ASSALAMUALAIKUM PEOPLE
semalaman aku tidur dengan air mata menitis keluar...haisyyhhhh...jiwa keperempuanan pulak malam semalam..hari ni bangun pagi lemah longlai...nisa nisa..
semalam aku menangis sebab tiba tiba aku teringatkan apa yang aku lihat di pasar malam semalam...aku memerhatikan keadaan sekeliling yang bising dan riuh rendah..memang seronok sebab kita dapat usha pelbagai orang dan juga makanan..YES MAKANAN !!
tapi bukan hal makanan yang aku nak sentuh tapi aku nak sentuh pasal perbezaan...antara bayi A dan bayi B...
bayi A adalah bayi yang menemani ibunya meminta sedekah dan bayi B adalah bayi yang sangat bertuah dalam pelukan seorang ibu menemani membeli belah...
can you imagine? bila aku tengah jalan jalan then aku perhatikan kole (cawan besar) diatas jalan tar dan sang ibu sibuk memberikan anaknya susu botol dan si anak merengek rengek..dalam kepala aku berkata kata, kalau lah aku bayi itu sure aku akan bertindak seperti dia atau lagi ganas..yelahh duduk ditengah jalan dengan orang lalu lalang tambahan lagi dalam keadaan cuaca yang sangat panas..mesti tak selesa..ya Allah kesiannya..lagi satu aku melihat sang ibu, tiada kaki sebelah, lagi lah hati ni di pukul kuat...tapi apakan daya aku..aku sendiri tidak dapat membantu..
tapi aku respect pada sang ibu, dia sanggup menahan malu dengan meminta sedekah..dengan keadaan fizikalnya kurang...dan aku dapat merasai kepayahan ibu itu..adakah itu pengorbanan seorang ibu?? haii anak kepada ibu tersebut, harap awak tidak menyusahkan ibu awak yerr...dan bila awak dah besar, jadilah orang berguna supaya awak dapat membantu ibu awak...kini baru aku tahu, bahawa kalau aku susah, ada lagi orang yang lagi susah dari aku...harap kejadian yang aku lihat dapat menginsafkan aku..
dan bayi B, adik awak patot bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang selesa tidak seperti bayi A, baby baby lagi sudah kena mencari duit...