Salam malam nisfu sya’ban people...
Subhanallah cepatnye masa berlalu dan tanpa sedar kita
tinggal lagi 17 hari je lagi nak mendekati ramadhan..
Sebagai hamba Allah yang masih khilaf terhadap agamanya
sendiri, aku teringin nak taw apa kelebihan malam nisfu sya’ban...maaf kerana
lambat berkongsi..
Harap tidak terlewat..mari kongsi ilmu bersama
Pada malam Nisfu Syaaban, sunat membaca surah Yasin sebanyak
3 kali. sebaiknya selepas maghrib
Bacaan kali pertama, memohon supaya dipanjangkan umur dan
taat kepada Allah serta sentiasa beramal soleh.
Bacaan kali ke-2, memohon supaya ditolak segala bala
bencana.
Bacaan kali
ke-3, memohon supaya tidak berhajat kecuali
kepada Allah dan setiap kali selepas bacaan Surah Yasin dibaca doa di
sini
malam nisfu sya'ban ni mengikut para ulama' malam mengkabulkan doa..jadi kepada adik adik yang ambil periksa penting seperti SPM, PMR STPM boleh laa mintak doa..nak minta murah rezeki nak minta kawen cepat nak minta dapat cahaya mata..boleh silakan..insyaAllah akan di makbulkan dengan syarat berdoalah dengan ikhlas..
*yang minta nak tambah satu kotak bini..kau nak kena penumbuk??
jadi adek adek kakak kakak abang abang apa kata malam nisfu sya'ban ni sambil kita online kita berzikir kepada Allah atau pun baca Al Quran dan melakukan sembahyang sunat =)
antara ilmu lain yang ingin aku kongsi kan
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swtmengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
sekian..moga moga kita dapat sedikit ilmu