30 December 2011

the 20 years


ok countdown for new year and say bye bye to this year..

bermakna hari ini hari terakhir aku beronok ronok dengan umur 19 tahun kerana tahun depan
(lagi beberapa jam je) aku da nak masok 20 tahun..DAMN..!! tua da ke??

tak kisahlah kan kalau 20 tahun sekali pown..mana ada umur yang semakin muda ya tak..
anyway seperti orang lain mesti akan bertanyakan azam..
sorry i dont have azam...and apa itu azam??
aku tak pernah berazam apa apa pown...

yang aku taw sekarang ni aku nak buat dua perkara pada umur aku salty 20 nanti

PERTAMA

aku nak belajar memasak

kesian kat aku kan sebab umur macam ni nak masak telur pown tak lepas...haisyhhh =__=!!
tapi kalau masak nasi, masak megi, masak bubur dalam cup, masak air aku pas...

KEDUA

aku nak perbaiki iman aku..
maksud di sini
aku nak perkukuhkan solat aku..
serius aku mengaku solat aku sekarang banyak tinggal..
kalau aku rasa aku nak solat..aku solatlah..kalau aku malas so aku tak solatlah..
sooo NAIF

aku berdoa agar one day ada someone hamba Allah yang dapat membantu aku dalam membimbing aku ke jalan yang benar...
cewahhh...kemain kau nisa kan..
but seriously i'm not joking..i hope =)

can't imagine


assalamualaikum WBT

hari ni merupakan 31 disember 2011 dimana hari ni akan berlangsungnya show my little idol ADAM AF2
sob sob sob aku sedih sebab aku tak dapat join..but insyaAllah 7 januari 2012 aku akan berpeluang jumpa mereka di kelantan...

entry aku kali ni berkaitan can't imagine...meaning for???
di sebab kan esok adalah 1 januari 2012 di mana my sweety best fren kawen dan tetiba otak aku yang kuat berangan ni melayang jauh...
serius aku tak dapat bayangkan orang yang aku sayang (DATO' A) kalau dia berkahwin dengan orang lain..WTH anisa



so pity kan kat aku...
"awak..mungkin kita berkawan terlalu lama..sehingga saya tak tahu dalam diam saya sayang pada awak. saya minta maaf awak..tapi sejujurnya saya tak pernah lupakan awak..awak sentiasa tempat rujuk dan superb pakar nasihat saya..saya gadis yang kuat merepek meraban..saya gadis yang kuat berangan..saya gadis yang kuat makan..saya gadis yang kuat tido..saya gadis yang kuat cipta 1001 alasan apabila dipaksa untuk memasak..sesungguhnya saya gadis serba kekurangan..and i know tak mungkin awak akan memandang saya..tapi kalau di takdirkan awak berkahwin dengan orang lain..please JANGAN UNDANG SAYA..."

ok siapakah gerangan DATO' A tu???
mungkin adam mungkin aizam...tekalah sendiri..yang pasti bukan anda yang baca blog ni..sekian

25 December 2011

tak sabar nak jumpa mereka




assalamualaikum W.B.T

rasanya da lama kan aku tak meng hapdet kan entry blog...
so hari ni di sebabkan aku sangat boring dan bosan aku pown merajinkan diri melayan blog sambil mendengar lagu adam dekat you tube...

dah lama tak buka facebook semenjak aku menjejakkan kaki kat kelantan..sebab tak de berokben..
so bila kawan aku ada berokben aku dengan pantas buka pesbuk..perghhh macam cilaka perangai aku woii.
"kau kata nak bertobat cik nisa...humm haremm"

so sebenarnya aku ada dapat berita gembira..
V.I.P nak datang kelantan woiiiiii...
tak sabarnya nak tunggu...

so aku terfikir fikir..
mereka akan kenal ke aku??
mereka baik ke??
mereka sombong tak??
mereka macam mana??
ada ke orang nak teman aku pergi jumpa mereka??

ok banyak soalan..jadi aku malas nak pikir awal awal dulu..tunggu nanti lah...
lagi pown aku dengar mereka nak datang sini 7 JANUARI 2012...
so lambat lagi...

aku teringin nak dengar dorang nyanyi lagi hug by TVXQ tapiiiiii..........
ok nisa lupakan

"ADAM, BOY, YANDY, LAN, LON...be waiting youuuuu..." hahah godik mak aiii


18 December 2011

sem TIGA

assalamualaikum

Welcome
SEMESTER TIGAAA

berakhirnya cuti semester DUA

assalamualaikum W.B.T
rasanya hari ni hari terakhir aku berada di rumah aku..sedih sesangat sebab akan berpisah dengan family..
kesimpulan untukcuti aku sepanjang semester dua ni...simple..!!
aku tak pergi mana mana pown hanya duduk dekat rumah..
MAKAN + TIDO x TENGOK TV = BUANGMASA

mesti kau orang akan cakap "alahai bosannya lepak dekat rumah"
ok..i know ianya membosankan dan memboringkan
tapi sebagai anak terutama anak pertama..aku kenalah paham akan situasi keluarga aku..
ayah aku sebok dengan kerja dya..and jarang sangat ada kat rumah..meant outstation
minggu ni ayah aku sebok sangat dengan urusan kerja dekat klang..
so peluang untuk mengajak ayah aku pergi jenjalan atau holiday adalah tipis..dan fullstop!!
mama ada cakap dekat aku " kakak kali ni takdapat lah pergi penang"
why penang?? sebab selalu setiap hujung tahun kitorang akan pergi ke penang berjumpa dengan bakal menantu..tapiii..hemm tak pelaaa..mengalah!!

ya Allah serious sekarang rasa sedih sangat sebab aku akan berpisah untuk yang berapa lama aku tak taw..
actually semangat aku untuk pergi ke kelantan da pudar..dan kalau korang nak taw tak..sekuat mana aku ni sebenarnya aku seorang gadis yang cengeng..
kenapa??
setiap kali mama,babah and adik2 aku akan hantar aku..setiap kali tu jugak aku akan menangis..
mana tak nya sedih woii sebab nanti tak dapat jumpa dorang..duduk pulak jaoh
kalau negeri sembilan tu aku boleh tahan lagi..ini kelantan woiii
sebenarnya aku ni anak sulung yang manja dan mengada ngada..seriously!!
tak sanggup wey nak berpisah dengan family aku...
nanti pagi pagi tak dapat nak tengok muka dorang, tak dapat salam cium dorang..serious aku akan rindu parents aku..

and thats why sepanjang 3 minggu aku berada dekat rumah ni merupakan saat yang paling aku takkan lepas kan peluang bersantai dekat rumah dengan family aku..sebab nikmat untuk bersama dengan mereka tak lama pownn..jadi aku tak kisah kalau tak dapat bercuti kat mana mana pownn..
jadi kepada korang yang stil duduk dengan ibu bapa tu..hanrgailah setiap masa yang ada ok..

ayah aku ada berpesan " kakak, belajar sungguh sungguh..kita ni orang yang tak berharta sangat..jadi jadikan ilmu sebagai harta utama kalau nak berjaya "
even simple speech but ianya mempunyai maksud yang mendalam..
aku tak taw kali ni aku boleh lakukan atau tak...

so mulai sekarang aku kena belajar kurang kan facebook kalau nak berjaya..insyaAllah

13 December 2011

type of skin

assalamualaikum WBT kepada semua feminats feminats atau stalker i..
(hahha gedik dua tiga macam je kau ni nisa)

lupakan...
ari ni tetiba pulak i nak share sikit information pasal "TYPES OF YOUR SKIN"
tajuk aku pown da bahasa inggeris..kau pikir kau hebatlah nak speaking..(ok propa aje tu)
mesti ada orang tertanya tanya blog aku ni sebenarnya berkaitan apa..??
kejap tips cinta, kejap pasal korea, kejap pasal masalah sendiri, kejap pasal tips kecantikan, kejap pasal adam...ok sebenarnya belog aku adalah belog bebas...

berbalik kepada topik asal ye wahai anak anak..
anak anak nak taw tak kenapa mama nisa meletakkan tajuk sedemikian rupa..???
sejarahnya adalah.....(bunyi dram sikit)

" dari dulu sampai sekarang mama nisa tak tahu masalah kulit yang dialami oleh mama nisa ni..EH CHOP..!!bukan masalah kulit yerr anak anak..mama nisa cuma nak taw kulit mama nisa spisis dari mana..dari kulit berminyak ka dari kulit kering ka?? sebab alhamdulillah bukan nak berlagak, mama nisa tak pernah ad jerawat..dan sekarang mama nisa rasa bersyukur teramat sangat sebab encik encik jerawat sudah mula mendaki ke kemuncak hidung mama nisa ni..(baru aku taw why woman or girl tak suka jerawat)...cehh baru kau nak menyesal..dulu bukan main minta nak ada jerawat..kalau anak anak nak taw, kulit mama nisa ni taklah cantek mana pown..."

kenapa baru sekarang mama nisa nak hamek taw??
hek eleh...kau taw kan lagi beberapa hari umur aku akan jadi 20 tahun..jadi sudah tiba masanya untuk aku melakukan sesuatu agar nampak matured..
sebenarnya nak kelihatan cantek dan bergaya..(ahakk..tak boleh blah)

setelah menyiasat beberapa spisis kulit and now barulah mama nisa taw...
so jom lah baca sesama


Cara buat pemeriksaan sendiri terhadap muka mengikut jenis kulit


yang mana satu kulit anda

Kulit normal
Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.
Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.
Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.
  • Rejimen penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.
Kulit kering
Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.
Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
  • Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
Kulit berminyak
Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.
Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
  • Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.
Kulit kombinasi
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.
Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.
  • Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
  • Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.
jadi..kepada anak anak semua, kalau anak anak teringin sangat nak kulit cantek licin, anak anak perlulah menjaga dan merawati kulit setiap masa..pastikan sentiasa membasuh muka dan memakai pelembap (moisturizer)...
nak tahu ke kulit mama nisa terdiri dari spisis yang mana?? oh itu rahsia...
ok..semoga info kali ni dapat membantu anak anak serta dapat menambah ilmu pengetahuan mama nisa..

p/s: rasa dua tiga macam la pulak bila gelar " mama nisa "....hehehehe

11 December 2011

den dah agak..

assalamualaikum W.B.T

ari ni aku ada 2 berita...pertama gembira iaitu aku dapat tengok V.I.P perfom...kedua berita sedih...ni yang den malas nak koba ni...ari ni result keluar dan macam biasa jangkaan memang dah tepat..aku GAGAL..!!
buka bangga tapi sedih kecewa dan malu..
kalau subjek lain aku kena carry takpelah jugak..ini subjek yang aku memang TAK SUKA..!! ulang suara SUBJEK AKU TAK SUKA...owhh encik kamera (gelaran untuk lecterer time camp..) maafkan saya...
kenapa pulak perlu minta maaf..??sebab dia berpesan supaya belajar sungguh sungguh waktu aku nak amek pic kat office dia masa sem 1...sedih tak terkira mengalahkan baru lepas bercerai..
anyway..tahniah dekat kengkawan yang sama rumah yang sekepala sebab anda tak payah carry subjek dan anda lulus dengan cemerlangnya....
oleh yang demikian (dah macam buat karangan) malam ni aku nak berpesta air mata....