14 April 2013

CHARLIE

assalamualaikum people

aku cuma nak ucapkan terima kasih kepada kawan kawan aku kat sini..terutama Ain Jalil dan beloved roomate...mereka banyak membebel dekat aku sebab aku degil sangat taknak dengar cakap mereka..tapi aku tahu, dorang bebel macam mak nenek tanpa henti, sebab mereka sayangkan aku...giler terharu dengan perhatian mereka..
minggu lepas merupakan hai yang sangat sangat busy..mana nak kejar assignment...mana nak kejar kelas malam...mana nak kejar itu ini...wow !!! so packed..!! but Alhamdulillah everything done smoothly..biasalah tu hidup sebagai student..kejayaan takkan datang bergoleh kalau tiada usaha..masalahnya aku usaha ke?? hahahha..usaha paras hidung je...nisa nisa

ok baru baru ni kan, aku kena gigit dengan 'charlie'...tak tahu nate gapo tu??

source : google

binatang ni kecil tapi berbisa...sangat sangat berbisa..jadi AMARAN kalau anda jumpa binatang ni..tolong jangan sentuh..!! sebab nanti akan jadi macam ni
(maaf kalau korang geli..just nak share maklumat)

ni bahagian depan 

ni bahagian belakang

dekat tangan

dekat tangan



aku mesej mama dan buatlah aduan rakyat dekat mama... (dasar anak omak)
dan tak sangka mama dan babah risau kat aku..hikhikhik
mama siap kol..dan suruh buat itulah inilah...mandi air panas lah..blahblahblah
babah pulak pesan suruh sapu ubat dan jumpa doktor..blahblahblah
adek aku pulak gelak gelak....
owhhh ko suka yer..... takpe2....
dan lepas jumpa doktor dalam poli ni
dia kasi laa ubat sapu antifungal dan ubat makan...
alhamdulillah effect kurang...
opsss sebelum terlupa thanks dekat mashmallow and the geng sebab bawak aku mandi manda dekat Tok Bali =)
dan sekarang aku dapat bernafas dengan lega sebab everything back to normal..dan sakit tu makin berkurangan..lepas ni kena cari bio oil pulakkk...

so nak pesan dekat adik adik kakak kakak abang abang makcikpakcik tok nek tok nek..
sebelum nak tidur sila kibas kibas tempat tidur anda dahulu..jangan main balun je nak baring...dan jangan lupa baca doa sebelum tidur...



Sekiranya kita diuji dengan penyakit maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk kita sedangkan kita tidak mengetahui hikmah Allah berikan penyakit itu pada diri kita. Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah s.w.t. 

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qadha’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.

p/s : lagi beberapa hari nak FINAL EXAM....goodluck student PKB ^__^






4 comments:

Unknown said...

eeii mesti sakitkan ..

Razil Tahir said...

dulu banyak kat dorm, tapi alhamdulillah tak pernah kena gigit.
kawan pernah kena.
kat muka plak tue... huuuuu...

Munirah Rafiuddin said...

time blaja kat UiTM dl banyak r binatang kecik ni...sblm kul 7 ktorg dah start tutup tgkp nk elak binatang ni masuk blk...bahaya ooo...

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

fatin hazirah said...

kat matrik pun ada . charlie nii revenge pulak tuhh . adoii