27 February 2016

27/02/2016

Assalamualaikum

harini terasa hari yang sedihh. entah lah. banyak benda aku nak luahkan tapi tak dapat diluahkan.
salah aku ke sebab xmemahami?salah akukah sebab terlalu pentingkan diri? salah akukah sebab semua yang terjadi. Entah lah.

awak,

kalau awak xdapat memahami saya seperti dulu, lepaskan
kalau awak rimas, lepaskan
kalau awak nak bebas, lepaskan.

kekadang aku teng cincin dijari apakah maksudnya
aku tenung lagi, mampukah aku
aku tenung lagi dan lagi. aku xde jawapan bila diri selalu diketepikan.

ahlah. kalau itu jodoh yang tertulis di luth mahfuz, aku kena keras hati.
kadang kadang aku tanya, memang sikaki bola akan 24jam dengan bola ke?

hemmm...tido dulu, harap bila aku buka mata, segalanya baik2 aje



TQ reading (>,^)v,



16 February 2016

0702016

Assalamualaikum,

hai reader, korang semua apa khabar? harap korang semua sihat laaa yerrr. semenjak umur semakin meningkat, semakin diketepikan benda yang kau minat. adakah faktor usia atau mentality umur yang semakin matang atau pun faktor mencari duit untuk sara hidup sendiri?... abaikan

walaupun cerita dah basi, kalau nasi yang da basi tapi dibiarkan sahaja confirm berulat bukan. eeewerrrkkk... suka bayangkan yang bukan. well, ikut suka aku nak taip apa pown.

dalam blog ni aku nak cerita antara kisah kisah yang hanya mampu berlaku sekali seumur hidup aku dan tak mungkin berulang kedua mahu ketiga pown.

cerita bermula apabila si emak memok (panggilan manjaa gittuw) berhajat untuk menghantar rombongan merisik like adat orang melayu. so disitulah bermulanya satu tapak untuk melangkah ke situasi yang lebih serius.

disebabkan aku sangat sangat menggemari atau sangat sangat menitik beratkan tarikh (bagi aku tarikh sangat penting sebab ia tak akan berulang lagi, ia akan menjadi sejarah).. jadi aku memutuskan untuk keluarga pihak lelaki datang kerumah pada tanggal 07022016.

tapi sebelum hari itu berlangsung,
aku dan dia pergi mencari sesuatu sebagai tanda ikatan. ikutkan kata orang tua aku, supaya tidak pergi sekali untuk membuat itu dan ini, yelaaa untuk tidak terlalu demand. tetapi kerana aku bersaiz ala ala cinderella, pada tanggal 05022016 aku bersetuju untuk mencari sekali. ikutkan hati memang nak yang WOWW tapi aku kena paham akan faktor ekonomi dan bakal bakal yang akan datang. jadi sesi cari mencari tidak lah mengambil masa yang agak lama. cari satu kawasan yang ada pilihan beberapa kedai. maaflah aku ni malas berjalan jauh jauh, orang kata semakin jauh berjalan semakin banyak nak memilih dan makin rambang mata, jadi untuk mengelakkan mata menjadi rambang aku memilih apa yang ada sahaja. aku ni tak lah kategori cerewet sangat, asal ok dan selesa, amek pakai tawar tawar bayar dan jalan. settle !! di sebabkan waktu aku pergi harga emas tersangatlah mampu dimiliki (yela raya cina katakannnn) aku dengan tamaknya membeli dua bentuk cincin emas. satu merisik satu bertunang. kalau korang rasa korang mampu, baik korang beli je terus, dapat save duit dapat save masa untuk benda benda yang lain dan tak payah bertekak lagi dengan tauke kedai nak minta tawar tawar harga, bagi aku itu buang masa !

ok selesai sesi cari mencari.

06022016 - ketika aku balik dari rumah, wowwww bersihnya rumah, memanglah rumah aku xkotor xberselerak sangat, tapi kali ni boleh dikatakan xde habuk langsung. thanks to parents and siblings aku yang sangat sangat bekerja keras. bagi aku tak payah kemas pown xpe, sebab itu hanya perbincangan kedua belah keluarga tanpa ada orang luar. jadi aku hanya kemas kemas bilik aku, mana taw kowt pihak lelaki nak tumpang solat, so takkanlah aku nak biarkan mereka nampak benda benda terlarang kan.

07022016 -  tibalah harinya. di sebabkan hari tu parents aku ada majlis, jadi mama bangun awal untuk siapkan makanan makanan untuk dihidangkan nanti. disebabkan mereka datang petang, jadi makanan adalah yang ringan ringan sahaja, roti jala, popia basah, kuah kari ayam.
aku xexpected pown keluarga dia akan bawak barang (hamper), jadi mama dah bising2 sebab xtaw nak balas apa. sebelum ni mama ada tanya pihak lelaki ada datang bawak barang x. aku mana nak taw, so jawapan aku NO.
pihak keluarga lelaki datang dalam lingkungan 5PM kalau tak silap aku, sebab waktu tu ayah aku belom balek lagi. aku pula jangan cakap lah mengalahkan lipas kena spray xcukup nafas. berdiri tak kena, duduk xkena, mundar mandir mundar mandir. malu lagi adalah.. rasanya macam nak minta simen sikit muka aku time tu. mungkin itulah perasaan gadis melayu x. ceewaaahhh.. hahahha
pongpangpongpongpang...mak aku pown tetiba datang, bawak cincin yang aku pilih sendiri..hahaha selesailah majlis aku yang simple tapi adalah kemanisannya. so sekarang tunggu untuk majlis bertunang pulak.
Lepas majlis tu selesai, aku terpinga pinga, aku dah bakal menjadi milik dia, mampukah aku? mamukah dia membimbing aku? betullah..ketika tu syaitan tetiba jadi kawan baik aku menghasut aku pikir yang bukan bukan. sudah sudahlah, korang tolong doakan yang baik baik yer, semoga segalanya dipermudahkan. dan semoga aku menjadi lebih sabar dan tak cepat marah, semoga dia dapat bimbing aku >,<

p/s : sijil kawen dah setahun tak amek dekat temoat kursus. entah jadi apalahhhh T__T




TQ reading (>,^)v,