21 July 2013

Perkongsian Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM 

Ramadhan dah masuk minggu kedua, Alhamdulillah. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk melipat gandakan ibadah kita pada bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan solat sunat tarawih yang memang tak ada pada bulan-bulan lain. Sungguh special di situ ^_^ tapi jujurnya saya hanya berkesempatan pergi menunaikan solat terawih hanya sekali hehehe...

bercakap pasal solat terawih, mesti sebelum pergi ke masjid atau surau, korang mengambil kira dan menyelidik, siapa yang bakal menjadi imam kan..?? tua ke muda ke, dia baca surah yang panjang berjela ke, cara pembacaan dia laju macam naik kereta fomula one ke...kan kan kan...

Tapi, berapa ramai antara kita (termasuk-masuk yang tengah menaip ni =,="), betul-betul fokus dan hayati bacaan Al-Quran yang dibacakan Imam sewaktu menunaikan solat tarawih? Bagi orang yang tengah menaip ni, hal ini yang selalu terjadi...


Kadang-kadang kita tak sedar pun bila fikiran kita mula menerawang sewaktu solat berjemaah terutama sekali sewaktu Imam membaca bacaan Al-Quran yang agak panjang daripada biasa. Tau-tau dah melayang terbayang kuih tepung pelita yang kita simpan takmo makan waktu berbuka tadi sebab nak save makan buat more. Lepas tu terdengar pulak bunyi budak-budak kecik ketawa sambil main lari-lari, tak pasal-pasal tiba-tiba terflashback zaman kita kanak-kanak ribena dulu dok main bunga api blink blink ditemani sinaran cahaya pelita minyak tanah...bla..bla..bla..




Allah, dah jauuuuh sangat tu. Susah kan nak fokus dan khusyuk pada sesuatu yang kita tidak fahami.  ada terjumpa satu artikel menarik yang bertajuk; http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/worship/prayer/how-can-i-enjoy-listening-to-the-quran-in-taraweeh-when-i-dont-understand-what-is-being-recited/ Nampak tak tajuk yang telah di-google-translate-kan di atas ;) hehe. Artikel ni sangat menarik, tak rugi baca sampai habis. Secara ringkasnya, artikel ini mengajar kita cara-cara untuk cuba belajar fahami dan hayati isi kandungan Al-Quran dan cuba praktikkan ke dalam solat tarawih mahupun di dalam solat harian. dan aku sangat sangat teruja nak mengetahui isi kandung al-quran taw.. well ilmu aku mengenai agama Allah tak seberapa kuat.



Langkah pertama adalah dengan menjadikan tafsir Al-Quran sebagai teman kita yang paling akrab sekali. Setiap kali membaca Al-Quran, jangan lupa untuk turut membaca serta hayati maksudnya. Bak kata orang, 'baca Al-Quran ni kena feel lebih daripada baca novel.' Kalau kita betul-betul hayati setiap kalam Allah ini, tak mustahil kita boleh habiskan tisu berkotak-kotak. Untuk permulaan, tekankan keyword-keyword yang penting dan selalu berulang seperti syurga dan neraka supaya kita boleh fokus dan faham bacaan di dalam solat nanti. tapi buat masa ni aku hanya mengkaji surah AN-NISA'...al maklumlah nama sendiri..so mestilah nak tahu kan..hahah..





Langkah kedua, rajin-rajinkan diri untuk sentiasa mendengar bacaan ayat suci Al-Quran tidak kira apa yang sedang kita lakukan dan di mana kita berada (selain tandas). Ini untuk jadikan kita familiar atau terbiasa dengan ayat Al-Quran tersebut beserta maksudnya dan secara tidak langsung kita boleh hafal kedua-duanya sekali, InsyaAllah. 





 Apabila kita sudah mula biasa dan hafal serba-sedikit ayat Al-Quran beserta maksudnya, bolehlah kita cuba praktikkan ke dalam solat taraweeh mahupun solat harian kita. Bila terjumpa potongan ayat yang membicarakan tentang azab api neraka, cuba untuk hayati dan bayangkan tentang azabnya yang pedih. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya kita boleh elakkan fikiran kita dari menerawang entah ke mana ketika Imam sedang membacakan ayat suci Al-Quran. 




Apabila terjumpa potongan ayat yang membicarakan tentang kenikmatan di syurga, cuba untuk hayati dan bayangkan keindahannya bersama orang yang kita sayang. Dengan cara ini, kita boleh belajar untuk khusyuk di dalam solat, InsyaAllah. 


Tak dinafikan, ia memerlukan jangka masa yang panjang dan kesungguhan yang kuat untuk kita fahami dan hayati di samping menghafal setiap bait makna yang terkandung di dalam Al-Quran. Tapi, tak salah kiranya kita mulakan dengan baby steps, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Memetik kata-kata penulis yang menulis artikel itu; 


"However, we have the capability to revolutionize this experience, with Allah’s Help. We can become of those who truly understand, whose hearts are captivated and whose limbs are calmly in awe, whose minds are blown away at what we are listening to of the Qur’an. The methods are there and the tools are available. The real question is: Are we willing to make the time and dedicate the effort?"




12 July 2013

semakin hari semakin sayang

assalamualaikum people dan salam Ramadhan..

semoga ramadhan kali ni akan ada sedikit perubahan dalam diri dan yang pasti akan semakin dekat dengan Allah S.W.T insyaAllah... hemmm rasa rindu nak hapdet belog kian membuak buak seperti sup yang tengah hangat dipanaskan...Alhamdulillah aku masih dapat menikmati bulan Ramadhan...walau pun tahun ni aku tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga tercinta, tetapi aku rasa sangat sangat bersyukur dan bertuah kerana mama dan babah tidak lupa hantar mesej ucapan puasa... =)
seperti korang tahu, hati aku ni sekarang tengah bunga bunga...kalah bunga dekat kedai bunga or taman bunga...kembang bunga dalam hati aku ni macam bunga rafflesia yang kembang besar.....Alhamdulillah Allah memberi seseorang yang amat bermakna..dia tak hensem, dia tak comel, dia tak kaya, dia tak baik sangat dan dia.... (banyak aku nak burukkan dia kan)...tapi sebenarnya dia lah insan yang sentiasa bersama dengan aku, dialah yang sentiasa menasihatkan aku tentang agama dia la yang sentiasa sabar dengan kerenah aku, paling penting, dia lah yang banyak mengingatkan aku tentang solat...
contonhya " jangan lupa mandi and jangan lambatkan solat"
kenapa perlu mandi?? yelaa..kan kita nak jumpa Allah, nak jumpa Allah kenalah dalam keadaan yang bersih, bukan nak jumpa pakwe je yang kena bersih, wangi dan dandan cantik2 mekap 5 inci...
(adakah ni ayat untuk orang yang baru merasai kemanisan bercinta??)

dan sekarang ni aku dah rajin solat..bukan bermaksud dulu tak solat..aku solat jugak tapi tak lah sepenuh 5 waktu..kadang kadang ada jugak terMISS waktu solat....dan sekarang aku makin suka mengaji selepas solat...alhamdulillah...rupanya seronok mengaji ni...kekadang rasa menyesal pulak dalam diri ni sebab aku selalu leka dengan membaca majalah dan novel...tapi itulah lumrah kehidupan yang sentiasa alpa dengan dunia...

ya Allah jika dia lah ADAM yang mempunyai DNA tulang rusuk yang sama dengan aku, satukanlah kami..dekatkan kami dan jauhkan kami dari melakukan perkara yang mungkar...aminnn

6 July 2013

sem 6

assalamualaikum people dan selamat tengah tengah pagi...

aku just nak cakap aku sekarang berada di semester 6 semester akhir, insyaAllah....
and aku harap aku dapat buat yang terbaik demi masa depan yang aku tak tahu cerah atau tidak yang pasti semester kali ni aku kena berhempas pulas untuk menenntukan masa depan yang kian mencabar...