungan my abang long ADAM
kat blog dia banyak lah maklumat yang senang aku dapat hehehhe...

ok sekarang aku nak blah...nanti nanti lah  aku cerita pasal hal semalam..di mana aku dan tempat belajar memandu...whats going happen... tetiba malu Embarrassedpulak kalau nak dipikirkan semula ...ahaks..

wish me luck for this saturday k...ujian komputer 
bye peoplehttp://images.zaazu.com/img/praying-animated-animation-praying-smiley-emoticon-000338-large.gif

padan muka

assalamualaikum people...

wahhh...seronok betol kau nisa duduk kat rumah je...
eh mestilahhh...sapa yang tak suka duduk rumah..
dan aku nak berterima kasih kepada politeknik sebab bagi cuti yang sangat panjang 2 bulan tu..
jadi dua bulan ni mak aku kena lah hadap muka aku yang comel lagi menyampah ni... (stetment bingai)
seronok betol aku duduk rumah walau pun aku tak online..
sebab aku nak mengajar diri aku supaya jangan nak hadap laptop sangat... (hasilnya....bolehlahh)

sepanjang aku duduk rumah ni..tak lain tak bukan asyik hadap cerita korea je....
nasiblah kan..sapa suruh 8tv keluarkan cerita korea dengan menawarkan jejaka jejaka hensem dekat tv tuh..aku memang pantang..hehehhe

jadi padan kua dekat semua orang dalam umah ni sebab aku dah balek jadi tv pebret aku yang selalu aku akan buka selain tv3 adalah 8 tv..so no kartun kartun...HAHAHHA
ok sekarang aktiviti utama yang sedang aku lakukan ialah membaca buku lesen memandu...
nasib aku ni jenis senang menghafal sikit..jadi jawapan dan soalan memandu..insyaAllah aku akan usaha untuk lulus...so people please pray for me...

5 May 2012

L.E.A.R.N

assalamualaikum people...

suka betul aku gelarkan korang people...tak pelahhh abaikan

kepada ehem ehem
i try learn how to do something special...
walaupun tak amek bidang tu...tapi i learn
alhamdulillah taklah susah mana...
akhirnya siap jugak
rasa macam nak tukar bidang pulak..
dari kos engineering ke komputer...
dulu teringin nak belajar edit2..tapi abaikan....
my future is number one =)

why??

assalamualaikum people

Why do I text you? It’s my choice. It’s my way of saying I remember you. Why do I remember you? It’s my choice. It proves that I care. Why do I care? I don’t know. It’s not my choice but my heart’s

when u love someone don’t make them feel easy with u
make them feel appreciate with u
make them feel u are only one in the world that their love
don’t love someone much n much
that will maybe hurting u
so be careful guys
just make your relationship 
go on
with laughing
happy
sharing
caring
comfortable with u
and make sure “be nice”
because why?
wherever they go they will remember u
trust me.


p/s : sumber dari............

history of this month...

assalamualaikum people =)

wahh..banyak aku nak merepek pada kali ni...alhamdulillah my final exam in done..so far the soalan boleh jawab...terima kasih kepada "cikgu" free yang tak pernah kenal erti penat....even aku tak pandai at least i try my best hope "OUR" result is okay..amiiinnnn....

aku da selamat sampai dekat rumah...credit thanks to mama dan babah kerana sudi menghabiskan masa mengambil aku dekat kelantan..its a long time to sampai dekat kelantan..sakit punggung woiii lepak2 dalam kereta...aku rasa terharu gilerrrrrrrrr..sampai dekat rumah dah petang..eddy (my adek sedara) ajak main badminton..perghhh urat aku tergeliat jugak la kan..but its so k dah lama tak luangkan masa kan...enjoy =)

bulan 5 i think this is special sikit..sebab my dato' R punya birthday kan...sorry dia belum jadi hak aku sepenuhnya...so aku dah plan nak buat something special..yelaaa our relation dah dekat 5 tahun (alhamdulillah) so saje nak buat lain dari yang lain..so aku cari idea...kau nak taw x, idea tu datang time aku tengah pulun otak in final exam...gila dowwww.. alhamdulillah the "suprise" be done today =)
sekarang untuk publish je...tapi bukan sekarang..bila tiba masanya aku akan tunjukkan kat korang..agak agak dia terharu tak?????