27 February 2016

27/02/2016

Assalamualaikum

harini terasa hari yang sedihh. entah lah. banyak benda aku nak luahkan tapi tak dapat diluahkan.
salah aku ke sebab xmemahami?salah akukah sebab terlalu pentingkan diri? salah akukah sebab semua yang terjadi. Entah lah.

awak,

kalau awak xdapat memahami saya seperti dulu, lepaskan
kalau awak rimas, lepaskan
kalau awak nak bebas, lepaskan.

kekadang aku teng cincin dijari apakah maksudnya
aku tenung lagi, mampukah aku
aku tenung lagi dan lagi. aku xde jawapan bila diri selalu diketepikan.

ahlah. kalau itu jodoh yang tertulis di luth mahfuz, aku kena keras hati.
kadang kadang aku tanya, memang sikaki bola akan 24jam dengan bola ke?

hemmm...tido dulu, harap bila aku buka mata, segalanya baik2 aje



TQ reading (>,^)v,



16 February 2016

0702016

Assalamualaikum,

hai reader, korang semua apa khabar? harap korang semua sihat laaa yerrr. semenjak umur semakin meningkat, semakin diketepikan benda yang kau minat. adakah faktor usia atau mentality umur yang semakin matang atau pun faktor mencari duit untuk sara hidup sendiri?... abaikan

walaupun cerita dah basi, kalau nasi yang da basi tapi dibiarkan sahaja confirm berulat bukan. eeewerrrkkk... suka bayangkan yang bukan. well, ikut suka aku nak taip apa pown.

dalam blog ni aku nak cerita antara kisah kisah yang hanya mampu berlaku sekali seumur hidup aku dan tak mungkin berulang kedua mahu ketiga pown.

cerita bermula apabila si emak memok (panggilan manjaa gittuw) berhajat untuk menghantar rombongan merisik like adat orang melayu. so disitulah bermulanya satu tapak untuk melangkah ke situasi yang lebih serius.

disebabkan aku sangat sangat menggemari atau sangat sangat menitik beratkan tarikh (bagi aku tarikh sangat penting sebab ia tak akan berulang lagi, ia akan menjadi sejarah).. jadi aku memutuskan untuk keluarga pihak lelaki datang kerumah pada tanggal 07022016.

tapi sebelum hari itu berlangsung,
aku dan dia pergi mencari sesuatu sebagai tanda ikatan. ikutkan kata orang tua aku, supaya tidak pergi sekali untuk membuat itu dan ini, yelaaa untuk tidak terlalu demand. tetapi kerana aku bersaiz ala ala cinderella, pada tanggal 05022016 aku bersetuju untuk mencari sekali. ikutkan hati memang nak yang WOWW tapi aku kena paham akan faktor ekonomi dan bakal bakal yang akan datang. jadi sesi cari mencari tidak lah mengambil masa yang agak lama. cari satu kawasan yang ada pilihan beberapa kedai. maaflah aku ni malas berjalan jauh jauh, orang kata semakin jauh berjalan semakin banyak nak memilih dan makin rambang mata, jadi untuk mengelakkan mata menjadi rambang aku memilih apa yang ada sahaja. aku ni tak lah kategori cerewet sangat, asal ok dan selesa, amek pakai tawar tawar bayar dan jalan. settle !! di sebabkan waktu aku pergi harga emas tersangatlah mampu dimiliki (yela raya cina katakannnn) aku dengan tamaknya membeli dua bentuk cincin emas. satu merisik satu bertunang. kalau korang rasa korang mampu, baik korang beli je terus, dapat save duit dapat save masa untuk benda benda yang lain dan tak payah bertekak lagi dengan tauke kedai nak minta tawar tawar harga, bagi aku itu buang masa !

ok selesai sesi cari mencari.

06022016 - ketika aku balik dari rumah, wowwww bersihnya rumah, memanglah rumah aku xkotor xberselerak sangat, tapi kali ni boleh dikatakan xde habuk langsung. thanks to parents and siblings aku yang sangat sangat bekerja keras. bagi aku tak payah kemas pown xpe, sebab itu hanya perbincangan kedua belah keluarga tanpa ada orang luar. jadi aku hanya kemas kemas bilik aku, mana taw kowt pihak lelaki nak tumpang solat, so takkanlah aku nak biarkan mereka nampak benda benda terlarang kan.

07022016 -  tibalah harinya. di sebabkan hari tu parents aku ada majlis, jadi mama bangun awal untuk siapkan makanan makanan untuk dihidangkan nanti. disebabkan mereka datang petang, jadi makanan adalah yang ringan ringan sahaja, roti jala, popia basah, kuah kari ayam.
aku xexpected pown keluarga dia akan bawak barang (hamper), jadi mama dah bising2 sebab xtaw nak balas apa. sebelum ni mama ada tanya pihak lelaki ada datang bawak barang x. aku mana nak taw, so jawapan aku NO.
pihak keluarga lelaki datang dalam lingkungan 5PM kalau tak silap aku, sebab waktu tu ayah aku belom balek lagi. aku pula jangan cakap lah mengalahkan lipas kena spray xcukup nafas. berdiri tak kena, duduk xkena, mundar mandir mundar mandir. malu lagi adalah.. rasanya macam nak minta simen sikit muka aku time tu. mungkin itulah perasaan gadis melayu x. ceewaaahhh.. hahahha
pongpangpongpongpang...mak aku pown tetiba datang, bawak cincin yang aku pilih sendiri..hahaha selesailah majlis aku yang simple tapi adalah kemanisannya. so sekarang tunggu untuk majlis bertunang pulak.
Lepas majlis tu selesai, aku terpinga pinga, aku dah bakal menjadi milik dia, mampukah aku? mamukah dia membimbing aku? betullah..ketika tu syaitan tetiba jadi kawan baik aku menghasut aku pikir yang bukan bukan. sudah sudahlah, korang tolong doakan yang baik baik yer, semoga segalanya dipermudahkan. dan semoga aku menjadi lebih sabar dan tak cepat marah, semoga dia dapat bimbing aku >,<

p/s : sijil kawen dah setahun tak amek dekat temoat kursus. entah jadi apalahhhh T__T




TQ reading (>,^)v,



25 September 2015

26/9/2015

ASSALAMUALAIKUM


tetiba terasa hati ni dah jadi macam dulu..
tetiba terbayangkan saat2 mula kenal
tetiba teringatkan moment time belajar
tetiba terpikir banyak benda da berubah 
dan
kau pownn da tak seperti dulu


p/s : xsalah kalau kau busy tp kau tanya khabar. aku da penat menunggu macam tunggul kayu nak buat unggun api

TQ reading (>,^)v,

17 September 2015

17/9/2015

Assalamualaikum peeps,

kenapa ea aku terasa berat sangat dugaan kali ni...hadoiiii pening nya kepala, terasa tengah menggalas berbatu batu atas kepala niii... sejak dapat wasap dari member, aku tak sure aku nak datang keje tempat lama or x.... huhmmm entahlahhhh...aku tak taw kenapa majikan macam nak bermusuh dengan aku...apa salah aku?? adakah aku yang bermasalah? Ya Allah aku tak minta banyak, aku harap aku cuma xnak menyusahkan ibu bapa aku saje...semoga semua dipermudahkan dan cepat cepatlah tamat cerita hitam niiiii...penat lahhh penat sangattttt....and now mencari kerja yang selayaknyaaaaa....



TQ reading (>,^)v,

3 September 2015

03september2015

Hai assalamualaikum.

tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi aku bakal meninggalkan tempat kerja aku. lepas ni bermulah kehidupan baru.. berbeze susana berbeza masa berbeza kawan berbeza routine harian. May Allah ease my way.. aku masih xyakin dengan keputusan drastik yang aku ambil.. semuanya gara gara sikap majikan yang over sangat... hemmmm...macam mana aku nak cerita, aku pownn xtaw...seperti dipergunakan sometimes. thants why aku nekad meletak jawatan dikala Malaysia kini mengalami masalah kegawatan ekonomi. dan simpanan aq jugak xberapa nak banyak..sesuai laaa sebagai orang bujang tapi bila melihatkan wajah orang tua aku yang membesarkan aku, tetiba terasa 'Bodohnya kau nisa buat keputusan ikut nafsu hati, kau tidak memikirkan naseb orang tua kauuuu ke?????' yealaaaa kan aku anak pertama, so tanggungjawab aku sangat berat ! 

harap rezeki aku ditempat baru, ok ok... 


selamat tinggal kawan kawan lama, selamat tinggal senior, selamat tinggal gaji besar, selamat tinggal anak anak buah aku.... doakan nisa/anis berjaya di luar yerrrr.... already miss them. tetiba rinduuuuu =')


'yaAllah Kau murahkanlah rezeki ku, rezeki keluargaku, kau murahkan lah rezeki bakal imamku serta keluarganya. Ya Allah andai tahun depan bulan March adalah tanda terbaik untuk di diperhalalkan, Kau permudahkan. Kau murahkan rezeki kami. Ya Allah, andai benar aku pemilik tulung rusuk kirinya, Kau lindungilah dia, ringankan beban yang dialaminya, murahkan rezekinya untuk menghalalkan ku, Ya Allah berikan aku jalan untuk membantunya. ' #M.A.H




TQ reading (>,^)v,

3 August 2015

HaffizAin wedding'

ASSALAMUALAIKUM people

syukur alhamdulillah, kakak sedara aku sah menjadi milik orang...rasa nak menitik air mata bila sedar diri ini keseorangan selepas ini....tapiiii bersyukur aku diizinkan untuk menjadi pengapitnya di majlis keraian dia....  aku sengaja mengambil cuti yang agak panjang untuk meluangkan masa untuk kakak aku yang amat amat aku sayang....dia tersangat sangat manjakan aku. well aku kan tak de kakak hihi... kalau pergi mana mana (area melaka/johor) dia lah yang banyak usung aku kesana kesini...

dear kakak,
thanks untuk masa pendek kita bersama..dan sangat sangat minta maaf sebab dua tahun raya since bekerja ni xdapat beraya sama.. mean 2 years before merupakan raya kita bersama terakhir as bujang..lepas niiii raya kita dah xsama macam dulu... maybe next year kakak dah ada own baby.. sedih plus happy tak taw nak describe macam mana...aku harap kau bahagia dan aku happy dapat kakak segila kau...thanks sebab banyak mengajar aku dunia rumah tangga (cara mengemas rumah/basuh baju/cara mengorat/cara menggatal) hahahaha i miss u more kakak !!

dear abang,
untuk abang hafiz yang baru sahaja beberapa hari aku kenal kau, kau terlalu baik untuk kakak...hope kau dapat bimbing kakak supaya dia mendapat syurga hakiki...please keep ur promis untuk jaga kakak aku...kalau dia xbahagia means kau bakal jumpa aku...terima kasih abang sebab sudi melayan aku dengan baik (adakah mengambil hati aku haha)..lepas ni tolong izinkan aku untuk keluar dengan kakak and tido dengan kakak lagi please...harap korang berdua kekal husband and wife until syurga..and one more terima kekurangan fizikal kakak aku...

dear Mama and Babah,
thanks sebab memberi keizinan kat kakak untuk spent my little time with kak ain and abang hafiz.. thanks hiaskan mini pelamin dan bilik pengantin yang indah (nanti reka untuk your daughter ok !)...
and thanks kasi kakak lampu kuning untuk berkawan dengan si memok...alhamdulillah

dear memok,
thanks awak sudi datang ke majlis kakak kita..maaf kalau mengabaikan awak xjawab kol awak xreply whatsap, massenger...soriiii sangat2 sebab kita truely busy hari tuuuu....terima kasihhh yerrr sebab memahami kita....insyaAllah we are next !! doakan yang baik2 semoga dipermudahkan.

settle half goodies

preparation pelamin

pelamin musnah..with mama

nice pelamin...tengoklaaa idea sape kan (bangga)

alhamdulillah pukul 06:05pm awak sah jadi isteri



bilik am&aini

nisa, mama, nenek, cikdah, aloy n famili

semua kazen yang kawen wajib diangkat macam niii
macam zaman sultan melaka..








my kasen kakak ismalia and iskandar ramadhan dari singapore



pengantin basi pown nak jugakkkk

singapore - malaysia

my bakal boleh? hehe

welcome 50 babah..kakak love u
how much degil dan keras kepala aku dalam membuat keputusan, last kali akan cari jugak beliau
my hero !



gambar last maybe...tahniah..walau macam mana pownn i lagii tinggi

dengan mempelaiii

ingat yerrr abang, sila jaga my kakak sebaik mungkin !!



TQ reading (>,^)v,

10 July 2015

phytoscience doublestemcell : apa yang ada pada isi kotak doublestemcell??

assalamualaikum

PM Nisa for more info
WTSAP : 0172604079
FB : Anis Anisa


Tak perlu ragu2 lagi ....DOUBLE STEMCELL PHYTOSCIENCE satu2 products yang telah mendapat kelulusan sehingga peringkat antarabangsa dan satu2nya products yang ada insurance untuk melindungi pengguna nya. 

1. Produk Double Stemcell ini telah dipatenkan di US.

2. Produk ini di daftarkan dengan SGS. SGS ialah satu pihak bebas bertempat di Singapura. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapat kelulusan dari SGS Produk perlu melalui banyak ujian ujian rapi sebelum diluluskan.

Petikan dari http://www.sgs.sg/ : At SGS, we provide independent services that touch the lives of millions of people across the globe. We provide you with industry leading inspection, verification, testing and certification services – anywhere in the world.

When it comes to the products and services you produce or purchase, their quality, safety and compliance is vital. Whatever your industry, wherever your operations, we deliver essential information – when you need to be sure.

3. SIRIM : Badan Piawaian Malaysia. Kelulusan hanya diperolehi selepas ujian ujian rapi terhadap barangan lulus.

4 & 5. 100% vegetarian.

6. HALAL MALAYSIA.

7. Syarikat mempunyai product liability Insurancesebanyak RM 3 juta dengan MSIG (Mitsui Sumitomo Insurance Company) salah satu syarikat insurans terbesar di dunia.

8. Berdaftar dengan KKM (KKM-163/S/25 Jld.214)

9. KANDUNGAN DOUBLE STEM CELL:

A. Stem Cell Apple – Fungsi : Penghasilan Sel Baru, Antioksidan yang tinggi, Melindungi Pertumbuhan Semula sel Kulit, Pemulihan Luka

B. Stem Cell Anggur – Fungsi : Anti Penuaan, Perlindungan Dari UV, Meningkatkan kekuatan Sel Kulit

C. Ekstrak Acaiberry – Fungsi : Meningkatkan Metabilosma, Mengurangkan Berat Badan, Memperbaiki aliran darah, Menguatkan Jantung, Membekalkan Tenaga, Vitamin A, B1 & E

D. Ekstrak Blue berry – Fungsi : Vitamin A, C, E, K, Anti oksidan yang tinggi, Singkirkan Toksin & Radikal Bebas, Mengurangkan lemak & Kolestrol, Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan, Membekalkan Tenaga.




TQ reading (>,^)v,