19 February 2012

tidak kecewa walaupun 50 calon saja hadir ><"

assalamualaikum semua..
seperti yang sedia maklum aku adalah fans paling tegar kepada MOHD AIZAM BIN MATSAMAN

dan seperti yang sudah di gembar gemburkan bahawa beliau akan menjadi "sifu" dalam MENTOR musim ke enam...
dan hari ini aku ada terbaca satu artikel yang di petik dari BERITA HARIAN..yang bertajuk
                           tidak kecewa walaupun 50 calon saja hadir
"
Sementara itu, Adam mengaku tidak terkilan walaupun hanya 50 calon hadir ke uji bakat bersamanya, semalam. Dia lebih kecewa jika peserta yang hadir tidak melakukan persediaan rapi.
Tegasnya, kuantiti tidak membayanhkan kualiti memandangkan pada akhirnya hanya seorang peserta yang boleh di bimbing dalam pertandingan realiti itu untuk bergelar penghibur.
“saya sudah nampak beberapa calon yang menyerlah dan menepati syarat yang saya inginkan iaitu penyayi pop dansa yang bagus. Soal ramai atau tidak, saya tidak kisah jika yang muncul benar- benar bersedia”
“mungkin sejak awal-awal  saya tegaskan hanya ingin cari protege yang boleh menari dan menyanyi ke sesi uji bakat ini, jadi tidak ramai berani mencuba nasib. Apa pun agak kecewa juga apabila seorang dua yang tidak serius..” katanya selepas sedi uji bakat di Sri Pentas.
Bebrbeza dengan sesi uji bakat mentor lain, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Ferhad dan Ella yang rata- rata mencecah antara 300 hingga 500 peserta sejak pendaftaran dibuka jam 11 pagi, hanya 50 calon yang sahut cabaran mentor termuda itu.
Mengutamakan CALON LELAKI, namun penyanyi berumur 28 tahun ini agak terkejut apabila masih ramai bakat muda wanita yang sedia mendapat bimbingannya, malah ada seorang calon yang menonjol sebaik berada di depannya.
“seperti yang saya jelaskan dari awal, tidak ramai penyanyi lelaki yang boleh menari dan menyanyi.  Cuma dalam sesi uji bakat ini saya tidak membataskan sama ada lelaki atau wanita. Jika calon wanita yang hadir punya faktor X, dia tetap akan menjadi pilihan.
“paling utama, ialah DISIPLIN, kerana sebagus mana vokal dan skil tarian, jika tiada disiplin kita tidak akan kemana. Apatah lagi untuk pertandingan ini, masa yang di beri cukup suntuk. Kita sekadar menggilap untuk membolehkan protege kita terus menyinar” kata pemilik nama MOHD AIZAM BIN MATSAMAN. "
tunjuk ajarku sifu ><"

sekian

No comments: