6 August 2011

theCOKLAT

assalamualaikum W.B.T


hai sume para2 blogger yg datang ke belog tak vouge aku ni...


korang apa khabar??
ni hao maa??? (cehhh...speaking cina plakk dyaa..inggeris pown fail)


aku mendoakan agar sesiapa yang datang melawat kat belog aku ni, sihat2 belaka =) sempena bulan Ramadhan ni...


sebelum aku memulakan topik merepek mengarut meraban...


aku nak tanya..sape yang suka makan coklat??


yaa..silaa angkat tangan...???


bagus-bagus....


eh..kejap..!!
mak aiii...taknak ramai pulak..orang2 tua yang suka makan coklat..heheheh


ok lahhh..topik aku kali ni adalah berkenaan dengan coklat..


auwww....terliurr siottt...


kalau korang nak taw lahh kan..aku ni memang penggila coklat...


korang bayangkan lahh coklat cadbury yang saiz BESAR harga RM7.++, aku boleh habeskan sorang je...


memang gilerrr...


" kau memang gilerr laahhh nisa...nak kena kencing manis agaknyerr budak nii "


kalau korang nak taw..makan coklat ni banyak KEBAIKAN dia...


KEBAIKAN COKLAT

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

SUMBER: http://sharifahelzahra.tripod.com/id1.html



selain itu jugak coklat 


COKLAT UNTUK KECANTIKAN
Bagi kecantikan, coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan. Kandungan yang terdapat dalam coklat memiliki banyak manfaat bagi kulit, misalnya berfungsi untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhalus kulit. Coklat juga dapat memperlambat penuaan pada kulit, termasuk mencegah kerutan pada wajah. Coklat juga boleh dibuat mask dengan cara yang betul.
sumber:http://kumpulan.info/cantik/tips-kecantikan





MELINDUNGI SERANGAN JANTUNG
Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.


sumber: ehoza.com



dan kepada sesiapa yang rasa diri dia GEMOK ...wuupsss...maaf..kepada sesiapa yang berasa diri dia comel..
 korang PLEASSEE lahhh..jangan takut untuk makan coklat...coklat ni sedap laahhh...mana ada coklat yang menggemukkan..semua tu auta je..


COKLAT TIDAK MENGEMUKKAN
Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

sumber: ehoza.com





betol tak???
so..kepada semua gadis2 yang comel..pleasee...jangan takut untuk makan coklat
antara sebab yang aku ni memang gilerr coklat kerana ianya boleh hilangkan stress..
ehh..kau pikir aku ni takde stress ke??
aku pown macam manusia lain yang mempunyai 1001 masalah..tapi..takkan lah nak heboh kat orang pulakk..


" eh..aku ada problemlahhh..."


jangan nak merepek banyak sangat..jom sambung baca info ni pulak




COKLAT HILANGKAN STRES

Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.


sumber: ehoza.com



_____________________________


p/s : korang jangan pulak makan coklat tu sekarang...AIPPP..lupalah tuhh sekarangkan bulan puasa..kalau nak makan jugak, tunggu lepas berbuka..



5 August 2011

L.O.V.E blogger

assalamualaikum..

aku cuma nak cakap SATU benda je
yepp...aku SAYANG kau lebih blogger..
sebab kaulah kawan yang paling rapat sekali yang memahami aku..even kau tak bernyawa (^_^)

4 August 2011

Lombu ko kambing…kambing ko lombu???

assalamualaikum...


mesty kau orang tertanya-tanya...
" minah ni apahal..tetibe je...gilee hape.."


tapi...inilah kebenaran yang ingin aku bagi tahu...



entry Polikkk….???

Nk wat mcm mano,  tu la kenyataan ea apobilo bkawan dgn budak yang suko mengubah fakta kepada auta….
agak kesengalan juga…..

Ha???nk taw ke sapo  budak yang den maksudkan tu…

Ok lahhh den bagi tahu…

Mak abah ea bowi namo…..angelina jolo(bukan nama sebenar)
 hahah..sajo den bowi namo omputih…
rileks ar…den  xleh ar nk bowi  taw namo sebonar diyo….
tak baik mengaibkan nama seseorang itu..haha

BANGANG…!!

Tapiiii…

Macam mano la dia buleh mengubahkan lombu kepada kambing dan kambing menjadi lombu….
Ekau.ekau.ekau sumuo xpolik ko?

alololo..tomey..tomey dya nieee...

aku da hamek laaa....unuk bukak puasa nanti..hehe

bodoh.bodoh.bodoh..aku lembulahhh...

tiba-tiba terasa lapar pulakk..hehehe


Ha…kan dah terang jelas dan nyata…banyak diprent (different)…

Kpada Angelina jolo
den taw la ekau dok kek oversea…
Nanti den bawak ekau powi zoo yo…

Kpd omak2, abah and adik2 skalian…jgn kompius yo…

Kambing is goat…cow not kau is lembu…

Haha….susah nanti lau ekau tak leh kona(kenal) binatang kek sini...payah la weyy…
Nanti raya korban…tok lobai suruh order lombu korang lak yang pandai bebeno powi order kambing..
Aisyyhh..masalah negara…(+_+")


So Moral of the story…(cehh..ado pulakk moral ea..)
Omak ekau antar pi sekolah tu,ekau kono la blajo…powi tanyo kek cikgu…
Mano 1 kucing mano 1 unta mano 1 lombu….(ekau kalau binatang yg B*** kowang kenal yo)…
wupppsss..!!!
terlebih sudehhh...(^_^)

3 August 2011

siapa MEREKA??


anda di wajibkan menjawab salam aku ni..kalau kau rasa diri kau tu " islam"
heheh...sesungguhnya menjawab salam itu adalah lebih baik..

alhamdulillah..follower aku semakin ramai..seronoknyerr.....
thanks kepada yang sudi membaca story aku ni..maap la yerkk blog aku ni tak cantik...
sesungguhnya aku malas nak mencantikkannya..kerana tak ada masa laa..
nanti bila ada masa aku cantik2 kan laa erkkk..

ehem.ehem..

hari ni aku menceritakan sedikit sebanyak tentang kawan-kawan FB (pesbuk) aku...
(welcome2 kepada sesiapa nak add aku)

sompek layi den nak promote...

anyway..kepada kau.kau.kau yang pernah baca entry aku yang bertajuk " thebeloved " so inilah sambungannya..(cewahh..da macam sinetron pulakk..ada sambungan..heheh)


ehem..ehemm..

dengan bangga diri dan berbesar hatinya aku nak cerita pasal kengkawan aku yang boleh di kategorikan sebagai...............??????

ok lahh..firtsly aku nak mintak maap kepada empunya badan kerana telah menciplak muka kau orang ni..heheh (pinjam sekejap jee)

 aku nak cerita mengenai seorang budak ni..
aku kenal dia waktu sekolah rendah dulu..
WOW..lama tak??
kalau tak silap aku, darjah tiga...
dia ni boleh di kategorikan sebagai seorang yang sangat......

(korang lah tolong komen dia ni camano..)

karang den puji takut dia kembang semangkuk..kalau den kutuk, takut dia marah
 tapi doubleseriously, aku memang senang hati berkawan dengan dia...

kenapa??
sebab dia ni seorang yang sangat sporting and the best person
seriously..
(tapii..tak tahulah kalau dengan aku je..dia sporting)
kepada sesiapa yang kenal aku, dia tahu betapa laser dan banyak mulutnya aku ni..
dah macam rail komuter...
potpetpotpetpotpet....

AMIRUL AKMAL AFFENDY BIN ALIAS BIN ABU SAMAH BIN BADOR..
hamek kauu..panjangkan nama dia...mesti kad pengenalan beliau ada dua..
 tapi..member2 dia panggil dia TRIPLE..
jangan tanya aku kenapa triple..sebab aku tak taw..
aku panggil dia MIRUL je..dalam henpon aku letak dia SPIRIT...
spirit means sumber inspirasi untuk bergadoh..hehe
dia memang suka cari pasal dengan aku..tapi aku suka..
sebab dia berani mencari maut..

kepada tuan empunya badan..
akok mauk mintak maap kalau akok ada buak kauk terasak
(aku nak minta maaf kalau aku ada mengguriskan hati, limpa,jantung,ginjal kau...sesungguhnya aku adalah wanita yang sangat lemah)


sorry......

kau nak ke tengok muka dia..kejap aku nak rembat kat pesbuk dia


TARRRAAAA...
nak komen, nak kutuk..tak de hal =)

next person yang akan menjadi mangsa aku kali ni adalah...
dia ni salah seorang peminat ADAM...
aku kenal dia pown dari pebuk ADAM laaa..

nama penuh dia aku tak sure
AZRUL ASWAD @ AXRUL WOO JUN

kenal tak??

kalau kau orang peminat giler kat adam..kompom kau akan kenal dia..kerana dia ni boleh dikategorikan sebagai " orang kuat " adam :))
serious weyhh..dia ni ada persamaan sikit dengan adam
1. baik
2. romantik laa jugak
3. pandai menari

yep..betol2..aku tak tipu...

awat tak percaya??


kau pergi lah kat link kat atas tu..

maaflah yerkk aku ni masih buta I.T dalam memblogger..
kalau ada yang kurang tu, korang tunjukkanlah..


jangan kompius..ni bukan ADAM tapi AXRUL



p/s : aku nak minta maap kalau tak minta izin terlebih dahulu untuk meng 'copy paste'  gambar kau orang..


apa kaitan gambar ni dengan entry aku??

BANGANG!!





2 August 2011

andai LELAKI tahu

assalamualaikum..

hari ni aku tak mau cakap banyak..jom share something

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

BOY and GIRL perlu tahu

assalamualaikum..

cute girl yang cantek2 serperti saya..OMG..perasannyerr..welcome2..
and also the HANDSOME boy like ADAM..

(tah hape aku merepek tahh)

anyway..aku just nak kongsi sedikit maklumat kepada kau orang yang tengah " HOT " couple tuhhh..meh aaa bace

LELAKI PERLU TAHU YANG PEREMPUAN:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan..

warna yang di galakkan pakai dalam islam

assalamualaikum
warna2 pakaian yang digalakkan dalam islam

kat sini aq nak share gn korang..baru ni la aq ade baca ceramah dari sorang ustaz ni....
sharing is caring..hehe..aq nak share pe serba sikit isi2 yang aq dapat dari ceramah tu la kan..
ni adalah list2 warna pakaian yang digalakkan:

ISNIN= PUTIH
SELASA= BIRU
RABU= PINK
KHAMIS=KUNING / OREN
JUMAAT= HIJAU
SABTU=MERAH
AHAD= HITAM