28 May 2013

none !

assalamualaikum people

hari ni kan aku terasa macam nak menangis bila ayah aku tanya pasal total CGPA..memang la ok semua..tapi taste ayah aku demand nye..aku taw tu semua untuk kepentingan masa depan aku..tapi sedarkah beliau tahap prestasi anaknya sampai mana...aku sudah mulai risau akan masa depan...dengan apa yang aku ada ni bolehkah aku sambung keperingkat seterusnya...(degree)...dengan result yang ada ni boleh ke aku dapat kerja yang best2 seperti yang diidamkan...bila duduk bersendirian sambil layan lagu (tibe2 semuanya lagu sedih..ciskek betul !), tibe tibe aku rasa "susahnya menjadi dewasa..dapat x aku balas jasa orang tua"....
xnak taip banyak banyak lah sebab tengah down ni...bye

result sem 5

assalamualaikum people

hari ni merupakan hari yang berdebar debar buat semua pelajar politeknik...sebab result dah keluar..dan aku hany boleh melepaskan nafas lega..result tidak menghampakan dan tiada carry module..ALHAMDULILLAH...dan tahniah untuk semua kawan kawan aku atas result yang cemerlang...buat encik Mashmallow.. tahniah sebab pointer semakin lama semakin naik...
ok laa...bye

26 May 2013

bila dah berjumpa sang halal

ASSALAMUALAIKUM PEOPLE


hari ni hari minggu dan yang pasti budak budak sekolah paling seronok sebab malam ni tak payah nak susun buku dan tak payah iron baju sekolah kan..sebab cuti korang bersambung..hamboiii seronoknye =)
dan hari minggu biasalah mesti ramai yang sudah menemui sang halal korang kan..aku doakan korang bahagia disamping yang tersayang dan semoga hubungan korang sampai ke Jannah..insya Allah..

hari ni aku hanya nak cerita sikit tentang perkara yang aku dengar di majlis seorang ukhti..

bila aku dengar ceritanya kan, dalam hati berkata kata "ya Allah sweetnya"..kenapa sweet..?
selalu aku hanya baca dekat ruangan blog, majalah dan surat khabar tentang kahwin di usia muda dan jodoh yang diaturkan oleh ibu bapa..
pendek kan cerita, kitorang berbual ketika sedang makan makan (tak pe tak ramai orang sangat time tuh).
ceritanya bermula ketika aku menjejakkan kaki ke majlis tu yang hanya menaikkan dua buah khemah sahaja..dalam hati "errkkk..takkan dua khemah je..kahwin koboi ke??"...
kemudian aku dan yang lain masuk kedalam rumah, dan aku melihat sekeliling tiada pelamin (muka time tu blurr ok), kemudian selepas bersalam salaman dan mengenalkan sahabat yang lain, kitorang sembang sikit..ok muka pengatin tu tak nampak pada mulanya kerana dia memakai purdah dan pakain pengantin dia simple sangat hanya jubah..walau bagaimanapun benarlah kata pepatah 'yang tertutup itu indah' i'm totally agree..!! sebab bila ukhti tu buka sahaja niqab yang dipakai "masyaAllah cantik sangat"
selepas 10 minit macam tu duduk dalam rumah, kami dipelawa untuk menjamu selera (perut aku bergendang keseronokan).. sambil makan makan dia pown bercerita..
"aku macam tak percaya yang sekarang aku dah kawen..semalam aku menangis teruk weyhh..mana taknya dah lah aku tak kenal dia lepas tu mak ayah aku suruh aku kawen..hem redha je la" gaya dia cakap emmang sempoi..

"ko pernah jumpa dia tak" 
"pernah, bulan tiga hari tu..lepas tu bulan 11 tunang...yelah family dia datang nak tengok, aku ada mata tak, ada hidung tak"

"dia orang mana?"

"orang johor"
"sape nama dia"


"entah lah weyh, aku sendiri tak tahu nama dia sape..hahhahah"
dia sambung lagi "weyhhh lepas ni jangan tinggalkan aku..kalau ada pape event bawak lah aku"
"ehh..tu laki kau ad kan"
"alaaaa...."
"laki kau keje pe?"
"entah aku pown tak tahu"
so dari apa yang aku dengar emmang betul betul dia ni taknak amek tahu pasal laki dia..bila bergambar pown dia taknak suami dia ada kecuali terpaksa bergambar dengan para tetamu..dari pandangan mata yang aku lihat, suami dia baik, agak warak2 macam ustaz2...dan bila dengar tetamu lain bersembang, "owhh laki dia pensyarah UM"
dan bila aku teliti suami dia secara diam diam (aku pakar usha orang), hemm..laki dia sweet..kalau korang tengok, memang muka tak hensem tapi sweet..dan penampilan dia bersih...aku tak pernah lagi jumpa lelaki sebersih laki dia..

ya Allah sweetnye mereka..aku tahu suami dia boleh bahagiakan ukhti ni..semoga hubungan mereka bahagia sampai ke Jannah

"nak satu suami macam ni boleh...yang boleh bimbing aku..heheheh..insyaAllah"

25 May 2013

23 May 2013

awak


assalamualaikum people


Awak DENGAN SIAPA????


Kita sedih baca status awak spirit =(
serius sedih...sedih sangat sangat...rasa macam hape je..
kita rasa kita perlu sedar diri bahawa kita dan awak sudah dewasa dan haluan kita tak sama and one more thing kita tak boleh mengharapkan awak layan kita sangat..tapi kita takut nak kehilangan awak sahabat..

21 May 2013

21/05/2013



sedang sibuk mengajar sang adik dalam pelajaran TAUHID (yes i'm not superb in ilmu agama, i know it)..at least i'll try..kemudian otak dan minda berterbangan entah kemana..ia mengingatkan aku tentang rukun iman dan rukun islam..jujur, aku hampir lupa akan semua itu..eh cop2..bukan lupa akan step2 rukun iman 6 perkara dan step2 rukun islam 5perkara..tapi aku hampir lupa akan makna makna yang terkandung didalamnya..contohnya perkara kepada qadar dan qada'...now, bila buka buku (buku sekolah agama darjah satu je pown)..tetiba aku aku teringat 

Ilmu itu Cahaya . Cahaya itu menerangkan hati . Carilah cahaya itu . Supaya hati kita terang . Supaya kita nampak petunjuk-petunjuk Allah :)

i'm try my best to change from negative to positive...so aku rasa aku kena belajar dari yang asas dahulu untuk mengenali agama sendiri..ya Allah malunya pada diri sendiri yang makin alpa..alpa akan dunia ciptaan padahal akhirat yang kekal abadi..

"so adik, may I borrow ur text book?"

18 May 2013

18/05/2013

ASSALAMUALAIKUM PEOPLE

Pesanan untuk diri sendiri agar tidak alpa dengan apa yang dimiliki pada hari ni...Alhamdulillah =)

"Sehebat manapun kedudukan/darjat kita, setinggi manapun pelajaran/pendidikan kita, sempurna manapun kecantikan/kehenseman kita, kita tetap sama disisi Allah, yg punyai kekurangan, yg melakukan kesilapan disetiap kelebihan yg kita ada. Jangan memandang rendah diatas kekurangan org lain dan jangan pula mempergunakan diatas kelebihan org lain."