12 August 2016

23/7/2016

ASSALAMUALAIKUM PEOPLE

alhamdulillah xsangka setelah lama xonline kat sini, aku dah dengan rasminya dah bertukar status menjadi piyonsey to memok. banyak jugak cabaran dan dugaan yang datang yang hanya aku saje yang mengalami. tapi dengan masalah tulah aku banyak bergantung harap pada Allah dan famili. mana tak nya, lamaran datang disaat aku tak memiliki apa2, aku baru kehilangan kerjaya, sebab aku nak duduk dekat dengan famili. baru berniat nak duduk dekat famili, time tulah lamaran datang, tapi aku xmenolak jodoh. Cuma aku berfikir, dimana nak cari sumber pendatapan nak menampung majlis. Tapi alhamdulillah segala urusan aku, dipermudahkan. Jenis aku, aku suka buat semua sendiri. lagipown aku dah pernah bagitaw, yang aku nak majlis aku, buat penuh seikhlas hati. Thanks dekat google sebab beri a few info berguna dan aku gunakan sebaik mungkin.

korang kalau dah nak bertunang, beli lah barang awal2. beli sikit sikit, nanti xterasa. macam aku, aku suruh tunang aku beli cincin awal awal. sebab kau tak tahu masa depan kau cerah ke kelam. macam aku, masa depan masih samar2, nilah padah kalau suka bertukar kerjaya. hahaha

Ada certain cakap aku menggelabah start awal. well hello, aku susah, kau xde dengan aku, aku start awal2 sebab aku xnak susahkan orang sekeliling aku. biar aku usaha cari menggunakan hasil titik peluh aku. asalkan aku xsusahkan kau. kalau nak cakap, sepanjang sebelum bertunang, aku ngan tunang xpernah berjumpa.  Yelah aku dah memang busy nak cari duit, kau bayngkanlah nak buat majlis dalam masa sebulan setengah, kau xde pape dalam poket..dari aku dating baik aku cari duit..lantaklah kalau time tu tunang aku nak sentap ke hape.aku memang xde masa nak menghadap muka dia, menangis dalam hati je kalau ingatkan balik..

ada sehari sebelum majlis, aku hampir nak larikan diri, lari mana aku xtaw, tapi aku xnak bertunang. Aku xready nak jadi tunangan orang...aku hampir ada rasa macam aku xkenal perangai tunang aku..aku takot dia abaikan aku, dia pentingkan minat dia, dia pentingkan kawan2 dia, sampai aku rasa tunang aku ni xserius nak next step.. hebat kan permainan syaitan yang berjaya menghasut aku..korang jangan jadi macam aku taw...aku selalu pikir negatif...

dalam nak xnak bertunang, aku dah jadi tunang kepada seorang yang bernama MAH

tapi biarlah benda dah lepas, dah jadi tunang dah kan. Tapi first day jadi tunang, aku rasa biasa je, macam boring je..ke memang macam tu?? memang dah jadi tunang, xpayah sweet muwit eaaaa???
tapi aku mengaku sejak kebelakangan ni, aku lebih suka marah marah, aku lebih suka diam dan merajuk bawak diri. Entah. aku sendiri xpaham dengan diri aku yang berstatus baru. Nak describe diri sendiri pown payah.. tidolaaa...







TQ reading (>,^)v,



24 March 2016

25march2016

ASSALAMUALAIKUM

bertarikh 23 march merupakan tarikh yang paling aku tunggu setiap tahun. yap setiap tahun.dan Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk melakukan amal di atas dunia. tapi amal apakah yang telah aku buat?? aku hanya membuang masa dan tenaga. sungguh ku menyesal atas tindakan aku yang terburu buru. kini aku merasa pahitnya ebuah kehidupan. pahitnya sebuah perjalanan. perit weyhh perit. dunia menjadi dewasa sangat sukar. tetiba aku terpikir, aku pandng wajah mak ayah aku, macam mana mereka survive life ni. ya. setiap hari aku melakukan dosa. setiap saat akumerungut didalam hati. nak diluahkan takut tak bersyukur. Allah.

baru baru ni dekat group watsa, ramai orang merungt akan kes penipuan. time tu aku rasa downnnnn sangat sangat. tapi apakan daya, walaupun aku xjoin tapi kerana percayakan kawan. aku call kawan aku, dan aku tak tahu nak cakap apa nak meminta, dia dalam kesusahan, diamkan lagi. nak bantu, apa yang patut aku bantu? aku sendiri buntu.

23 hari tu, uat pertama kali aku rasa xsemangat. aku xberkobar kobar langsung menunggu detik jam 12. aku tidur. bila tersedar mesej wasap berduyun duyun masuk. tQ untuk ucapan semua. aku masi tak bersyukur, aku menunggu mesej dari orang tersayang tetapi hampa. ku memang tak sedar yang ia sibu mencari rezeki, tulang tulangnya digunakan sepenuhnya untuk menghalalkan aku, aku masih tak sedar. terima kasih semua yang masih mengingati aku, terima kasih kepada facebook sebab sentiasa mengeluarkan reminder birthday orang lain, orang yang kenal pown wish jugak. terima kasih.

sebenarnya taip tanpa motif, nak luahkan betapa kerilnya aku insan yang xbersyukur. hehehe

tadi tengok komedian pasal pakyus, ai mata mengalir sendiri. entah laaa tapi itu yang berlaku. alfatihah buat pak yus.





TQ reading (>,^)v,



27 February 2016

27/02/2016

Assalamualaikum

harini terasa hari yang sedihh. entah lah. banyak benda aku nak luahkan tapi tak dapat diluahkan.
salah aku ke sebab xmemahami?salah akukah sebab terlalu pentingkan diri? salah akukah sebab semua yang terjadi. Entah lah.

awak,

kalau awak xdapat memahami saya seperti dulu, lepaskan
kalau awak rimas, lepaskan
kalau awak nak bebas, lepaskan.

kekadang aku teng cincin dijari apakah maksudnya
aku tenung lagi, mampukah aku
aku tenung lagi dan lagi. aku xde jawapan bila diri selalu diketepikan.

ahlah. kalau itu jodoh yang tertulis di luth mahfuz, aku kena keras hati.
kadang kadang aku tanya, memang sikaki bola akan 24jam dengan bola ke?

hemmm...tido dulu, harap bila aku buka mata, segalanya baik2 aje



TQ reading (>,^)v,



16 February 2016

0702016

Assalamualaikum,

hai reader, korang semua apa khabar? harap korang semua sihat laaa yerrr. semenjak umur semakin meningkat, semakin diketepikan benda yang kau minat. adakah faktor usia atau mentality umur yang semakin matang atau pun faktor mencari duit untuk sara hidup sendiri?... abaikan

walaupun cerita dah basi, kalau nasi yang da basi tapi dibiarkan sahaja confirm berulat bukan. eeewerrrkkk... suka bayangkan yang bukan. well, ikut suka aku nak taip apa pown.

dalam blog ni aku nak cerita antara kisah kisah yang hanya mampu berlaku sekali seumur hidup aku dan tak mungkin berulang kedua mahu ketiga pown.

cerita bermula apabila si emak memok (panggilan manjaa gittuw) berhajat untuk menghantar rombongan merisik like adat orang melayu. so disitulah bermulanya satu tapak untuk melangkah ke situasi yang lebih serius.

disebabkan aku sangat sangat menggemari atau sangat sangat menitik beratkan tarikh (bagi aku tarikh sangat penting sebab ia tak akan berulang lagi, ia akan menjadi sejarah).. jadi aku memutuskan untuk keluarga pihak lelaki datang kerumah pada tanggal 07022016.

tapi sebelum hari itu berlangsung,
aku dan dia pergi mencari sesuatu sebagai tanda ikatan. ikutkan kata orang tua aku, supaya tidak pergi sekali untuk membuat itu dan ini, yelaaa untuk tidak terlalu demand. tetapi kerana aku bersaiz ala ala cinderella, pada tanggal 05022016 aku bersetuju untuk mencari sekali. ikutkan hati memang nak yang WOWW tapi aku kena paham akan faktor ekonomi dan bakal bakal yang akan datang. jadi sesi cari mencari tidak lah mengambil masa yang agak lama. cari satu kawasan yang ada pilihan beberapa kedai. maaflah aku ni malas berjalan jauh jauh, orang kata semakin jauh berjalan semakin banyak nak memilih dan makin rambang mata, jadi untuk mengelakkan mata menjadi rambang aku memilih apa yang ada sahaja. aku ni tak lah kategori cerewet sangat, asal ok dan selesa, amek pakai tawar tawar bayar dan jalan. settle !! di sebabkan waktu aku pergi harga emas tersangatlah mampu dimiliki (yela raya cina katakannnn) aku dengan tamaknya membeli dua bentuk cincin emas. satu merisik satu bertunang. kalau korang rasa korang mampu, baik korang beli je terus, dapat save duit dapat save masa untuk benda benda yang lain dan tak payah bertekak lagi dengan tauke kedai nak minta tawar tawar harga, bagi aku itu buang masa !

ok selesai sesi cari mencari.

06022016 - ketika aku balik dari rumah, wowwww bersihnya rumah, memanglah rumah aku xkotor xberselerak sangat, tapi kali ni boleh dikatakan xde habuk langsung. thanks to parents and siblings aku yang sangat sangat bekerja keras. bagi aku tak payah kemas pown xpe, sebab itu hanya perbincangan kedua belah keluarga tanpa ada orang luar. jadi aku hanya kemas kemas bilik aku, mana taw kowt pihak lelaki nak tumpang solat, so takkanlah aku nak biarkan mereka nampak benda benda terlarang kan.

07022016 -  tibalah harinya. di sebabkan hari tu parents aku ada majlis, jadi mama bangun awal untuk siapkan makanan makanan untuk dihidangkan nanti. disebabkan mereka datang petang, jadi makanan adalah yang ringan ringan sahaja, roti jala, popia basah, kuah kari ayam.
aku xexpected pown keluarga dia akan bawak barang (hamper), jadi mama dah bising2 sebab xtaw nak balas apa. sebelum ni mama ada tanya pihak lelaki ada datang bawak barang x. aku mana nak taw, so jawapan aku NO.
pihak keluarga lelaki datang dalam lingkungan 5PM kalau tak silap aku, sebab waktu tu ayah aku belom balek lagi. aku pula jangan cakap lah mengalahkan lipas kena spray xcukup nafas. berdiri tak kena, duduk xkena, mundar mandir mundar mandir. malu lagi adalah.. rasanya macam nak minta simen sikit muka aku time tu. mungkin itulah perasaan gadis melayu x. ceewaaahhh.. hahahha
pongpangpongpongpang...mak aku pown tetiba datang, bawak cincin yang aku pilih sendiri..hahaha selesailah majlis aku yang simple tapi adalah kemanisannya. so sekarang tunggu untuk majlis bertunang pulak.
Lepas majlis tu selesai, aku terpinga pinga, aku dah bakal menjadi milik dia, mampukah aku? mamukah dia membimbing aku? betullah..ketika tu syaitan tetiba jadi kawan baik aku menghasut aku pikir yang bukan bukan. sudah sudahlah, korang tolong doakan yang baik baik yer, semoga segalanya dipermudahkan. dan semoga aku menjadi lebih sabar dan tak cepat marah, semoga dia dapat bimbing aku >,<

p/s : sijil kawen dah setahun tak amek dekat temoat kursus. entah jadi apalahhhh T__T




TQ reading (>,^)v,



25 September 2015

26/9/2015

ASSALAMUALAIKUM


tetiba terasa hati ni dah jadi macam dulu..
tetiba terbayangkan saat2 mula kenal
tetiba teringatkan moment time belajar
tetiba terpikir banyak benda da berubah 
dan
kau pownn da tak seperti dulu


p/s : xsalah kalau kau busy tp kau tanya khabar. aku da penat menunggu macam tunggul kayu nak buat unggun api

TQ reading (>,^)v,

17 September 2015

17/9/2015

Assalamualaikum peeps,

kenapa ea aku terasa berat sangat dugaan kali ni...hadoiiii pening nya kepala, terasa tengah menggalas berbatu batu atas kepala niii... sejak dapat wasap dari member, aku tak sure aku nak datang keje tempat lama or x.... huhmmm entahlahhhh...aku tak taw kenapa majikan macam nak bermusuh dengan aku...apa salah aku?? adakah aku yang bermasalah? Ya Allah aku tak minta banyak, aku harap aku cuma xnak menyusahkan ibu bapa aku saje...semoga semua dipermudahkan dan cepat cepatlah tamat cerita hitam niiiii...penat lahhh penat sangattttt....and now mencari kerja yang selayaknyaaaaa....



TQ reading (>,^)v,

3 September 2015

03september2015

Hai assalamualaikum.

tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi aku bakal meninggalkan tempat kerja aku. lepas ni bermulah kehidupan baru.. berbeze susana berbeza masa berbeza kawan berbeza routine harian. May Allah ease my way.. aku masih xyakin dengan keputusan drastik yang aku ambil.. semuanya gara gara sikap majikan yang over sangat... hemmmm...macam mana aku nak cerita, aku pownn xtaw...seperti dipergunakan sometimes. thants why aku nekad meletak jawatan dikala Malaysia kini mengalami masalah kegawatan ekonomi. dan simpanan aq jugak xberapa nak banyak..sesuai laaa sebagai orang bujang tapi bila melihatkan wajah orang tua aku yang membesarkan aku, tetiba terasa 'Bodohnya kau nisa buat keputusan ikut nafsu hati, kau tidak memikirkan naseb orang tua kauuuu ke?????' yealaaaa kan aku anak pertama, so tanggungjawab aku sangat berat ! 

harap rezeki aku ditempat baru, ok ok... 


selamat tinggal kawan kawan lama, selamat tinggal senior, selamat tinggal gaji besar, selamat tinggal anak anak buah aku.... doakan nisa/anis berjaya di luar yerrrr.... already miss them. tetiba rinduuuuu =')


'yaAllah Kau murahkanlah rezeki ku, rezeki keluargaku, kau murahkan lah rezeki bakal imamku serta keluarganya. Ya Allah andai tahun depan bulan March adalah tanda terbaik untuk di diperhalalkan, Kau permudahkan. Kau murahkan rezeki kami. Ya Allah, andai benar aku pemilik tulung rusuk kirinya, Kau lindungilah dia, ringankan beban yang dialaminya, murahkan rezekinya untuk menghalalkan ku, Ya Allah berikan aku jalan untuk membantunya. ' #M.A.H




TQ reading (>,^)v,

3 August 2015

HaffizAin wedding'

ASSALAMUALAIKUM people

syukur alhamdulillah, kakak sedara aku sah menjadi milik orang...rasa nak menitik air mata bila sedar diri ini keseorangan selepas ini....tapiiii bersyukur aku diizinkan untuk menjadi pengapitnya di majlis keraian dia....  aku sengaja mengambil cuti yang agak panjang untuk meluangkan masa untuk kakak aku yang amat amat aku sayang....dia tersangat sangat manjakan aku. well aku kan tak de kakak hihi... kalau pergi mana mana (area melaka/johor) dia lah yang banyak usung aku kesana kesini...

dear kakak,
thanks untuk masa pendek kita bersama..dan sangat sangat minta maaf sebab dua tahun raya since bekerja ni xdapat beraya sama.. mean 2 years before merupakan raya kita bersama terakhir as bujang..lepas niiii raya kita dah xsama macam dulu... maybe next year kakak dah ada own baby.. sedih plus happy tak taw nak describe macam mana...aku harap kau bahagia dan aku happy dapat kakak segila kau...thanks sebab banyak mengajar aku dunia rumah tangga (cara mengemas rumah/basuh baju/cara mengorat/cara menggatal) hahahaha i miss u more kakak !!

dear abang,
untuk abang hafiz yang baru sahaja beberapa hari aku kenal kau, kau terlalu baik untuk kakak...hope kau dapat bimbing kakak supaya dia mendapat syurga hakiki...please keep ur promis untuk jaga kakak aku...kalau dia xbahagia means kau bakal jumpa aku...terima kasih abang sebab sudi melayan aku dengan baik (adakah mengambil hati aku haha)..lepas ni tolong izinkan aku untuk keluar dengan kakak and tido dengan kakak lagi please...harap korang berdua kekal husband and wife until syurga..and one more terima kekurangan fizikal kakak aku...

dear Mama and Babah,
thanks sebab memberi keizinan kat kakak untuk spent my little time with kak ain and abang hafiz.. thanks hiaskan mini pelamin dan bilik pengantin yang indah (nanti reka untuk your daughter ok !)...
and thanks kasi kakak lampu kuning untuk berkawan dengan si memok...alhamdulillah

dear memok,
thanks awak sudi datang ke majlis kakak kita..maaf kalau mengabaikan awak xjawab kol awak xreply whatsap, massenger...soriiii sangat2 sebab kita truely busy hari tuuuu....terima kasihhh yerrr sebab memahami kita....insyaAllah we are next !! doakan yang baik2 semoga dipermudahkan.

settle half goodies

preparation pelamin

pelamin musnah..with mama

nice pelamin...tengoklaaa idea sape kan (bangga)

alhamdulillah pukul 06:05pm awak sah jadi isteri



bilik am&aini

nisa, mama, nenek, cikdah, aloy n famili

semua kazen yang kawen wajib diangkat macam niii
macam zaman sultan melaka..








my kasen kakak ismalia and iskandar ramadhan dari singapore



pengantin basi pown nak jugakkkk

singapore - malaysia

my bakal boleh? hehe

welcome 50 babah..kakak love u
how much degil dan keras kepala aku dalam membuat keputusan, last kali akan cari jugak beliau
my hero !



gambar last maybe...tahniah..walau macam mana pownn i lagii tinggi

dengan mempelaiii

ingat yerrr abang, sila jaga my kakak sebaik mungkin !!



TQ reading (>,^)v,

10 July 2015

phytoscience doublestemcell : apa yang ada pada isi kotak doublestemcell??

assalamualaikum

PM Nisa for more info
WTSAP : 0172604079
FB : Anis Anisa


Tak perlu ragu2 lagi ....DOUBLE STEMCELL PHYTOSCIENCE satu2 products yang telah mendapat kelulusan sehingga peringkat antarabangsa dan satu2nya products yang ada insurance untuk melindungi pengguna nya. 

1. Produk Double Stemcell ini telah dipatenkan di US.

2. Produk ini di daftarkan dengan SGS. SGS ialah satu pihak bebas bertempat di Singapura. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapat kelulusan dari SGS Produk perlu melalui banyak ujian ujian rapi sebelum diluluskan.

Petikan dari http://www.sgs.sg/ : At SGS, we provide independent services that touch the lives of millions of people across the globe. We provide you with industry leading inspection, verification, testing and certification services – anywhere in the world.

When it comes to the products and services you produce or purchase, their quality, safety and compliance is vital. Whatever your industry, wherever your operations, we deliver essential information – when you need to be sure.

3. SIRIM : Badan Piawaian Malaysia. Kelulusan hanya diperolehi selepas ujian ujian rapi terhadap barangan lulus.

4 & 5. 100% vegetarian.

6. HALAL MALAYSIA.

7. Syarikat mempunyai product liability Insurancesebanyak RM 3 juta dengan MSIG (Mitsui Sumitomo Insurance Company) salah satu syarikat insurans terbesar di dunia.

8. Berdaftar dengan KKM (KKM-163/S/25 Jld.214)

9. KANDUNGAN DOUBLE STEM CELL:

A. Stem Cell Apple – Fungsi : Penghasilan Sel Baru, Antioksidan yang tinggi, Melindungi Pertumbuhan Semula sel Kulit, Pemulihan Luka

B. Stem Cell Anggur – Fungsi : Anti Penuaan, Perlindungan Dari UV, Meningkatkan kekuatan Sel Kulit

C. Ekstrak Acaiberry – Fungsi : Meningkatkan Metabilosma, Mengurangkan Berat Badan, Memperbaiki aliran darah, Menguatkan Jantung, Membekalkan Tenaga, Vitamin A, B1 & E

D. Ekstrak Blue berry – Fungsi : Vitamin A, C, E, K, Anti oksidan yang tinggi, Singkirkan Toksin & Radikal Bebas, Mengurangkan lemak & Kolestrol, Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan, Membekalkan Tenaga.




TQ reading (>,^)v,

phytoscience double stemcell : kegunaan triple stemcell

assalamualaikum

hari ni nisa nak cerita pasal keistimewaan benda ni..alhamdulillah selepas menggunakan produk ni, dah xrasa segan silu nak pakai tudung kaler terang2..cewahhh ...ehh jom laaa baca betapa bestnyaaaaaa produkkk niii..seriussss...boleh pm/wasap nisa for detail, nak jumpa face to face pownnn bolehhh 0172604079




Triple stemcell™ Shine Stem
Fungsi :
‪#‎Peremajaan‬ kulit
‪#‎Membuat‬ makeup tahan lama
‪#‎Menyamakan‬ keseimbangan warna kulit
‪#‎Melindungi‬ kulit dari sinar matahari
‪#‎Menahan‬ sinar ultraviolet
‪#‎Antioksidan‬ alami serta pelembab
#Membuat wajah lebih tampil 3D
‪#‎Mengurangi‬ keriput halus dan kerutan
#Mengurangi dan mencegah pembentukan melanin dan pigmentasi
‪#‎Makeup‬ yang terlihat secara natural
‪#‎Meningkatkan‬ elastisitas kulit
#Melindungi kulit namun membuatnya tetap bisa bernafas
‪#‎Melembabkan‬ kulitTidak luntur terhadap air dan keringat
‪#‎Tidak‬ lengket & tidak berminyak
‪#‎Tanpa‬ penggunaan silikon yang menyumbat pori-poriTerasa ringan & tanpa beban pada kulit


PM nisa bagi sesapa nak sihat or nak buat duittt 0172604079




TQ reading (>,^)v,

22 June 2015

i love u kakak noor ain binti ali

assalamualaikum

aku cuma nak bagitahu, dunia ni hanya pinjaman Allah yang Esa, terima kasih Allah kerana bagi seorang kakak yang sangat baik buat aku...tak lama lagi dia bakal mempunyai pasangan hidup,. ya ALLAH kau bahgaikanlah kakakku ini...murahkan rezekinya limpahkan kasih sayang buatnya Allah...


happily married in advanve kakak... lagi sebulan je dari sekarang...
sedih sebenarnya nak berpisah dan nak terima kenyataan...tapi untuk kebahagiaan awak, ilove u kakak... i love u soooo much !!!

andai dulu saya bersedih sebab awak masuk hospital dan berada di icu, saya menangis, saya xnak kehilangan awak kakak, tapiii hari ni saya menangis lagiiii sebab awak bakal jadi milik orang lain..tapi tak apa saya tahu dia yang terbaik...dear abang ipar, jaga kakak kita baik2 taw

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

cebisan kenangan by amar





TQ reading (>,^)v,

6 April 2015

MARCH : #TB nisabesday

ASSALAMUALAIKUM


pada hari 29march2015 yang lalu, aku dah dikejutkan dengan surprise yang aku sendiri tak jangka.. thanks memok...
mana taknya, aku tunggu dia dari semalam macam hape je...lepas tu pagi tadi pulak dia boleh tertido..aku ni dah tahap habes eksaited..macam macam sumpah seranah kata kata kesat aku catit dalam hati...geram tahap nak mamposs..dah sampaiii #mohonclash sindrom twitter laa nii...cehhhh

serious rasa berdosa sangat sebab aku mencarut kat dia..rupanya sebalik yang berlaku dia berusaha keras dengan kejutan..hemmm maaf maaf maaf..

ok jom throwback semula,

sebelum hari kejadian (cewahhh ayattt), aku dan kawan terpaksa menjalani krisis dan aku diberi cuti untuk menyelesaikannya. tapi kerana aku ni degil sesangatttttt, aku half day dan datang jugak kerja. balek kerja aku terus kol memok..alololo cian dia penat kerja..ok xpe aku kasi dia can tido...pukul 9 aku kol balek dan dia baru bangun. aku tak siap2 lagi...sampai dia kol dah nak gerak baru aku mandi, siap siap...tiba tiba dia kol..pelik sangat kol sampai taknak letak..last2 aku letak kol dia..
turun bawah dan baru niat nak betul kan parking kereta aku yang senget tu, dia xbagi..maki maki aku kat dia..nak parking kereta betul2 pown xboleh...aku pown berjalan dekat kereta dia, tengok tengok pintu kereta dia terbuka sikit..buka je pintu, NAHHHHHHH amek ko..belon belon, sticker, frame gambo....alaaa nangis taw..dia kol, suruh tengok kat bawah kerusi, aku tengok ada cd tulis 'play me', kemudian aku pasangkan..giler terharu lagu adam 'jatuh', kemudian dia suruh play music nombor 3, lagu besday baru dia muncul dengan kek...

thank u my partner, my bisner partner....terima kasih atas segala hardwork awakkkk...
semoga hubungan kita dipermudahkan ^__^

hope ni last besday bujang... hikhikhik

TQ reading (>,^)v,

23 February 2015

terima kasih



saat aku merasakan aku keseorangan semalam, aku berdoa..aku mengharapkan Allah mendengar luahan aku walaupun aku taw aku banyak melakukan dosa dosa besar dan selalu mengabaikan suruhanNya dalam tak sedar..aku berdoa sampai entah bila aku tido, fikiran malam tadi sangat sangat serabut..aku tiada tempat mengadu nasib...mama mahupun adik adik lain mempunyai masalh mereka sendiri.. baru nak menghirup udara, tanpa memikirkan masalah yang tiada jawapan, adik aku, menceritakan masalahnya..dia ingin berhenti kerja...atau mungkin bakal diberhentikan kerana faktor faktor tertentu..biasalah kerja under swasta tambahan kemungkinan negara bakal dilanda kegawatan, dan mungkin syarikat adik aku nak kurangkan pekerja. mungkin....ya Allah semoga kau jauhkan semua benda ini..nak atau tak nak, aku tak kan berhenti kerja..ya i cant..!! aku xsampai hati melihat ayah aku membanting tulang mencari rezeki, sebab aku dah bertekad nak membantu family sejak aku keluar dari politeknik.

aku dapat panggilan dari kawan se teknik mengatakan orang bawah aku, nak join mobile. macam mana aku nak ceritakan kat sini aku tak pandaii..tapi aku bersyukur, aku tak keseorangan sebab kawan aku ini sentiasa bagi aku semangat..aku terasa seperti dapat kaki baru, setelah beberapa jam aku jatuh terduduk memikirkan nasib..thanks sentiasa bagi semangat. dan terima kasih kepada si memok..Allah, rasa bersalah sangat kerana menyusahkan dia.. maaf awak...maaf melibatkan awak dalam masalah kita, tapi kita tiada tempat lagi nak minta tolong, bukan mengambil kesempatan...
terima kasih, disaat kita jatuh, awak sentiasa ada dengan kita...terima kasih..

yaAllah jadikan aku insan yang selalu bersyukur..semoga apa yang terjadi, akan membuatkan aku semakin dekat denganMu Allah..Allah murahkan rezeki ku orang tuaku dan orang2 yang banyak membantuku...macam mana aku nak balas jasa dia?? berikan aku jalan dan peluang...

TQ reading (>,^)v,

22 February 2015

dugaan




ujian Allah tiada henti...yes !!!
kekadang aku nak merungut, kenapa Allah menguji aku, kenapa Allah berikan beban yang sebegini berat, Kenapa Allah tarik sesuatu dalam aku xsedar..kenapa?? kenapa?? tapi bila pikirkan semula, aku merungut kepada Allah, seperti aku ni tidak dibekalkan ilmu agama..apa niiii??
aduhhhhhh stressnyaaaaa....

mula mula aku stress memikirkan pasal kerja baru, susah jugak ye nak dapatkan kerja baru dalam masa yang singkat..eh kenapa aku kena cari kerja baru, padahal everything okay..kenapa aku pulak yang kena beralah, sedangkan semuanya sebab kawan kau..kau masukkan dia, dan kau keluar cari kerja baru sebab dia..eh common, tak adil langsung..kenapa perlu aku?? macam mana aku nak bagitahu kat keluarga aku nak berhenti kerana kawan aku? macam mana? aku bukan jenis suka bercerita berkongsi pada keluarga, aku xnak susahkan keluarga..aku tiada jalan.. kenapa susah sangat niiiii......

sedang mencari kerja then my old friends tawarkan sesuatu yang menarik...hati memberontak nak joinnn..mungkin kerana keadaan sekitar menyebabkan aku berani untuk said YEiSSSSS !!
tanpa berfikir panjang, tanpa tanya orang sekeliling, aku join..after a few days i'm stress..mana nak dapat kan income macam tu, kalau tak laburkan modal sebanyak tuhhh... pergi sana pergi sini, kol mama, and whyy..why whyyy why....macam mana aku nak bagi taw, aku nak berhenti kerja dan terpaksa berhenti, aku nak start hidup baru tanpa gangguan entiti lain. tapi yee aku memahami mama, how mama nak kasi segedebuk jumlah dalam masa yang singkat even mama mampu nak bagi, aku tiada any basic bisnes...ARGHHHHHH..!!! i cant think !!!!!!

kehidupan dewasa ni tak sesuai untuk aku terokai....

kemudian, aku di kunjungi dengan hormon yang tak stabil, aku tak tahu mana punca dan lagilah bertambah stress !! macam bangunan condong himpap atas kepala niii...
macam macam yang aku pikir, hemmm kalau itu, kalau ini..

belum sempat aku mencari jawapan untuk apa yang terjadi, i got bad news after mama watsap at me on morning..ALLAH ujian apa lagiii yang kau turunkan...my fav sis in law terpaksa bersalin awal sebab baby tak bernyawa since a week ..WHAT ??? A WEEK BABY DYING  and nobody knows??? macam mana doktor doktor mahupun nurse buat kerja??? how easier reason u gave 'kuasa Allah'.....
ALLAHUAKBAR penat sangatttt..penat sangat nak menghadapinya...hummmmmm


maaf, aku menaip tanpa berfikir, dan malas nak repeate baca apa yang aku tulis, semua ni luahan dari lubuk hati sebagai manusia yang lemah...ok tido dulu untuk menenangkan diri

TQ reading (>,^)v,

5 February 2015

double A : cincin


hari tu, pergi rumah famili dia, sebab nak sambut besday adik dia...lapar tahap kebulur..sampai je rumah mak dya tanya 'anis dah makan? mak masak lauk masak lemak ayam'..ok segera aku ke dapur tanpa perasaan malu..dah lapar kan, plus orang pelawa, kalau tolak kalau malu, rugii ar weyhhh...di sebabkan da biasa, aku selamba punggah dapor..eh memang dapur tu dapur aku...

lepas selesai aku mentekedarah nasi, abang dia balek dengan kepsii..oh mangaiii bergelora napsu makan..dalam hati, aku nak bantai ayam ni cukup cukup..dan dalam xsedar aku memang bantai 3 ketul terus T__T sangat melampauu kau taw...thanks !!

lepas makan, takkan nak membungkang pulak kan...mesti la kemas, tambah kau dah bedal 3 ketul ayam tadiii..tu makan dia..kemas kemas sapu sapu, terdengar mak dia gurau pasal cincin..erghhh blurrr

cincin?? jari kecik?? erghhh @#$%^&^ pening aiiii

owhhh rupanya cincin nak ikat..(after baca watsap)
aku niii bukan lah spisis yang cerewet tapi nak semua perfect..eh macam mana tu..kan dia sama je dengan cerewet jugak..ahh lantak




nape ea cincin kau semua nak tulisan tulisan..
entah laa weyhh aku pown tak taw nak cakap..bagi aku setiap bende ada ceritanya sendiri..
disebabkan tu, xsalah kalau untuk hari penting dan selamanya cincin tu bakal disarungkan kejari manehh aku ni aku nak request..ye x??
maaflahh aku bab bab bende ni aku tak mahir sangat...tapiii xsalah kan...

kalau dapat, biar lah nama kami berdua dan tarikh kami yang terpahat dekat situ,
tapi kalau xdapat pown xpe..

selain cincin apa lagi ea tanda merisik??
huhmmmm
cantik jugak corak cincin dalam niii...




TQ reading (>,^)v,