assalamualaikum people
sejak balik dari masjid tadi, aku rasa lain macam sangat..aku tak tahu kenapa..banyak benda yang aku pikir...mula mula aku dah mula jatuh cinta pada suara yang bagi ceramah tadi...yelaa bangga kowtt budak junior aku yang kasi ceramah..muda pulak tuh (walaupun tak tengok muka)
sambil buat word search tadi dekat saf wanita, tetiba ada terdengar bait bait perkataan ni...macam mana yer aku nak cerita kat korang..terasa amcam diri ni timbul keinsafan (kononnya)..tetiba aku terpiir apa yang dia sampaikan..hemmm... ya Allah berikan aku petunjuk pada apa yang aku pikirkan.. dan jauhkan lah hati ini dari TER fallin in love pada sang lelaki bernama tettttt.....xnak dan takut dikecewakan lagi
6 March 2013
i love you (:
assalamualaikum people
100 memories, 200 jokes, 300 great times, 400 secrets, 1 reason :
best ever friends !
i love u..hope our relation until Jannah...
4 March 2013
inspirasi
Dia tidak sempurna,
Dia biasa saja,
Entah apa yang menarik,
Tidak ada yang pernah pasti,
Tapi dia begitu indah,
bukan indah rupa,
tapi gayanya,
memikat setiap mata,
yang melirik walau sesaat,
bila mampu didekati,
bagaikan terluah segalanya,
rasa dan rahsia,
dia mempunyai hati,
yang mudah memahami,
menangkap setiap gerak geri,
mentafsir madah penuh duri,
dia manusia juga,
dicipta adanya seperti yang lain,
namun dia istimewa,
hanya kerana bedanya,
dia memberi rasa selesa.
2 March 2013
test oh test
assalamualaikum people
bangun pagi dan continue study..but me more focus to sing a song than the papers....
nota yang bakal dijadikan toyol sebentar lagi..hehehe
ni muka minta penampar yang hebat...kat dalam bengkel =)
p/s : wish me luck ok.....
the LUTUT (urutan)
assalamualaikum people
baru je terjaga...tertido atas meja belajar...kalau tak disebabkan kuiz esok, tak ada makna semua ni...sakit lutut semakin membengkak..hadoiii susahnya nak berjalan..paling parah time nak turun tangga pergi ke kafe beli makanan...sakit perit macam nak menangis...padan muka kau Nisa...!! lepas tu sakit ketika nak solat..haduiinyepunnn (=,=")
di sebabkan itu, aku pown carilah rawatan apa yang sesuai untuk sembuhkan lutut ni..at least bengkak dia susut sikit kannn... (serius lepas ni tak nak rebut bola dengan orang)
merawat sakit lutut dengan urutan. Di keseluruhan kaki terdapat urat saraf yang dikenali sebagai sciatic nerve yang memberi rangsangan kepada keseluruhan kulit di kaki, otot di bahagian belakang peha, betis dan juga rangsangan pada tapak kaki (refleksologi). - merawat-sakit-lutut-dengan-urutan.Gambar di atas menunjukkan urat saraf (sciatic nerve) berwarna kuning menjalar dari bahagian pinggul sehingga ke hujung tapak kaki. Anda boleh lihat ianya melalui kawasan lutut sehingga ke bawah. Oleh itu bagi merawat masalah sakit lutut ini anda boleh mengurut seperti dalam gambar di bawah. -
Urutan dimulakan dengan mengurut di kawasan belakang peha di kawasan yang bertanda merah panjang. Arah urutan adalah menghala ke bawah iaitu menghala ke lutut. Sekiranya sakit bermakna anda mengalami masalah urat saraf di kawasan tersebut. Urat saraf yang saya sebutkan tadi menjadi pemegang kepada lutut kita. Urutlah dengan konsisten sehingga terasa berkurangan sakitnya.
harap esok ada perubahan =(
Nisa u are strong and good girl right ..!! (bagi semangat kat diri sendiri)
Nisa u are strong and good girl right ..!! (bagi semangat kat diri sendiri)
hari yang sweet sangat
assalamualaikum people
hari ni aku bangun awal sangat...6.30 pagi u olsss...tu pownn nasib baik terdengar bunyi handphone 'Lagu Sedih'... thanks afiqah a.k.a mama sebab tolong kejutkan...lepas tu aku sambung balik tido..sampailah jam menunjukkan pukul 7..hahahha..liat bebeno den nak bangun pagi...lepas siap segala bagai..then turun ke padang..hemm cuaca macam jerebu sebab di tutupi dengan kabus yang tebal..
di sebabkan aku ni malas sangat..jadi aku cross jalan..pijak semua rumput rumput yang ditutupi embun..malas kan jadi short cut je laa..nampak 'papa' a.k.a wan bopren kepada Afiqah dah pusing satu padang..perghhh dia pakai baju Arsenal..baju dia sama macam aku..owhh anak dan papa yang sweet...
pastu papa dan mama dah start berjogging..aku dan miza ikut dari belakang..baru half padang, aku dah pancit sebab nye aku lupa nak warm up dulu..padan muka aku...cross lagi jalan nya..hahahahah..nisa nisa
lepas dah habiskan beberapa pusiangan, kitorang rehat..aku start buat warm up perut... yang paling best kitorang buat lompat bintang berjemaah...hahahha conductornya Lokman..sebelum terlupa, aku berjaya membunuh seekor katak yang kecik lagi comel...
lepas dah habis tuh..rehat lagi..then dapat meseg dari mashmelo...LEMBAB !! konon konon joging pukul 6.50...lepas tu kitorang main lumba lari dekat dalam satu kawasan ni... main lari pandang belakang...aku macam biasa suka main tipu..well well well....kalau main betul betul kompom aku kalah..dah lah penat..
but we all have fun together..lepas tu Lokman pergi ambil bola dekat rumah beliau..kitorang pown mainlah bola..konon macam main futsal.. yess aku jatuh dua kali..yeahh yeahh..
*fon aku penuh gambar dorang je*
tu baru aktiviti pagi.....
aktiviti petang pulak..pergi padang yang sama, tapi kali ni aku hanya temankan kawan aku pergi joging..kononnya...last last, kitorang nampak budak laki kelas kitorang main bola, kitorang pown duduk kat tepi padang sambil mencuci mata...
da lama tak lepak dengan mereka macam ni...rindu sangat =')
p/s : now kepala lutut sakit dan bengkak..padan muka aku...menanti kedatangan roomate untuk welding kaki aku..hahahha
1 March 2013
Lahad Datu kini dalam zon perang !
assalamualaikum people..
adakah anda rasa, kawasan anda tenang aman dan damai...kalau itu yang anda rasa..say Alhamdulillah..berita tergempar di bulan MARCH... Lahad Datu kini dalam zon perang..astaghfirullah hal azim..berlaku dekat Sabah (my favourite country)...
adakah anda rasa, kawasan anda tenang aman dan damai...kalau itu yang anda rasa..say Alhamdulillah..berita tergempar di bulan MARCH... Lahad Datu kini dalam zon perang..astaghfirullah hal azim..berlaku dekat Sabah (my favourite country)...
source : Dato' Google
klik the video
Depetik dari sebuah web berita:
Kumpulan penceroboh Filipina, yang berkubu di Lahad Datu untuk minggu
ketiganya, mengesahkan laporan mengenai tembakan dilepaskan kira-kira 24
jam lalu tetapi mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan untuk memberi
amaran kepada pasukan keselamatan Malaysia.
Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, memberitahu bahawa pihaknya mengesan enam anggota tentera Malaysia mendekati Kampung Tanduo sekitar 5 petang semalam dan melepaskan tembakan ke udara.
"Semua orang bergegas pergi ke sana, jadi saya pun ikut. Bila sampai, saya tanya kepadanya (pengawal) apa yang telah berlaku.
"Mereka beritahu saya tembakan itu dilepaskan ke udara bertujuan untuk
memberi amaran kepada mereka (tentera Malaysia) bahawa mereka telah
dikesan. Menurut mereka terdapat enam askar Malaysia dalam tiga kumpulan
dan mereka melarikan diri," katanya melalui telefon.
Bagaimanapun, beliau berkata kumpulannya seramai kira-kira 130 tidak berniat untuk menyerah diri.
Beliau juga mengesahkan kumpulannya menerima risalah memberi amaran
terakhir, dan menggesa kumpulannya supaya menyerah diri, tetapi beliau
berikrar bahawa mereka akan terus "berada di situ sehingga keadaan itu
diselesaikan."
Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa kumpulannya
yang bersenjata - yang mahu menuntut wilayah Timur Sabah sebagai
sebahagian daripada Kesultanan Sulu atas sebab-sebab bersejarah - tidak
berniat untuk mencetuskan konflik. -Sumber-
Antara anggota pejuang negara yang terkorban dan tercedera :
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533
Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan dan kedua-dua
kaki – kini ditempatkan di Hospital Sandakan)
-Sumber-
Semoga pejuang negara yang gugur
Syahid ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Takziah
kepada keluarga pejuang negara yang terkorban. Teruskan perjuangan bagi
pejuang negara yang lain. Moga Allah merahmati dan menolong kalian. Aku
hanya mampu kirim doa dari Semenanjung buat pejuang negara dan penduduk
Sabah terutama Lahad Datu. May Allah protect u. #PrayforLahadDatu
#PrayforSabah #PrayforMalaysia. Ya Allah selamatkan mereka. Selamatkan
tanah air kami. Bantulah pejuang negara kami. Aamiin..
Subscribe to:
Posts (Atom)

















