18 November 2012

millions of memories [part2]

assalamualaikum people =)
apa khabar readers sekalian?
harap u ollsss semua sihat macam owner blog ni jugak..
i olss epi sangat sangat..and opkos i olls dabel hepi..
pertemuan kali ni masih bersama dengan encik A
dan kali ni maybe agak special sikit kerana kali ni aku bawak encik A pergi ke kenduri kawen kakak arep
serius segan kau taw..
by the way...itu lah kenangan limited edition.. (sambil pegang pipi dan buat muka gatal)
kemudian sembang kosong dua tiga das ngan kawan aku ni dan kami pown bertolak ke the CURVE
ok...sori i memang xtaw jalan..
nasib baik kami selamat sampai walaupun ujan kan..alhamdulillah
aku jumpa kawan aku ber nama balkis ni
dan makan mcd...dia, aku biarkan seketika..
kemudian pergi survey tiket wayang
sebelum tu kami sempat jumpa shila amza
"oh mennnn..i see shila amza...bertentang empat kauuuu"
ok tangkap gmbar dua tiga keping
kemudian we olsss pergi beli tiket cerita "istanbul aku datang"
ok...dreaming jap "cerita romantik tengok bersama encik A...for me its sweet..."
and this is second time me n him watching movie together =)
lepas hantar balkis dengan selamatnya pulang ke rumah,
aku seboleh yang mungkin tengok muka dia lama-lama
yelaaa..lepas ni mana dapat jumpa dia lagi kan
aku pulak dah nak kena balek ke kelantan..
ok part ni memang sedih bila pikir akan berjauhan dengan encik A
but demi my future and my future for him...i will..oii encik A listen carefully i will continue study until degree or master for you...

sebelum balek, aku sempat sembang sembang dengan dia dan usha motor GT dya..
no plat moto..xsilap BLQ 6319

ok..nampak aku sangat sayang dekat beliau.. =)
hemm nyte people

16 November 2012

AMAR lagi [cebisan kenangan]

assalamualaikum people 

hehehe
setiap hari dengar lagu amar...
kenapa erkk?
sebab rindu laa bro..
guwa rindu dekat lu laa encik A...
siapa encik A....?
oh rahsia kerajaan negeri langit di bawah bayu la bro...

nah nah hamekk dongar yolaa

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengenal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah

lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

now sila amek perhatian wahai sang sang umat manusia sekalian...
cettt..!! poyo gila pompuan ni..
guwa dah hayati lirik dya..
melodi dya yang membuai perasaan jiwa perasantan guwa ni
aww aww..
macam ada kaitan denagn life guwa..
ow ow ow....
guwa dah mula syok sendiri ni..
pape pownn guwa paling suka part yang ni

hikhikhik...

kepada encik arif muazzim abdul rahman...
saya suka segala nyanyian awak..
semuanya best best taw...
TAW TAKKK..!!
ok teruskan usaha dalam semau bidang.. i olss sokong..
i ollsss fan baru..
poyo gila lahhh ayat si nisa ni..
macam minta sup beghand pulakk


ok people adios..
assalamualaikum ><V



14 November 2012

salam awal muharam =)

assalamualaikum people =)



alhamdulillah pada tahun ini aku berjaya melakukannya
*i olss terharu ok*
sama sama lah kita berubah ke jalan kebaikan 




8 November 2012

hafal nama alQuran dengan mudah


haiii ekaunyo tu..
ekau laaa...sapo layi
ha meh sini....
den nak koba kek ekau..den ni dah mulo jatuh cinto
jatuh cinto pandang ke berapa riban den tak taw
den dah mulo suko kek AMAR

sojak duwo tigo abad ni den suko bona view lagu si amar ni ha
dalam banyak banyak lagu den suko lagu AMANI
aww aww sweet kauuu
lagi satu lagu ni SUWARU MINAL QURAN

subhanallah bestttt gilerssss
sambil dengar sambil hafal
sebenarnya menghafal lagu macam ni banyak kebaikan.
dari aku yang bingai ni pown boleh dah hafal
jadi jom laa kita sama sama dengar dan hafal yer..


insyaAllah boleh

ok bye bye u ollllssssss


6 November 2012

millions of memories

assalamualaikum people sekalian

beliau beratur membeli makanan
di alamanda..
jauhkan kami makan

*garu garu pipi*

de beautiful akuarium
dekat setia city mall


menunggu encik A membeli makanan ringan sementara menunggu nak tengok wayang..
*tahan sabar*



p/s : maafkan aku encik A kerana tangkap gambar curi curi..ngehngehngeh

5 November 2012

10 tahun penantian =)

assalamualaikum people...

semalam 4/11/2012 bersamaan dengan hari ahad..
tahukah anda semalam hari yang paling dan saat yang bermakna buat aku...
thanks God...
tahukah anda saya amat menyayangi hamba Allah ini..
hanya Tuhan sahaja yang tahu berapa dalamnya sayang aku pada beliau..
semalam kami pergi ke Putrajaya..dan makan dekat Alamanda..
tahukah anda betapa berdebarnya aku ketika itu?
tapi guwa control macho....
kemudian kami pergi ke Taman Botani Shah Alam untuk aku menyelesaikan tugas aku..
hisyhh..kacau je budak budak ni..
dan si dia pula sibuk berjalan jalan dekat taman haiwan...haisyhhh = ="
kemudian aku ajak beliau pergi ke setia city mall
dan menonton wayang..
serius dia lelaki pertama yang tengok wayang dengan aku..sebab aku jarang pergi tengok wayang..selalu beli cd je..hikhik
kitorang tengok cerita apa celop toqq
kemudian balek...
sebelum balek, kitorang pergi makan dulu...tahukah anda betapa laparnya aku ketika itu..
yang best sangat dia ni, dia tak pernah tinggalkan solat...
ya Allah....lindungilah beliau..
aku tak pernah putus mendoakan kesejahteraan DIA... =)
encik A, aku selalu menyokong apa sahaja yang engkau lakukan...take care k

: tahukah anda betapa BERATnya perasaan nak melepaskan beliau ni balek :


p/s : siapalah imam aku yer? *teringin nak taw..hikhik berangan da*

2 November 2012

sukar mencari hidayah Allah

                                                        assalamualaikum people

guwa nak cerita, semalam guwa makan dengan kawan kawan guwa dan si encik A kesayangan guwa..serius kawan guwa ni berjaya buat guwa terkejut..ok fine..!
guwa bukan nak cerita pasal encik A..guwa ada cerita dekat kawan guwa mengenai "der..guwa nak berubah"
yerr guwa taw kawan guwa dan guwa ibarat langit dan matahari yang sangat berbeza..tapi guwa langit itu dan guwa sangat memerlukan cahaya matahari daripada beliau..apa yang cuba beliau sampaikan dekat guwa sangat simple tapi padat
"kau kenal siapa Tuhan kau?"
so guwa jawab guwa kenal tapi guwa tak tahu macam mana dia..
so dari situ guwa tertanya tanya..
"apa yang guwa nak cari sebenarnya?"
bila guwa pikir balek  benda yang guwa perlukan adalah "HIDAYAH" 
so inilah jadinya..jom baca dekat bawah ni

Bila Allah Sentuh Hati Dengan HidayahNya
Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Allah yang berkuasa dan berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia.

Allah, segala pujian hanya untukMu. Tidak puas memuji Dia. Syukur tidak terhingga. Alhamdulillah ya Allah. Andai aku antara orang yang telah dipilihNya, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. Pastinya pahit, namun kaki harus terus melangkah. Pujian hanya untukNya lagi, Tuhan Yang Maha Hebat. Melihat insan-insan sekeliling yang telah diketuk hatinya dengan hidayahMu. Allah..Allah..Allah.. Andai dulu dia seorang yang panas baran, sekarang seperti telah menjadi insan lain. andai dulu dia seorang yang tidak menjaga solat, sekarang menjadi gelisah jika terlewat melakukan solat. Andai dulu dia merempit, sekarang dia telah bergelar ustaz, memberi ceramah di masjid-masjid.. Subhanallah.. Hebatnya Allah... Hebat hidayahNya.. Hanya dengan setitis hidayah, mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeza... 

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7)
Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan. Carilah hidayah Allah itu..


Benar, hidayah itu milik Allah, namun sebagai hamba kita tidak boleh hanya dengan menunggu hidayah itu datang. Usaha mencari hidayah itu perlu dilakukan!

Bagi yang telah diberi pertunjuk olehNya untuk berubah, teruskan istiQomah, insyaAllah Allah sentiasa bersama. Pahit dalam perjalanan adalah lumrah kerana mahar untuk ke syurga bukannya murah, ia perlukan mujahadah! dan mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah :) moga kita diberi tempat disana nanti, Ameen..

Usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. Itu mungkin salah satu ujian dari Allah. Ingatlah, orang beriman itu pasti akan sentiasa diuji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda. Allah sentiasa bersama :)

Insan sekeliling, ibubapa, saudara mara, sahabat handai.. Andai ada insan di sekelilingmu yang telah kau sedari perubahan mereka, berilah sokongan. Jangan pula bekerjasama dengan syaitan laknatullah menjatuhkan mereka. Andai hati anda masih belum disentuh, berdoalah, letakkan sepenuh harapan kepada Allah, cari jalan untuk mendapat hidayahNya.


Perubahan bukan menyuruh kita berubah dengan mendadak, insyaAllah berubahlah sikit-sikit, dari sikit itulah ianya akan menjadi banyak. Mulalah dengan meninggalkan segala yang dilarang, melakukan segala yang dikehendaki, mendirikan solat lima waktu, bersedekah, membuat baik kepada yang muslim dan bukan muslim, menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan sering menghadiri majlis ilmu serta terus memohon doa kepada Allah agar diberikan hidayah, berdoa dan terus berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menepis segala hasutan syaitan dan godaannya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka "


p/s: if u want to be strong know ypur weaknesses