12 January 2013

adam NAKAL? yeke ?


ni copy paste dari blog gosip...
hemm..dah lama aku tak stalker 'abang' aku
maaf..sebab dua tiga menjak ni agak sibuk
puiiihhh laa nisa...
sibuk lah sangat...
jom baca cerita ni..
terkezut jugak den baco..
dont judge people before u know the true story ok
kesian kat abang adam..perubahan beliau diperkotak katikkan..


Rupa-rupanya hamba Allah yang mencuit bahu CAK itu teman gosip. Apa lagi, bila dah jumpa, macam-macam cerita sensasi nak dikongsi. Sedia maklum bila buka mulut, dia susah nak berhenti, CAK pun ajak dia lepak di restoran berhampiran.

Takkan nak berdiri sambil bercerita itu ini. Tak kuasa CAK jadi tugu di tengah laluan orang ramai.
Antaranya kisah penyanyi Adam AF. Ceritanya, sejak berhijrah, banyak perubahan dilakukan penyanyi yang hebat dengan skil tarian itu.

Rasanya tak perlu CAK ulas panjang perubahan Adam sebab seantero Malaya sudah tahu anak muda ini mengikut jejak langkah pelakon Ashraf Muslim mendalami dunia perubatan Islam.

Bagaimanapun, jelas teman CAK, ada pihak kurang senang melihat perubahan Adam dan cuba menabur fitnah kononnya Adam alim-alim kucing. Dalam erti kata lain, Adam hanya berpura-pura baik bagi menutup sikap nakalnya.
Gara-gara tuduhan itu, Adam sukar mencari teman hidup. Yelah, mana ada yang berani nak dekat kalau ada cerita negatif. Nasib badan... Tak mengapalah Adam, jodoh pertemuan itu ketentuan Ilahi.

Kalau sudah tertulis sampai masanya, pasti bertemu dan CAK doakan biarlah pasangan Adam nanti berhemah tinggi dan baik orangnya. Insya-Allah.
seperti artikel diatas..doa aku juga sama, supaya abang adam dapat berjumpa 'zaujah' pilihan nya yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk beliau..harap abang dapat tamatkan zaman bujang pada tahun 2013 =) ok bye..assalamualaikum

9 January 2013

huh !!



I need someone to hear
 my problem

Hate Encik A...!!

='(

maaf


hari ni bukak blog, jeling jeling sat kat chat box..
hemm ad warga singapura..
so YOU..
welkam to my blog..
did u from singapore..? where? i have families outside there
*hentam speaking...power tak? *

just nak luahkan apa yang berlaku hari ni kat aku
hari ni 
hari jadi kawan aku..and yes you know right
hari ni sibuk sangat dengan kelas
dah lah bangun lambat, semuanya lambat..
me dont know why
dan pendekkan cerita
aku ada kasi pendrive dekat hamba Allah ni
dan pendrive aku, dia tercicir
dan aku tahu dia tak sengaja
tapi, aku insan yang lemah yang sentiasa patuh dan menurut dengan hasutan syaitan
aku naik angin
maafkan aku sahabat
aku tidak berniat nak marah kau
hemm...
nisa nisa...
*geleng kepala*
mungkin stress terlampau...
and me need rest
ulang suara yer..

kepada both of u boy girl
me minta maaf sangat..
maaf jugak sebab tak boleh cakap maaf depan depan..
ego terlalu tinggi
see u tomorrow

Tips memaafkan orang :
- Maafkan diri sendiri terlebih dahulu.
-ingat diir kita juga tidak lari dari kesalahan
-asingkan semua barang yang membawa kenangan
-mulakan hidup yang baru
-dekatkan diri kepada ALLAH
-rebut peluang di hari raya
-Gunakan orang tengah 


Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?
- Tidak perlu menang setiap masa
-Pendapat dan citarasa manusia berbeza
- Memikirkan orang lain juga ada masalah
-Menyedari ALLAH mengangkat darjat orang yang suka minta maaf dan memafkan orang
- Berdoa supaya disabarkan hati
-Bersangka baik
-Memikirkan kebaikan yang dibuat dia 
- Menyedari kita juga ada kurang dan silap, begitu juga dia

Rasulullah Saw bersabda : 
Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam bergusti tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim) 


8 January 2013

birthday NORIZAH 21 tahun




buat awak NORIZAH BINTI SELAMAT 
selamat datang ke alam tua
tiada ucapan seindah kata hanya ucapan 'terima kasih'
kerana sudi menjadi kawan kita
hohoho
sweet x?

belajar rajin rajin
jadi anak yang solehah
dan one day u akan jadi 'zaujah' kepada seorang 'zauj'
harap dapat bertemu sang 'zauj' yang soleh
may Allah bless u fidunya wal akhirah dear =)


antara moment kami bersama




7 January 2013

perasaan yang pelbagai


baru seminggu di tahun 2013 pada bulan Januari
tapi aku dah ada seribu satu perasaan.
haisyhhh nisa nisa
the bigger problems are..
opkos lah bengang dengan lecterer..
tapi xdelah bengang sangat
just IQ aku sahaja yang low ni menyebabkan timbulnye perasaan bengang tahap maxima
mano tak ea, dorang mengajor xnak express plak kan..
xtaw ke otak aku ni 2gb je..
nisa2..lepas ni otak ko kena upgrade sikit
kemudian...
aku macam terasa hati..
aikk?? terasa hati ??
hemmm..yang tang ni aku xnak share..
maaf..!!
biar aku simpan kemas2 dalam lubuk hati yang paling dalam
manusia not perfect 100%
so dont judge me before u know who i am !!
*geram sangat dekat hamba Allah ni*

now perasaan terkejut
terkejut apabila checking my account pTPTN 
and..owsem
duit semakin menipis..
nisa..u must saving !!
kemudian ada dapat panggilan dari mama mengatakan nenek sakit
and now ada dekat hospital..
ya Allah please save nenek
nenek..kuat k..tunggu sampai kakak balik

perasaan gembira
hemm..hepi ke??
hepi la jugak bila ada hamba Allah ni puji my little abang adam baik
yes.. adam memang baik..
thats why i sayang dia sangat sangat...

perasaan Jeles..
nisa did u jeles??
hemm..entahlah..
no komen..yang pasti ada setan menyuruh aku jeles
nisa please kawal perasaan anda k..

yang paling aku tak nak elak apabila aku ni semakin lama semakin malas
ya Allah...
apa nak jadi nisa
kau cakap kau nak berubah
tolong lah nisa berubah sikit..
jangan malas sangat
kesian dekat mama babah dan others kat rumah tu..
awak tu bukan orang senang bukan anak dato' datin bagai tu..

hemmm...
kalau lah aku ada kawan yang boleh mendengar aku meroyan kan bagus..
me need some one


encik A??
hemmm..merajuk dengan dia..
tak habis habis kena jadi driver..
driving sana lah driving sini lahhh..

"nisa..dia belum jadi hak kau..xpayah nak merungut.. ! tampor karang !! "


1 January 2013

hari kedua


wahhh...sedar tak sedar dah masuk hari kedua..
cepat kan...tak taw apa yang aku buat pada hari pertama tahun 2013
cukup ke amalan hari pertama?
hemmm...dont know
hari ni 2 Januari 2013
and its my frens besday..
walaupun dah lama berjauhan, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk TIDAK melupakan hari jadi kawan kawan aku..tambah tambah kitorang susah senang bersama
hemm..rindu pulak dekat zaman sekolah teknik..
happy birthday KYRA...

ok cukuplah sampai sini...
nanti aku bebel lagi..
banyak benda aku nak cerita..
tapi banyak lagi benda yang aku nak pikir..
me must hard from now...
'mama babah, kakak akan cuba sedaya upaya untuk buktikan..waiting ok ! insyaAllah =) '

assalamualaikum

entry PERTAMA 2013



alhamdulillah 

thats firts word i want to say in 2013
alhamdulillah kerana aku sempat merasa kehadiran 2013
umur dipanjangkan
kesihatan masih lagi terkawal
di kurniakan kedua ibu bapa yang hebat lagi hensem dan cantik
mempunyai kawan kawan yang caring lagi mereng
dan juga mempunyai P.A HATI iaitu encik A yang sering memberi kata kata semangat
semuanya ALHAMDULILLAH

2013 aku taknak membuat senarai wishlist azam 2013
cukuplah sekadar 
aku menjadi ANISA yang kuat dan tabah dalam mengharungi liku liku kehidupan
dan menepis segala cubaan yang datang khususnya 
MENEPIS MAKSIAT
*aku manusia lemah yang mudah terbabas dek hasutan syaiton*
ok cukuplah untuk hari ini
entri pertama pada tanggal 1 JANUARI 2013

mula untuk mengubah diri sendiri menjadi bakal 'zaujah' pilihan sang 'zauj'
harap dia boleh membimbing aku ke jalan ALLAH

harapan unuk melihat abang Adam kawen 

tidak lupa juga untuk ucap selamat kembali kesekolah untuk adik adik diluar sana
dan untuk adik senri ANWAR dan NADHIRAH
selamat menjejakkan kaki ke alam persekolahan adek adek ku
anwar tingkatan satu
nadhirah darjah satu
aku bakal dua puluh satu ^^V