assalamualaikum people
hari ni buat pertama kalinya guwa keluarkan cerita mengenai bola..
"sori bro, guwa bukan peminat tegar bola..tapi aku penyokong tegar pemain negeri sembilan..
hobin jang hobin"
hobin jang hobin"
da gasak..guwa merepek kembali...
kembali kepada topik asal...
walaupun guwa bukan peminat bola
dan tak pernah pergi tengok bola secara real di stadium
tapi sebagai PEREMPUAN eh GADIS (nampak aku ni sopan sikit)
guwa amik jugak perkembangan pasal bola bola bagai ni...
tadi sempat lah blogwalking dua tiga das kast blog orang..
and ada blog hangat ni mengeluarkan status mengatakan pasal SELANGOR menumpaskan SINGAPURA
"time ni dah terbayang bayangkan muka mama kat rumah..dengan sorakan beliau..hikhik"
(mak guwa kaki bola untuk pengetahuan korang lahhh)
ok the NEWS
"THE Red Giants berjaya mengakhiri penantian tiga tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11 apabila mudah menewaskan pilihan Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Selangor berjaya merampas kembali piala kebanggaan itu setelah tiga tahun berturut-turut Singapura memenanginya.
Beraksi di hadapan lebih 65, 000 penonton di gelanggang sendiri, Selangor memulakan perlawanan dengan agresif dan melancarkan serangan ke kubu Singapura.
Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada minit ke-4 menerusi percubaan Safee Sali. Bagaimanapun sepakannya tersasar.
Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi hampir mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol.
Tersentak dengan serangan daripada tuan rumah, pasukan pelawat mengatur strategik akhirnya percaturan yang dilakukan berhasil apabila Aleksandar Duric menjaringkan gol pada minit ke-23.
Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.
Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri Yahya di kotak penalti terhukum apabila pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32.
Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun.
Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi gawang lawan pada minit ke-54.
Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus menutup tirai perlawanan dengan 3-1."
so mama pesanan kakak "sila terima dengan pasrah atas kekalahan negara u ok" versi gelak jahat
priview kenangan time sekolah menengah :
guwa selalu dan rasanya setiap hari akan turun kepadang sambil membawa botol kosong untuk beri sokongan padu dan jitu kepada kengkawan guwa (budak budak kelas KL) masa diorang tengah main...sebab dulu budak budak kelas guwa paling aktif bersama budak budak mekanikal...(sambil tu cuci matalah tengok hero hero mekanikal)..yang bes bagi sokongan kat dorang ketuk ketuk botol sambil jerit jerit ...sampai nak hilang jugak anak tekak kan...anyway its fun..balek dorm nak dekat maghrib..pastu serong taknak pergi surau untuk sembahyang jemaah (peraturan WAJIB yang aku suka langgar)..
kat sini guwa nak imbas kembali ke zaman era guwa comel paling comel (perasan giler kauu !)
tersepit kat tengah tengah antara mereka..
memang bes..guwa budak BOMBA yang nak kasi penumbuk tu
gaya guwa dan ustaz jang
(ustaz yang selalu azankan solat waktu subuh..syahdu jer dengar)
aksi sepontan
separuh sekolah guwa
guwa dekat bangunan U.F.O (bilik pengetua)
lambang sekolah guwa
(sekolah menengah tentera darat laut malaysia) hokeyyyy
the baju batik
serong perhimpunan bersama pengawas
dekat ladang sentiasa bersama
the girls yauw
ni hari minggu
lepak lepak with keena's family
perpisahan with cikgu praktikal
???
WEeeeee
pembuli kambing yang tegar..
see ! the kejam face's
kelas kitorang cantik sebab kitorang hias sendiri..
pokadot pokadot kauu
ni taiko protect guwa dan anak anak buah beliau
jangan terkejut kalau kelas guwa ramai lelaki..
memang ramai hero..
*guwa sayang mereka..guwa priview gambar gambar ni sebab RINDU wooo..