25 March 2012

adatlah kan pasang surut

assalamualaikum people hawa dan adam

kepada kau orang yang tengah ber kapel macam aku yang sedang berperang dengan perasaan..haisyhhh mana nak tertanggung dengan final nak dekat, dengan si DATO' tu buat perangai...rasa macam nak menangis pown ada jugak..nak luah kat kengkawan, "MEREKA PAHAM KE??" itu yang menjadi tanda tanya.. kawan memang ramai, tapi kawan yang betul betul boleh dengar luahan kita?? hemm lupakan...di sebabkan aku duduk jauh dan nak telefon mama kerana hal remeh temeh..."come on nisa, kau da besar jangan bergantung semua nya pada parents..just solve this situation yourself...you can do it !!"

by the way, adatlah kan kalau yang tengah berkapel tu pasang surut..kata orang bagai tidak cukup garam jika sesuatu hubungan itu tidak di penuhi warna dalam melayari kehidupan percintaan..jadi cik nisa please be matured !
tidak kira banyak atau sikit, setiap pasangan mesti ada perasaan marah, benci, sakit hati gara gara si dia tak nak mengikut kemahuan kita..

tapi itulah basic asam garam kehidupan.. kalau aku marah, benci dan sakit hati macam mana pown rasa sayang itu tetap ada.. yang aku nak bagi taw kat korang sekarang ialah aku perasaan aku da macam dekat i.c.u my heart is hurt you know !!!

seriusly kekadang aku terfikir nak jadi seperti dandelion..whats that?? dandelion adalah sejenis bunga yang lebut dan mudah terbang. sama lah macam aku yang mudah touching.. tapi aku berharap agar aku adalah dandelion yang mampu tumbuh dan berkembang sekembang kembangnya dan mampu memberikan kehidupan yang baru kepada dandelion yang terbang di tempat yang lain..tetiba teringat kata kata cikgu ><"


aku malas nak tunjuk dandelion tu hape..kau serach sendiri..!!


new by KRU 
so touching this song

yang pasti my feel is empty..bye

24 March 2012

FINAL nak dekat..aku makin malas

assalamualaikum people vog vedevas....

ari ni aku terlampau free until noon nanti kerana lecterer malas nak mengajar..dia cakap "saya bosan ajar korang semua" ececeh... sebenarnya kelas aku tak de kerana lecterer busy menguruskan hari konvo...
dan aku BAKAL dapat sijil diploma..pray for me ok ><
 fuyoooo.... lama jugeks aku tidak menaip blog. selalu menaip komen dekat fB je..*padahal baru kemarin kau taip cik nisa oii..
ok now 'MEMANG PEOPLE YANG NAK FINAL KENA deactive FB YER??TAK BOLEH TENGOK FB HARI HARI??? '

hehhehe..itu semua keselesaan anda..tepuk dada tanya selera *aku tak tepuk dada aku tepukperut yang sedang menendang minta di isi..hehhe
kalau aku xde maknanya semua ni nak DEACTIVE bagai..kang aku active balik FB..Gampang !
tengok jugak disiplin diri tu macam mana..kalau hangat hangat tahi ayam baik kau lupakan je..kalau aku memang tak berdisiplin sikit tapiii... *eh jap kiranya aku ni dalam golongan ayam ayam laa erkk =="
wat derr **** hape yang kau sedang bicarakan ini..haisyyhh 

QUIZ . TEST . ASSIGNMENT . FINAL EXAM

cik ANISA please behave dan jangan banyak main sangat...fokes ! fokes !
GOOD LUCK..!!!!


p/s wahai encik jerawat..suka hengkau je nak menjalar atas muka aku..siap kau nanti !!!

23 March 2012

i'm 20 years NOW..!!


hai hai gudmorning to all the people ><
aku just nak bagi taw bahawa anak dara kepada pasangan dato' ishamudin dan datins Rahimah sudah berusia 20 tahun...is it owsem kan..ahak ahak..
*jangan salah sangka i BUKANS anak dato' atau datin..propa semata mata..

macam macam yang berlaku sempena 23 MARCH semalam
by the way ia nya adalah kenangan

thank you people peolpe sekalian yang wish my birthday 
you are awesome >3<

grasias people..
*wahh kecek mexico puleks aku ini..ahak ahak

and NOW sampai 22 march 2013 aku sudah 20 tahun dan kini aku sudah bebas BEBAS bebas BEBAS
*berdenun pulak blog ini..

yang paling aku tak sangka bila ada some one special (my bro yang totally awesome) wish kat aku..



LOOK..!!!!! aku sangat sangat sangat terharu...
tq bro... love u laaaa

tapi semua wish yang di hantar melalui pesanan ringkas @ SMS pown aku terharu dan sangat terharu 
paling special ialah ucapan from my real original mommy and daddy
sangat terharu sehingga mengalir air mata..
kredit a big THANKS to mama dan babah
dan kepada hincik teman lelaki atau boyfie
thank you

dan the last part thanks kepada kengkawan yang wish kat pesebuk
i love you 

thank you thank you dan thank you
awak awak awak semua memang awesome




p/s : thank you kepada hencik maxis kerana sudi memberikan call free..yes dapatlah call memeber sekolah yang lama...hari yang awesome ><




21 March 2012

andai sang LELAKI tahu

 Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


 Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



 Andainya lelaki ...tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



 Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



 Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


 Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


 Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


 Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah anda akan bersama semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Tapi jika dia benar2 pergi meninggalkan anda, bukan bermakna dia sudah tidak menyayangi anda tetapi kerana dia benar2 kecewa dengan sikap anda. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia masih mengharapkan anda berubah dan kembali kepadanya.



 Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.



 Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.  

 

the L.o.V.E



Ya Allah, Pemilik segala rasa..aku tidak tahu siapa dia yang Engkau telah gariskan untukku tetapi aku YAKIN dialah yang TERBAIK untukku, yang mampu menjadi IMAM untuk keluargaku..peliharalah KESIHATAN untuknya agar dirinya mampu menjagaku dengan sebaiknya nanti, lindungilah KESELAMATANNYA di mana saja dia berada..bantulah di saat dia didalam kesulitan dan kepayahan, TABAHKANLAH hatinya dengan dugaan dunia, GEMBIRAKAN hatinya di saat dia kesedihan, hiburkan dirinya di saat dia dalam kedukaan..berilah dia ILMUMU supaya dia boleh mendidik dan mengajariku nanti..berilah dia REZEKIMU, supaya dia boleh MENAFKAHI keluarganya nanti..dekatkan dia denganMu ya Allah..JAGALAH dia untukku, dan jika sudah tiba waktunya maka perkenankanku untuk "bertemu" dengannya..aku berdoa untuknya ya Allah..aku rindu ‘ADAM' itu

 suka lelaki pakai yang baju melayu..seriusly !

19 March 2012

nak adam yang hensem


haiiiii semua people2 sekalian...

sebelum tu nak mention lagi a few days i'm 20 YEARS ...

ok perhatian perhatian...

setelah baca beberapa novel keluaran macam macam syarikat
ALAF 21, jejari seni, kaki novel dan macam2 laaa

and terbaru baru je menghabiskan masa membaca novel ROS BIRU UNTUK DIA
dan why ros biru??
itu kau kena tanya pada penulis dia laaa
susah jugak aku nak mencari novel ni kau taw..
kat kelantan takde pownn novel tajuk ni
bila balek selangor PAPP..!! ada..
senyum 360 darjah aku..hehhe
                    mama da bising..
"kenapa kakak tak beli aje buku engineering ke thermodynamic ke..apsal novel?"
*segmen tahan telinga
why aku nak sangat dapatkan novel ini??
pertamanya sebab penulisnya adalah mommy pija.
kedua sebab ada nama adam
ketiga sebab aku suka nama adam..


tapi bila one day ni aku terbuka fB..
ad pulak teaser dari penulis ni mengenai cerita tu..

alahaiiiii..why ADAM ZAFRAN tak hensem =="
uhukuhukuhuk

tapi walau bagaimana pown this novel awesome
sebab mommy pija is awesome 


Tanpa rela, Lyanna menjadi isteri Fakhrul. Daripada benci, Fakhrul jatuh cinta pada Lyanna. Demi cinta, Adam pasrah melepaskan Lyanna. Akan adakah bahagia untuk mereka bertiga? 
Eh, ingat aku nak kahwin dengan kau? Aku nak kahwin dengan orang lain tau! Bukan kau. Perasan. Macam kau kacak sangat. ~ Lyanna

Suami? Ya, dia isteri aku. Tapi, sayang. Aku tak pandai menghargai. Aku buta. Sekarang baru aku nampak. Aku tak nak sia-siakan dia lagi. ~ Fakhrul

Adam tak nak tahu kenapa Lyanna berkahwin dengan orang lain. Yang Adam nak cuma Lyanna hidup bahagia. Adam tahu lelaki cacat macam Adam tak mampu nak berikan apa-apa. ~ Adam

Kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh direncana. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang kurang sifat penyayang, supaya kita sedar cinta hakiki hanya daripada Allah. Kadang-kadang Allah pisahkan kita dengan orang yang kita sayang, supaya kita belajar erti menghargai. Kadang-kadang Allah ambil apa yang kita sayang, supaya kita mengerti kepada-Nya kita akan kembali.
nak tahu ke apa ending part cerita yang awesome ni???
 tunggu apa lagi pergilah beliiiii....

 berbaloi =)

9 March 2012

wish list before 20 years


hai semua apa khabar???
harap geng blogger semua sehat walafiat..maaf agak lama aku menyepikan diri..
ini kerana di sebabkan tanggungjawab aku sebagai student yang penuh dengan pelbagai aktiviti... (padahal takdelah sebok mana pown...alasan sebenar ialah aku M.A.L.A.S) yes correctly...!!

so ari ni aku rajin sikit lah nak update blog yang tak voge ve de vas ni..
korang semua mesti ada wish list kan??
TAK ADA ek?? TAK ADA tak apa..
sebab aku ada...

aku banyak berangan kalau boleh tahun ni aku nak jumpa adam (my spirit) dan juga ahli kumpulan v.i.p
dan doa aku dah di makbulkan =)
walau pun bukan jumpa pada tarikh lahir aku yang sebenar..
tapi sebenarnya aku selalu berangan tinggi supaya adam buat satu video dan nyanyikan lagu besday..
"haisyyhh syok wooo ==") tapi hentikan lah impian kosong tu..

p/s : aku dah jatuh cinta pada lelaki korea yang bernama LEE JUN KI

ke aii (comel)

ok bye...nonsense !