SELAMAT HARI RAYA untuk semua warga blogger serta keturunannya..
raya kali ni aku sambut dengan kadar sederhana...
dan untuk pengetahuan korang tadi aku cuba untuk merubah imej sendiri dengan memakai baju kurung serta tudung..cuma gaya tudung kali ini tak selempang seperti selalu..aku cuba untuk melabuhkan sedikit..niat hati untuk berubah menggayakan imej tudung labuh dah ada dalam diri tapi berlum terlaksana sepenuhnya..mungkin takut akan kata kata orang sekeliling..selain tu aku cuba menggayakan sarung tangan..mudahkan untuk bersentuhan dengan orang yang bukan muhrim kita walaupun dia sedara kita..ingat walaupun dia sedara dia tetap TAK HALAL untuk di sentuh !
tapi hati ini terasa dengan kata kata orang sekeliling...
"wow sarung tangan tuhhh"
"kau kenapa nisa..gila da ke??"
"aikk cha..awat senyap je ari ni..moody ke?"
setiap kata kata mereka aku hanya balas dengan sengihan dan simple word "try nak berubah"ohhh..baru aku tahu betapa sukarnya membawa imej bertudung labuh = ="
malas untuk berdebat dengan mereka sebab aku kalau dah bercakap, mulalah untuk menjawab..
istighfar sebanyak yang mungkin..
mungkin mereka masih baru melihat perubahan aku..
"ya Allah KAU kuatkanlah iman aku...aku hanya inginkan ketenangan seperti gadis lain..cukuplah selama aku hidup aku banyak lalai..bantulah aku untuk berubah"
why aku nak berubah?
mungkin kerana aku juga ingin jadi seperti idola aku..spirit aku MOHD AIZAM MAT SAMAN
thanks abang...tapi sebenarnya bukan sebab dia aku nak berubah..aku seronok tengok gadis muslimah yang pakai tudung labuh...
untuk menguatkan keimanan aku agar tidak mudah mengalah aku mencari bahan berkaitan tudung labuh dan OWSEM yauwww...insyaAllah..doakan kita ok
p/s : Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.