assalamualaikum people dan salam Ramadhan..
semoga ramadhan kali ni akan ada sedikit perubahan dalam diri dan yang pasti akan semakin dekat dengan Allah S.W.T insyaAllah... hemmm rasa rindu nak hapdet belog kian membuak buak seperti sup yang tengah hangat dipanaskan...Alhamdulillah aku masih dapat menikmati bulan Ramadhan...walau pun tahun ni aku tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga tercinta, tetapi aku rasa sangat sangat bersyukur dan bertuah kerana mama dan babah tidak lupa hantar mesej ucapan puasa... =)
seperti korang tahu, hati aku ni sekarang tengah bunga bunga...kalah bunga dekat kedai bunga or taman bunga...kembang bunga dalam hati aku ni macam bunga rafflesia yang kembang besar.....Alhamdulillah Allah memberi seseorang yang amat bermakna..dia tak hensem, dia tak comel, dia tak kaya, dia tak baik sangat dan dia.... (banyak aku nak burukkan dia kan)...tapi sebenarnya dia lah insan yang sentiasa bersama dengan aku, dialah yang sentiasa menasihatkan aku tentang agama dia la yang sentiasa sabar dengan kerenah aku, paling penting, dia lah yang banyak mengingatkan aku tentang solat...
contonhya " jangan lupa mandi and jangan lambatkan solat"
kenapa perlu mandi?? yelaa..kan kita nak jumpa Allah, nak jumpa Allah kenalah dalam keadaan yang bersih, bukan nak jumpa pakwe je yang kena bersih, wangi dan dandan cantik2 mekap 5 inci...
(adakah ni ayat untuk orang yang baru merasai kemanisan bercinta??)
dan sekarang ni aku dah rajin solat..bukan bermaksud dulu tak solat..aku solat jugak tapi tak lah sepenuh 5 waktu..kadang kadang ada jugak terMISS waktu solat....dan sekarang aku makin suka mengaji selepas solat...alhamdulillah...rupanya seronok mengaji ni...kekadang rasa menyesal pulak dalam diri ni sebab aku selalu leka dengan membaca majalah dan novel...tapi itulah lumrah kehidupan yang sentiasa alpa dengan dunia...
ya Allah jika dia lah ADAM yang mempunyai DNA tulang rusuk yang sama dengan aku, satukanlah kami..dekatkan kami dan jauhkan kami dari melakukan perkara yang mungkar...aminnn
1 comment:
alhamdulillah teruskan usahamu.. =) salam ramadhan
Post a Comment