tetibe malam2 nii aku rajin hapdet entry..kihkihkih...gasak laaa
korang ingat tak entry aku
happy birthday MAHBN..kalau tak ingat sila guna tangan anda dan scroll semula entry lepas lepas..tak pedulikk..paksaan nihh..hihi
entry aku dalam tu, aku ada cakap aku nak belajar masak bukan?? dan dalam masa 1 hari aku dapat buat 3 menu... dua menu ringkas satu menu sukar...a biggest thanks to my housemate sebab sudiii mengajar aii olss yang tangan kayuu niii *bighugggggg*
so malam niii aku nak refresh balek apa yang aku buat hari tuuu *majlis tu da lepas, baru kau nak refresh..poddaahhh*
so barang barang yang aku beli
BISKUT MARIE tiada jenama
MAGARINE
SUSU PEKAT jenama marygold
barang yang aku tak beli
MILO
AIR kihkih air pown nak bagitaw
GULA PASIR
so lets start
ni cara aku laaa.... tak taw korang..tapi aku ada research beberapa blog laa pasal biskut marie, tapi aku buat cara aku..hentam keromo
1. panaskan kuali biar panas.
2, kemudian aku masukkan magarine dan biarkan dia cair..kacau kacau sampai dia cair betul2,
3. baru aku masukkan susu pekat..tapi susu pekat aku taruk setengah dari tin susu tu...gasaklahhh kalau TERMANEHHH nohhh..kacau susu sehingga sebatiii.
4. kemudian aku masukkan beberapa sudu gula. disebabkan gula ni dah bercampur dengan bukan muhrim dia,,jadi kena kacau betul2 dengan susu...kacau sehingga tiada rasa gula tu berpasir...ehhh korang paham ke tidak niii??? gasak laaa...bila gula dan susu plus magerin niii dah halal hubungannya mean dah sebati,
5. baru masukkan milo..miloo ni aku campak ikut suka hati aku tiada sukatan..asal nampak dark brown, ok laaa..kacau kacau supaya milo tu tak berketul ketul...kalau berketul ketul, tuangkan sedikit air....
6. end last masukkan biskut marie...patah patahkan biskut marie macam kau tengah lepaskan geram dekat someone laaa...patah patahkan diaaaa....kacau balek biskut marie dengan bahan bahan 1,2,3,4,5 Kemudian tutup dapur gas, dan biarkan sejuk 10 minit baru masuk bekas..biskut marie yang aku buat ni, aku tak tekan tekan kan macam dalam blog lain..aku kan malas..asal masuk dalam bekas, terus aku letak dalam freezer..Settle
syukur sangat time niii dorang suka...dalam hatii mohon mak abah mertua sukaa hasil kayu calon menantu..hikhik perasan woiiii belom sah oiii..mohon sedar diri nisa
nanti rajin kita kongsi resipi buat dadih istimewa dengan masak lemak tempe ayam
p/s : dapat watsap ajak join team badminton...Fitness timeeeeeeee..weehuuuu
TQ reading (>,^)v,